Selamat sejahtera. Pertama, saya minta tanya kalau Global South / Global North sesuai dipadankan dengan yang mana satu? Dunia Selatan/Utara, Selatan/Utara Dunia, Selatan/Utara Global, Selatan/Utara Sejagat? Kedua, patutkah Phoenicia dieja dalam bahasa Melayu menjadi Fenisia, Foenisia, Phoenisia atau lain kalau mengikut pedoman ejaan? Ketiga, apa maksud belacan kukup? | i) Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah global south ialah dunia selatan dan global north ialah dunia utara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. ii) Pembentukan ejaan Phoenicia mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu ialah Fonisia. iii) Belacan kukup ialah belacan yang berasal dari Kukup, yang terletak di daerah Pontian, Johor. | Istilah | 27.01.2024 |
Adakah kata singkatan GPS (Global Positioning System) sah dalam Bahasa Malaysia? | Terjemahan bagi GPS (Global Positioning System) dalam bidang aeroangkasa ialah sistem kedudukan global manakala dalam bidang geografi ialah sistem penentududukan sejagat. Singkatan GPS boleh digunakan dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 15.05.2017 |
maksud pengglobalan?adakah perkataan ini berasal daripada bahasa melayu?apakah perbezaan global dan globalisasi? | Perkataan global berasala dari perkataan Inggeris. Makna global ialah 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~; | Lain-lain | 07.03.2010 |
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated – Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP. | Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut: 1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global 2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami. 3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul | Istilah | 19.03.2013 |
1)Chief Operating Officer 2)Global Comsumer Banking | 1)Ketua Pegawai Operasi 2)Perbankan Pengguna Global | Istilah | 20.06.2011 |
Asssalam, Saya perlu khidmat nasihat untuk penterjemahan nama jabatan di bawah "HR Governance, People Strategy & Planning, Global Human Resource Partner Upstream" Tadbir Urus Sumber Manusia, Strategi dan Perancangan Sumber Manusia, Rakan Sumber Manusia Global Urus Niaga Huluan Terima Kasih | Tadbir Urus Sumber Manusia, Strategi dan Perancangan Sumber Manusia, Rakan Sumber Manusia Global Urus Niaga Huluan Terjemahan tersebut adalah betul. | Makna | 05.01.2022 |
tulisan JAWI untuk 1)OKN GLOBAL VENTURES SDN BHD 2) PEJABAT URUSAN | Tulisan jawi bagi perkataan OKN GLOBAL VENTURES SDN. BHD. ialah او . کي. عين . ڬلوبل ۏنچرس سنديرين برحد manakala tulisan jawi bagi PEJABAT URUSAN ialah ڤجابت اوروسن | Ejaan | 26.04.2019 |
Minta terjemahan berikut: Chief Global Business Solutions Officer | Sila nyatakan konsep atau konteks penggunaan perkataan "Chief Global Business Solutions Officer" untuk mendapatkan padanan perkataan bahasa Melayu. | Makna | 31.05.2024 |
minta tulisan jawi kepda nama syarikat tersebut: OKN GLOBAL VENTURES SDN BHD | Tulisan jawi bagi perkataan OKN GLOBAL VENTURES SDN. BHD. ialah او . کي. عين . ڬلوبل ۏنچرس سنديرين برحد | Ejaan | 26.04.2019 |
Salam Saya ingin bertanya penggunaan ayat mana yang sesuai dan betul: 1)Pemupukan khalifah global MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau 2)Pemupukan khalifah global YANG MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau | Dalam Kamus Dewan,mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mampan) manakala perkataan mapan pula bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yang mula mantap dalam kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah mapan; hasil ciptaan pengarang yang sedia mapan. (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mapan). | Tatabahasa | 23.04.2020 |