Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (imél) maklumat, mesej dsb yg dihantarkan secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain; meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb dgn menggunakan e-mel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /i-mél/ maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain. meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain: Dia ~ kisah sedih itu kpd rakannya. peng-e-melan perihal atau perbuatan meng-e-melkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata E-mel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekiranya perkataan e-mel digunakan di permulaan ayat, bagaimana ia sepatutnya ditulis . Adakah sebagai E-mel, e-Mel atau e-mel?Ejaan e-mel di pangkal ayat hendaklah ditulis dengan huruf besar di pangkal huruf, E-mel.Ejaan22.11.2013
Sila ingin menyemak ejaan serta sahkan perkataan bagi permohonan sign board di Majlis Daerah Johor Baharu Sila rujuk lampiran& = dan
E-Mel = E-mel

Sila buat pembetulan dan masuk ke ruangan khidmat Pengesahan Iklan untuk sijil kelulusan.
Tatabahasa13.02.2013
Adakah "sepucuk e-mel" dalam penjodoh bilangan? Sebab saya keliru dalam masalah ini.

Teuh,

untuk e-mel yang telah dicetak kita boleh gunakan sepucuk manakala yang dipaparkan sahaja kita katakan paparan e-mel

Tatabahasa12.08.2010
Salam Satu Malaysia, Berikut merupakan ayat tunggal dan ayat majmuk yang digabungkan.Tolong semak. 1.a)Hani menghantar e-mel kepada nenek.(dan) b)Hani menghantar e-mel kepada datuk. Hani menghantar e-mel kepada nenek dan kepada datuk? (adakah kata sendi 'kepada' datuk perlu digugurkan seperti kata sendi 'di"? 2. a)Semua komputer ada papan kekunci.(tetapi) b)Tidak semua komputer ada pad sentuh. Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh.(perlukah perkataan 'komputer' digugurkan selepas tidak semua? Sekian, terima kasih.1. Ayat yang gramatis ialah Hani menghantar e-mel kepada nenek dan datuk dan Semua komputer ada papan kekunci tetapi tidak semua ada pad sentuh.Tatabahasa20.10.2016
Assalamualaikum. Saya ingin menyertai sayembara pemulisan mastera tersebut tetapi e-mel yang diberi ibarat tak berfungsi kerana sistem beberapa kali gagal menerima penyertaan saya.Salam puan budiman,

Untuk makluman pihak puan, e-mel Mastera telah diaktifkan, dan pihak urus setia telah menerima beberapa penyertaan melalui e-mel mastera@dbp.gov.my,

Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi:Puan Roslida binti Mustapha melalui talian telefon: 03-2147 9126 

Bersama-sama ini dilampirkan poster berkaitan untuk makluman selanjutnya.

Sekian, Terima kasih.

Lain-lain01.01.2020
Assalamualaikum... Perkataan e-mel. tergolong dalam bentuk kata tunggal atau kata majmuk?e-mel merupakan kata majmuk.Tatabahasa28.03.2013
1)hak milik 2)e-mel1)hak milik 2)e-melEjaan09.09.2011
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk emel? se__________ emelTidak ada penjodoh bilangan untuk e-mel kerana e-mel tidak ada bentuk yang boleh digambarkan untuk digandingkan dengan penjodoh bilangan yang sesuai.Tatabahasa12.08.2010
Manakah yang betul? 1. Mata ganjaran akan dikreditkan ke dalam akaun / Mata ganjaran akan dikreditkan ke akaun 2. Hantarkan penyertaan anda ke (alamat e-mel) / Hantarkan penyertaan anda kepada (alamat e-mel)1. Mata ganjaran akan dikreditkan dalam akaun.
2. Hantarkan penyertaan anda melalui alamat e-mel ...
Tatabahasa26.09.2017
Bagaimana saya hendak tukar alamat e-mel yang saya gunakan sebagai log masuk?

Sila daftar atau wujudkan e-mel baru dengan yahoo atau gmail

Lain-lain01.12.2010
12345678910...

Kembali ke atas