| Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasa mengenai - Perjelas dan Menjelaskan dengan beberapa contoh. Terima Kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “perjelas” merupakan kata pasif bagi perkataan memperjelas yang bermaksud 1. menjadikan sesuatu lebih jelas 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya). Contoh ayat: 1. Gambar, ilustrasi dan rajah dapat memperjelas sesuatu keterangan dalam wacana. 2. Apa yang hendak diperjelas ialah tembakau yang ditanam di negara kita bukan penyebab utama kegiatan merokok. Perkataan “menjelaskan” pula bermaksud 1. menerangkan atau menghuraikan sesuatu dengan terang dan dapat difahami 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya. Contoh ayat: 1. Kertas kerja ini cuba menjelaskan bahawa reka bentuk busana Melayu menepati konsep dan selaras dengan nilai-nilai Islam. 2. Dia sekarang berjimat-cermat kerana hendak menjelaskan harga motokar itu.
| Makna | 26.09.2022 |