| Minta bantuan untuk menterjemahkan ayat berikut: 1. The Association of Nutritional and Functional Medicine Practitioners, Malaysia. 2. Functional Medicine. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan mengikut konteks ayat yang sesuai ialah: - The Association of Nutritional and Functional Medicine Practitioners, Malaysia - Persatuan Pengamal Perubatan Nutrisi dan Fungsian, Malaysia.
- Functional Medicine - Perubatan Fungsian
| Penyemakan dan penterjemahan | 14.04.2022 |
| Saya ingin bertanya, adakah wujud perkataan fungsional (functional) dan formulasi (formulation). Jika tidak ada, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikannya. Terima kasih. | Kata pinjaman fungsional dan formulasi sudah dimasukkan dalam Kamus Dewan edisi empat. Namun, bagi kat formulasi, ada perkataan Melayu yang sepadan, iaitu rumusan. | Makna | 24.01.2007 |
| Salam, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan "italic" atau condong dalam perkataan. Perlukah kita condongkan sesuatu perkataan yg berlainan bahasa seperti tajuk berikut. Addendum for Software Functional System for Permit Kemasukan for Jabatan Perairan Selangor (JAS). Perlukah kita condongkan perkataan dalam bahasa melayu sekiranya ayat digubah dalam bahasa inggeris. | Untuk makluman, pihak DBP tidak ada data yang khusus tentang perkara tersebut. Akan tetapi, jika merujuk Gaya Dewan halaman 83, terdapat beberapa keadaan yang membolehkan penggunaan italik. Antaranya, judul karya seni dan penerbitan, nama sains, karya undang-undang kata atau ayat dalam bahasa asing, singkatan judul katalog karya yang diterbitkan, kenyataan sambungan bahan penulisan, nama khas objek khusus dan arahan pentas atau drama. | Lain-lain | 09.09.2015 |
| Apakah terma/istilah terbaik dan paling tepat bagi Assistive Technology? Assistive technology dari segi istilahnya bermaksud "is any item, piece of equipment, software program, or product system that is used to increase, maintain, or improve the functional capabilities of persons with disabilities." | Istilah dalam bahasa Melayu untuk Assistive Technology ialah Teknologi Bantu. | Istilah | 24.09.2021 |