Apakah makna rasmi 'GLC' (government Link company dalam bahasa malaysia? | Istilah bahasa Melayu bagi GLC ialah syarikat berkaitan kerajaan. | Istilah | 09.03.2010 |
Abu Dzar Oct 5th, 10:39pm Salam dan selamat mlm kenapakah syarikat GLC Dan GLO masih menggunakan bahasa ingeris didlm laporan dalam syarikatnya apakah dasar kerajaan dlm hal ini atau peranan DBP dalam memberi khdmat nasib dalam memertabatkan bahasa melayu@ Malaysia sebagai bahasa rasmi negara | Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Untuk makluman tuan, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2013 telah memaklumkan penubuhan Jawatankuasa Bersama Penggunaan Bahasa Kebangsaan DBP - Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Susulan daripada keputusan ini beberapa siri perbincangan telah dilaksanakan dengan pihak GLC yang diurussetiakan oleh Khazanah Nasional. Secara prinsipnya jawatankuasa bersama bersetuju untuk mengadakan program kerjasama kebahasaan dan yang utamanya ialah program Audit Bahasa Melayu di GLC. Program ini bertujuan untuk meneliti tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32) dalam kalangan GLC. Dapatan sahih ini penting bagi menggerakkan kerjasama yang seterusnya seperti mencadangkan program tindakan untuk peluasan dan pemantapan penggunaan bahasa Melayu di GLC selaras dengan fungsi yang ditetapkan dalam undang-undang. Kami amat optimis kejayaan program ini agar menjadi agenda kesinambungan usaha pemartabatan bahasa Melayu di negara kita. | Lain-lain | 05.10.2015 |
محمد فزلي ليد سڠݢام Ya.. saya pekerja di salah sebuah GLC. Dari dokumen seringkas memo kepada staff terbawah, hingga ke laporan projek kepada klien, semua dalam bahasa Inggeris. | Pandangan tuan dalam hal ini amat kami hargai dalam mengisi ruang yang boleh ditambah baik dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran dan jati diri dan warga negara adalah sesuatu yang amat bernilai dan kami berharap kesedaran yang nampak kecil ini memberikan impak yang sangat bermakna. DBP akan menggerakkan program kerjasama kebahasaan dengan pihak GLC dan yang utamanya ialah Program Audit Bahasa Melayu. Harapan kami agar dapatan sahih ini menjadi titik tolak kepada agenda kesinambungan usaha pemartabatan bahasa Melayu di negara kita. | Lain-lain | 07.10.2015 |
"government linked companies"(GLC) dalam bahasa melayu | Padanan goverment linked companies dalam bahasa Melayu ialah syarikat berkaitan kerajaan. | Istilah | 20.04.2009 |
Saya ingin kemukakan cadangan agar DBP menyarankan agensi pendidikan swasta/ GLC menggunakan bahasa Melayu semasa aktiiti rasmi dan mesyuarat. Hal ini boleh disarankan melalui Pembentangan Belanjawan 2017 oleh PM. Kerajaan wajar bertegas dalam hal ini. Terima kasih | Kami ambil maklum cadangan tuan. Untuk makluman tuan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Seyogia kita sebagai rakyat Malaysia, menghormati peraturan yang ada patah lagi kita semua berpegang kepada prinsip "Keluhuran Perlembagaan". Pada setiap kesempatan yang ada seperti perasmian sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan, hal ini sering ditegaskan semula. | Lain-lain | 18.08.2016 |
Mengapa DBP tidak memberi nasihat kepada Syarikat di Malaysia terutama yang berkaitan dengan GLC dalam penggunaan Bahasa Melayu didalam perkhidmatan di Malaysia. Contohnya TM dan MayBank yang menggunakan bahasa Inggeris dipapan iklan/kain rentang dan juga SMS kepada pengguna. | Untuk makluman tuan, DBP melaksanakan kerja pemantauan penggunaan bahasa Melayu di tempat awam, sektor awam , sektor swasta dan membuat teguran kepada pihak yang jelas mengabaikan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. DBP menyediakan Khidmat Nasihat Bahasa sebagai saluran untuk pengguna menanyakan hal-hal kebahasaan. Selain itu, DBP juga menyediakan Khidmat Pengesahan Bahasa dan Khidmat Pantau Tegur Bahasa dalam membantu memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di negara kita. | Lain-lain | 11.10.2013 |
Salam, Saya cuba untuk mendapatkan beberapa definasi dalam konteks malaysia bertujuan untuk tujuan pembelajaran antaranya : 1. Malaysian government agencies 2. Badan-badan berkanun kerajaan (federal / state) 3. Syarikat berkaitan Malaysia (GLC) 4. perbadanan kemajuan ekonomi negeri kerjasama dari pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. | Saudara boleh merujuk buku Malaysia Kita dan Who is who bagi tujuan tersebut di samping menghubungi Jabatan Perdana Menteri (MAMPU) dan melayari laman sesawang Perbadanan Kemajuan setiap negeri. . | Lain-lain | 26.11.2008 |