Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Final


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam/Hai admin. Mohon terjemahkan "All sales are final" di dalam bahasa Malaysia.Cadangan pihak kami terjemahan dalama bahasa Melayu untuk frasa "All sales are final" ialah "Semua jualan adalah muktamad".Makna29.01.2021
MEMOHON KELULUSAN HAK CIPTA KARYA TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA BAGI TUJUAN FINAL YEAR PROJECT Salam sejahtera tuan/puan, nama sayaLEE AI YU, pelajar tahun 2 bagi kursus Terjemahan dan Interpretasi (BATI) dari Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk memohon kelulusan hak cipta karya terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahan sumber bagi Final Year Project kami dalam kursus Projek Terjemahan (HBT 311). Dalam kursus HBT 311 ini, kami akan menganalisis dan menterjemah sebuah teks sumber kepada bahasa sasaran kami iaitu bahasa Cina di bawah bimbingan penyelia kami, Profesor Madya Dr. GOH SANG SEONG. Oleh itu, saya mewakili kumpulan saya yang terdiri daripada NG DEVNIN, TAN HUI YIN dan TOH CHENG CHZEE ingin memohon kelulusan hak cipta buku "MITOS PERIBUMI MALAS" cetakan 2016 yang ditulis oleh SYED HUSSEIN ALATAS sebagai bahan sumber bagi kursus Projek Terjemahan, HBT 311. Saya amat berharap permohonan kelulusan hak cipta ini akan tuan/puan pertimbangkan. Sekian, terima kasih.Sila hantarkan surat kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka melalui e-mel hazami@dbp.gov.my dan salinan kepada (cc) dina@dbp.gov.my.Lain-lain12.07.2024
salam.i'm a final year student n UM, will finish my study in this coming May. I'm looking for a part time job and interesting to be a part of dbp. So, could you please to show me the way that i'm need to d? Tq very much

Buat masa ini DBP tidak mempunyai kerja separuh yang untuk ditawarkan kepada sdr.

Sebagai rakyat Malaysia, kami menyarankan sdr menggunakan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara di dalam semua urusan khususnya apabila berurusan dengan jabatan kerajaan seperti DBP.

Cintailah bahasa kita.

Lain-lain19.04.2008
Adakah penggunaan perkataan finale (final)yang sering digunakan dalam berita TV3 merupakan istilah baru yang betul?Finale bermaksud penyudah kepada sesuatu acara atau persembahan. Ia bukan istilah yang baru.Istilah23.04.2005
Dear Sir/Madam, I am Kelvin Tan. I am final year student of Faculty of Computer Science and Information Technology in University of Malaya. Currently, I am doing my thesis with title "Malay Sentence Boundary Detection System". The function of this proposed system is to break a Malay text into sentences based on period, question mark, and exclamation mark. The motivation of this system is to support language translation, such as Malay to French, so that the result will be more accurate. I have questions about quotes used in the following text. As far as I know, it is compulsory to have an opened quote followed by a closed quotes. But why there is only one open quotes in the following sentences? How do you divide or break this text into sentences? ==================================== “Penyertaan kami pada Piala Dunia adalah pengalaman yang unik. Kami berada di sini untuk menikmati kehadiran kami, semua pemain sangat bersemangat. “Jika kami mahu mencatat keputusan yang baik, kami mesti memberi usaha dan tumpuan 100 peratus,’’ kata jurulatih kelahiran Jerman berusia 72 tahun itu, yang telah membawa Greece muncul juara Eropah pada 2004. =================================== Thank you for your time and cooperation. Yours Sincerely, Kelvin Tan Student Faculty of Computer Science and Information Technology, University of Malaya    Penggunaan tanda petik pembuka dan penutup hanya di awal dan di akhir pernyaataan. Contoh : "Bila sampai?" tanya Hussin. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan  (halaman 77) atau buku-buku rujukan lain yang menerangkan berkenaan tanda baca.Lain-lain15.06.2010
• New option to customize the extensions for MetaTexis documents and cleaned/final version 1. Saya ingin bantuan untuk perkataan CUSTOMIZE dalam BM 2. Freelance dalam BM Terima kasih daun keladi.Untuk makluman, dalam kamus Inggeris-Melayu Dewan, "customize" bermaksud membuat mengikut tempahan atau pesanan. Dalam bidang Teknologi Maklumat, padanan bahasa Melayu untuk "customized" ialah tersuai. Contoh: customized software - perisian tersuai. Dalam konteks ayat yang diberikan, "customize" mungkin bermaksud "untuk disesuaikan dengan'. "Freelance"bermaksud bekerja bebas. Dalam istilah bidang Komunikasi, padanan bahasa Melayu untuk "freelance" ialah pemberita bebas.Istilah26.09.2013
Apakah terjemahan bagi "curatorial"? Contoh ayat: Please ensure that you complete ALL the information as this will determine the final curatorial decision of acceptance. Terima kasih.Untuk makluman istilah "curatorial" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada ialah "curator" dan padanan bahasa Melayunya ialah kurator. Berdasarkan rujukan kami dalam Internet, "curatorial" bermaksud berkenaan atau berkaitan dengan kurator atau tugas kurator.Istilah17.04.2013
Apakah padanan yang sesuai untuk istilah "completion assessment" dalam konteks penyediaan kursus. Buat masa ini, saya menggunakan "penaksiran akhir", namun itu lebih kepada "final assessment".Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah completion assessment ialah taksiran pelengkapan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu.Istilah16.11.2025
assalamualaikum saya mohon pihak berkenaan dapat membuat pemantauan berkenaan penyalahgunaan bahasa melayu. penyalahgunaan bahasa yang saya maksudkan ialah penggunaan bahasa rojak samada dalam media elektronik mahupun media cetak. perkataan FINAL sering digunakan dalam laporan berita sukan. mohon dapat diberikan perhatian. sekian,terima kasih.Terima kasih atas makluman yang diberikan. Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Kami juga mencadangkan tuan memberikan butiran kesalahan yang ditemukan dalam paparan awam dalam domain "Pantau Tegur Bahasa".Lain-lain11.06.2014
Saya ada beberapa persoalan: 1. Jualan maklumat kad kredit berharga di antara RM1 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 2. Dia sering mendapat wang saku di antara RM200 hingga RM300. (Apakah penggunaan sebenar di antara atau antara) 3. Chong Wei bakal berdepan tugas getir di final malam ini. (Apakah penggunaan di itu betul). Sekian terima kasihUntuk ayat 1 dan 2 penggunaan kata sendi nama 'antara' betul kerana kata sendi nama antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai jarak. Manakala untuk ayat 3 kata sendi nama 'pada' yang betul, iaitu menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 265.Tatabahasa11.03.2012
12

Kembali ke atas