| Apakah terjemahan yang sesuai untuk perkataan "Geolocation" dan "Geographic information system (GIS)"? | Kami mencadangkan "geolocation" diterjemahkan sebagai "geolokasi", manakala "geographic information system" diterjemahkan sebagai "sistem maklumat geografi". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 20.10.2021 |
| Tolong betulkan ayat ini: Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberi pengetahuan daripada aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar | Ayat yang betul ialah 'Perspektif Perancangan yang ulung kali diterbitkan memberikan pengetahuan mengenai aspek asas konsep perancangan bandar dan perumahan sehinggalah kepada perkara-perkara yang lebih khusus seperti rekreasi, hutan bandar, taman bandar, pengangkutan, GIS sehinggalah kepada aspek hakisan tanah dan pemuliharaan bandar.' | Tatabahasa | 13.09.2007 |
| apa kerja geologist??? boleh x bg detail about geologist.....? adakah kerjaya ini sesuai untuk perempuan......berapa gaji seorg geologist? | Geologis ialah ahli kaji bumi yang berkaiatn dengan asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (gunung berapi, hidrologi, batu batan dan mineral). Ahli kaji bumi memerlukan kemahiran sistem maklumat geografi (GIS). Tugas ahli kaji bumi juga berkaitan dengan petroleum dan perlombongan. Tugas ahli kaji bumi sesuai untuk kaum lelaki dan wanita (bagi wanita yang berminat dan bersedia melakukan kerja lapangan yang lasak). | Makna | 03.04.2008 |
| Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |