| Apa terjemahan untuk istilah-istilah berikut? 1. Royal flush 2. Straight flush 3. Four of a kind 4. Full house 5. Flush 6. Straight 7. Three of a kind 8. Two pair 9.One pair 10. High card Terima kasih | 1. royal flush - sama bunga tertinggi (terup) 2. straight flush - sama bunga jujukan (terup) 3. four of a kind - empat jenis senilai (terup) 4. full house - set penuh (terup) 5. flush - sama bunga (terup) 6. straight - jujukan (terup) 7. three of a kind - tiga jenis senilai (terup) 8. two pair - dua pasang (terup) 9.one pair - sepasang (terup) 10. high card - kad utama (terup) | Istilah | 01.07.2022 |
| selamat sejahtera. Bolehkah tuan bagi tahu saya apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk 'flush the toilet' ? Bolehkah kita menggunakan 'mengumbah tandas" sekian, terima kasih. | Flush the toilet lazimnya diterjemahkan kepada Sila pam tandas selepas digunakan. | Sastera | 11.07.2012 |
| Saya ingin tahu perkataan bahasa melayu yang tepat bagi perkataan-perkataan dibawah: 1) single flush toilet system 2) faucet aerators 3) front load features Terima kasih | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan: 1) single flush toilet system: sistem pam tandas tunggal 2) faucet aerators: pili pengudara 3) front load features: ciri-ciri muatan depan Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 30.08.2021 |
| selamat sejahtera. saya ingin mengetahui perkataan flushing toilet, overflow, dan first flush dalam Bahasa Melayu (mengenai rainwater harvesting). sekian, ribuan terima kasih didahului atas bantuan tuan/puan. | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan yang dikemukakan : flushing toilet = tandas pam atau tandas kumbah; overflow=limpahan atau melimpah; first flush=pam atau kumbah pertama | Istilah | 11.09.2008 |
| Bolehkah saya mendapatkan terjemahan bagi perkataan di bawah? Berikut merupakan istilah yang sering digunakan dalam konteks agronomi. Nutrient pool Buffered release Buffering effect Statistical grouping Nutrient flush Trajectory Terima kasih saya dahulukan. | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.09.2025 |