Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. gambar yg diambil dgn kamera: ~ orang tuanya masih ada dlm simpanannya; 2. Id kamera; memfoto mengambil gambar dgn kamera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gambar yg dibuat dgn kamera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Foto


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, pohon penjelasan untuk ayat arahan berikut. a. Pernahkah anda menjumpai tempat seperti dalam foto-foto berikut? Bincangkan dengan rakan anda punca-punca berlakunya keadaan berikut. atau b. Pernahkah anda melihat tempat seperti dalam foto-foto berikut? Bincangkan bersama rakan anda punca-punca berlakunya keadaan ini. Terima kasih.

Lazimnya soalan peperiksaan berbentuk - Pernahkah anda melihat tempat seperti dalam foto-yang berikut? Bincangkan. 

Tatabahasa11.05.2014
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, bagaimana untuk membuat penomboran pada rajah dan foto (penulisan ilmiah) adakah mengikut unit, contoh: unit 1 - rajah pertama, Rajah 1.1, rajah kedua Rajah 1.2, foto pertama, Foto 1.1 , foto kedua Foto 1.2 unit 2 - rajah pertama, Rajah 2.1, rajah kedua Rajah .22, foto pertama, Foto 2.1 , foto kedua Foto 2.2 Adakah format yang dinyatakan, adalah betul? terima kasihJika setiap unit menggunakan rajah, kami mencadangkan penomboran rajah dibuat mengikut unit bagi mengelakkan kekeliruan. Contohnya, Unit 1 - Rajah 1, dan sub unit - Rajah 1.1, Rajah 1.2 dan Rajah 1.3 dan begitulah pada unit seterusnya.Ejaan29.07.2016
Assalamualaikum. 1. Apakah beza rajah dan gambar rajah? 2. Masih digunakan lagi frasa gambar rajah dan gambar foto. Terima kasihRajah dan gambar rajah, kedua-duanya ialah padanan diagram dalam bahasa Melayu. Lazimnya kita menyebut gambar rajah, bukan gambar foto. Jika merujuk foto, hanya foto yang digunakan.Tatabahasa28.07.2016
Salam sejahtera. Soalan saya: Adakah "mengambil foto" penggunaan bahasa melayu yang betul and diterima? Contohnya, "Jurugambar mengambil foto haiwan di taman negara." dan "Zali mengambil foto buaya di tepi kolam." Penggunaan "mengambil foto" dijumpai di banyak artikel ahkbar, ensiklopedia dan laman web. Akan tetapi sekolah anak menyatakan istilah ini salah dan penggunaan istilah yang betul ialah "mengambil gambar". Minta tolong jelaskan mana yang betul atau kedua-duanya pun betul. Ribuan terima kasih.Salam sejahtera,

Foto dan gambar mempunyai maksud yang sama.

Oleh itu, mengambil gambar dan mengambil foto betul penggunaannya.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa15.10.2018
Bolehkah istilah "potret" digunakan juga untuk gambar foto haiwan contohnya seperti burung atau serangga? Ini kerana menurut pencarian dalam Gerbang Kata, "potret" membawa maksud: (potrét) 1. gambar yg diambil dgn meng'­gunakan kamera, foto. Di sini ia tidak mengatakan dengan spesifik istilah ini hanya khusus untuk gambar foto manusia. Misalnya, bolehkah saya menulis tajuk seperti: "Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia" Harap dapat penjelasan dari pihak DBP. Terima kasih...Perkataan potret hanya untuk gambar manusia iaitu lukisan cat, lukisan lakar atau gambar foto yang menggambarkan muka seseorang.

Penggunaan tajuk"Koleksi Potret Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia",  tidak sesuai kerana menggunakan perkataan potret. Saudara boleh menggunakan tajuk "Koleksi Lukisan Burung-burung Tempatan di Semenanjung Malaysia".
Tatabahasa11.05.2013
Berkenaan perkataan "swafoto". 1) Apa maksud "swa"? 2) perkataan "foto" pula berasal dari perkataan Inggeris "photo". Kenapa DPB tidak memartabatkan Bahasa Melayu dengan menggunakan perkataan seperti "gambar" atau "wajah"?Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, DBP menerima istilah swafoto sebagai padanan untuk perkataan bahasa Inggeris "selfie". Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara pembentukan istilah bahasa Melayu, sila rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah04.01.2017
KEDAI GAMBAR TX FOTO EXPRESSUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain30.10.2015
Mohd Fazli Bin Abdullah Mohon pandangan DBP. Kata swafoto sudah ada lama dalam bahasa Indonesia. Gabungan dari kata swa + foto. Bererti kata swa secara tunggal bawa maksud sesuatu yg bersifat sendiri (apakah itu berasal dari kata swasta?). Indonesia juga terjemahkan istilah 'self-service' sebagai swalayan. Saya tertarik dengan cara Indonesia yg pelbagaikan kata swa untuk istilah-istilah lain yg bersifat personal. Di Malaysia, kita masih terjemahkan 'self-service', sebagai layan diri. Jadi apakah kata swa, tidak membawa apa-apa erti menurut pandangan DBP?1. Untuk makluman tuan, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "swa" merupakan awalan asing (sanskrit) yang bermaksud sendiri. Perkataan "foto" juga telah lama diterima dan bahasa Melayu dan telah meluas penggunaannya. Oleh sebab itu, DBP menerima istilah swafoto sebagai padanan untuk perkataan bahasa Inggeris "selfie". 2. Tidak ada maklumat tentang etimologi kata swasta dalam pangkalan data kami. Jika dirujuk maksud swa ialah awalan asing yang bermaksud sendiri, namun tidak dapat dikaitkan dengan maksud asta untuk pembentukan kata baharu itu. 3. Dalam bahasa Melayu penggunaan awalan "swa" digunakan seperti "limbungan swa-apung" padanan terjemahan "self-docking dock", hipotesis swa-penanda untuk padanan "self-marker hypothesis". Selain kata pinjaman, ada kata Melayu yang sama maksudnya dengan swa- iaitu "kendiri" bagi padanan kata "self" dalam bahasa Inggeris, contohnya self-regulatory policy - dasar peraturan kendiri, self-management - pengurusan kendiri. 4.Sekiranya tuan memerlukan maklumat lanjut mengenai cara pembentukan istilah bahasa Melayu, sila rujuk kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka.Istilah08.06.2017
Disini saya lampirakan lakaran visual iklan dan gambar 'foto' untuk pengesahan daripada DBP bagi pembukaan butik.Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan.Lain-lain08.10.2015
Assalamualaikum. Saya memerlukan maklumat seperti biodata, nombor yang boleh dihubungi dan foto penulis yang bernama A. Rahman CM atau nama sebenarnya ABDUL RAHMAN b CHE MAT Terima kasihTidak ada maklumat tentang penulis berkenaan dalam pangkalan data kami.Lain-lain26.07.2016
123

Kembali ke atas