Yang mana satu betul? Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding tahun 2010, ATAU Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding dengan tahun 2010. | Pencapaian FRIM pada 2011 adalah lebih baik berbanding dengan tahun 2010. | Tatabahasa | 12.07.2012 |
Saya sedang membuat poster. Perkataan dalam poster seperti berikut Katakan tidak kepada penggunaan polisterina dan plastik di kampus FRIM Bawa bekas makanan sendiri Adakah betul atau ada kesilapan. | Katakan tidak kepada polistirena dan plastik dalam kawasan FRIM. Bawa bekas makanan sendiri. | Tatabahasa | 28.12.2010 |
Saya ingin menerbitakan buku di bawah penerbitan FRIM. Saya bercadang ingin menggunakan peta lama yang telah diterbitkan oleh DBP di dalam buku Atlas Kebangsaan Malaysia pada tahun 1977 sebagai salah satu gambar di kulit luar buku. Apakah prosedur yang perlu saya laksanakan untuk penerbitan semula peta ini? Sekian, terima kasih. | Penerbitan semula setiap bahan terbitan DBP perlu mendapat izin daripada kami. Sila hantar surat permohonan rasmi untuk tujuan ini kepada Ketua Bahagian Harta Intelek, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sertakan juga salinan peta yang hendak digunakan itu. | Lain-lain | 25.08.2011 |
1. Apakah terjemahan untuk perkataan "technopreneurship"? Keusahawanan tekno? 2. ...boleh mendapatkan kebenaran dari (atau daripada?) Bahagian Perancangan Penyelidikan FRIM | 1. Untuk makluman belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk technopreneurship. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk entrepreneurship iaitu keusahawanan dan technoentrepreneur ialah teknousahawan. Istilah yang dicadangkan ialah teknokeusahawanan. 2. ... boleh mendapatkan kebenaran daripada Bahagian Perancangan | Istilah | 11.10.2011 |
Mohon senarai nama bunga yang ada dimalaysia | Saudara boleh merujuk buku Garis Panduan Menamai Jalan, Bangunan, Kawasan Perumahan dan Tempat Awam Edisi Kedua terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Frim. | Lain-lain | 07.03.2008 |
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak. | Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM untuk rujukan lanjut. | Lain-lain | 03.07.2008 |