| Apakah maksud "digamit" dalam ayat "perasaan bagai digamit rindu"? Saya telah cari maksud gamit di Kamus Dewan, tetapi masih tidak faham. | "Digamit" dalam ayat ini juga membawa maksud "dicuit rindu". Menurut Kamus Dewan Perdana, digamit bermaksud mengusik atau mengganggu (perasaan, fikiran dan sebagainya). | Lain-lain | 29.04.2022 |
| Salam, betulkah ayat ini? Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan di bandar. Atau adakah perkataan 'berjalan' perlu digantikan kepada 'berjalan-jalan'? Jika tidak ditukar, adakah salah ayat ini? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Yanti terserempak dengan Zarina sewaktu berjalan-jalan di bandar". Kata kerja berjalan lazimnya merujuk perbuatan berjalan itu sendiri seperti "kanak-kanak itu mulai berjalan setelah digamit ibunya". | Tatabahasa | 06.05.2014 |