| Salam sejahtera, saya ingin bertanya, yang manakah ejaan yang tepat bagi perkataan 'serbaguna'/ 'serba guna' dalam konteks 'Dewan serbaguna' / 'Dewan serba guna | Ejaan yang betul ialah "serba guna". | Tatabahasa | 06.10.2020 |
| Kebanyakan yang saya lihat penggunaan bangunan serbaguna atau dewan serbaguna yang digunakan pada pada bangunan serba guna itu dirapatkan dan tidak dijarakkan. Adakah penggunaannya itu diterima.. boleh jelaskan? | Ejaan yang betul ialah Dewan serba guna. | Ejaan | 19.05.2024 |
| Istilah dan kegunaan Dewan Serbaguna | Dewan Serba Guna merupakan balai (ruang) tempat diadakan sesuatu. Dewan ini mempunyai pelbagai kegunaan. | Istilah | 02.04.2007 |
| tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantungan | Ejaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini. | Ejaan | 15.10.2008 |
Adakah istilah "serbaguna" dan "serba guna" mempunyai makna yang berbeza? Jika berlainan, adakah istilah seperti "serbaneka" berbeza maknanya dengan "serba aneka"? Ini kerana saya jumpa banyak penggunaan "serbaguna" dieja satu perkataan, tidak seperti "serba " yang lain. | Kata serba guna (dieja dengan dua perkataan) telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana dengan makna barang, alat dan sebagainya yang mempunyai pelbagai kegunaan atau fungsi (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba guna ialah: Baja serba guna mengandungi semua makronutrien asas yang diperlukan oleh tanaman. Untuk kata serba aneka dan serbaneka, kedua-dua bentuk kata ini telah diterima dan telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang membawa makna pelbagai aneka atau bermacam jenis (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba aneka dan serbaneka ialah: Kedai itu menjual barangan plastik serba aneka.•Aku berpusing-pusing lagi di sekeliling gerai yg bertimbun-timbun dgn serbaneka sayur-sayuran dan buah-buahan. | Ejaan | 14.03.2025 |