Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Garam air

Puisi
 

Itik air baru berkepak,
     Cari makan dengan ibunya;
Kalau tidak garam dicampak,
     Bolehkah masin kuah sebelanga?


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Garam jatuh di air.

Bermaksud :

Nasihat yang diterima dengan baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kata hubung: Perbezaan antara kemudian dan lalu. Soalan:encik lim membuka pintu _____masuk ke dalam pejabatnya. Sayuran itu direndam dengan air garam ______dibasuh bersh-bersih. Dia mengasingkan buku itu ________disusun di atas rak. Nani mengambil buku latihannya ______disusun di atas rak buku. Minta tunjuk ajar,tqTidak ada rujukan yang khusus dalam pangkalan data kami tentang perbezaan antara kedua-dua kata hubung tersebut. Kata kemudian dan lalu digunakan bagi menghubungkan dua perkara yang berlaku berturut-turut, tetapi tidak ditemukan batas panggunaan atau pengkhususan bagi kedua-duanya. Melihat kepada aspek makna, kemudia bermaksud selepas sesuatu waktu dan lalu bermaksud  yang sudah lepas. Berdasarkan aspek makna, kedua-dua kata hubung tersebut  bertukar ganti dalam banyak keadaan. 
1. Encik lim membuka pintu kemudian/lalu masuk ke dalam pejabatnya.
2. Sayuran itu direndam dengan air garam kemudian/lalu dibasuh bersh-bersih.
3. Dia mengasingkan buku itu kemudian/lalu menyusunnya di atas rak.
4. Nani mengambil buku latihannya kemudian/lalu menyusunnya di atas rak buku.
Tatabahasa09.04.2014
Apa maksud: 1. rambut air 2. ibu garam?1. Tidak terakam kata "rambut air" dalam pangkalan data DBP. Yang ada kata "air rerambut" padanan bagi kata capillary water iaitu air yang ditahan dalam rerambut atau liang kecil tanah, biasanya pada tekanan air tanah lebih dari 60 sentimeter air.

2. Tidak terakam kata "ibu garam" dalam pangkalan data DBP. Walau bagaimanapun, terdapat maklumat yang menyatakan bahawa ibu garam merupakan ketulan garam yang biasanya diperoleh dari bukit.
Lain-lain27.02.2024
Melalui semakan kami, “refined salt” ialah “garam kilang”. Walau bagaimanapun dalam peruntukan ayat di bawah ini “refined salt” dipadankan dengan “garam bertapis”. Adakah padanan ini sesuai dalam konteks ayat ini. Table salt 284. (1) Table salt shall be refined salt. It shall contain not less than 97 per cent of sodium chloride on a water-free basis, food additive excluded and shall not lose more than 1 per cent of its weight on drying at 130°C. Garam halus 284. (1) Garam halus hendaklah garam bertapis. Ia hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 97 peratus natrium klorida atas asas tanpa air, tidak termasuk aditif makanan; dan hendaklah tidak kehilangan lebih daripada 1 peratus daripada beratnya apabila dikeringkan pada 130°C.Cadangan padanan yang sesuai digunakan dalam ayat bagi "refined salt" iaitu garam kilang ialah 'Garam halus hendaklah garam bertapis. Garam halus hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 97% natrium klorida pada kadar tanpa air, tidak termasuk tanpa bahan tambahan makanan dan hendaklah tidak kehilangan lebih daripada 1 peratus beratnya apabila dikeringkan pada suhu 130°C.'Makna01.07.2021
apakah maksud peribahasa membuang garam ke laut dengan mencurah air ke daun keladi? adakah kedua-duanya sama maksud?Peribahasa "Membuang garam ke laut" bermaksud menolong orang yang tidak perlu ditolong; atau berbudi kepada orang kaya. Peribahasa lain yang sama makna ialah memberi garam kepada laut atau memberi lauk kepada orang membantai. Mencurah air ke daun keladi bermaksud memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.Lain-lain09.05.2012
Penggunaan perkataan larut.. Gula dan garam larut di dalam air.. betulkah ayat ini? Adakah larut hanya boleh digunakan dengan kata nafi dan mesti menggunakan melarut di ayat di atas..Ayat tersebut betul kerana larut bermaksud hancur dan perkataan melarut juga betul dalam konteks ayat tersebut kerana melarut bermaksud menjadi hancur.Makna07.08.2012
Salam sejahtera, Soalan saya ialah I Gula dan garam larut di dalam air. Adakah ayat ini betul atau salah... Adakah larut ialah kata kerja tunggal.. Boleh kah mendapat senarai kata kerja tunggal BM? Terima kasih.Melihat kepada makna kata tersebut dalam Kamus Dewan, kedua-dua perkataan larut dan melarut betul dalam konteks ayat tersebut. Tidak banyak contoh kata kerja tunggal dalam buku Tatabahasa Dewan, antaranya ada, balik, datang, pulang, gagal dan hancur. Kebanyakan kata kerja tunggal bersifat tak transitif. Untuk maklumat lanjut, lihat halaman 150.Tatabahasa01.08.2012
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasihTidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain26.02.2015
Terima kasih atas jawapan yang diberi. Soalan di bawah disertakan dengan gambar yang dilampirkan di Lampiran Fail. Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) BhdYa benar, jawapannya ialah air payau. Menurut istilah kimia dan istilah geologi, air payau merujuk air yang mempunyai nilai kemasinan yang berjulat dari kira-kira 0.50 hingga 17.00 bahagian per ribu, dan air yang mengandung garam kurang daripada air laut, tetapi tidak boleh diminum.Makna09.07.2014
1. Adakah benar kata bilangan tentu tidak boleh diletakkan bersama-sama kata bilangan pecahan? Harap dapat jelaskan konsep yang harus diguna pakai. Yang manakah betul: 'Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam' atau 'Perjalanan itu mengambil masa satu jam suku/setengah.' ? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari.' atau 'Ali berjoging empat kilometer setengah setiap hari.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Harga buku itu tiga setengah ringgit.' atau 'Harga buku itu tiga ringgit setengah.? Mengapa? Yang manakah betul: 'Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu.' atau 'Sila bubuh dua sudu setengah garam ke dalam sup itu.'? Mengapa? Yang manakah betul: 'Ali minum dua satu pertiga gelas air tadi.' atau 'Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.'? Mengapa?Frasa yang betul ialah:
1. Perjalanan itu mengambil masa satu suku/setengah jam. 
2. Ali berjoging empat setengah kilometer setiap hari.
3. Harga buku itu tiga setengah ringgit. 
4. Sila bubuh dua setengah sudu garam ke dalam sup itu.
5. Ali minum dua dan satu pertiga gelas air tadi.
Rumus yang diikuti ialah nombor bacaan (1, 1/2 dan sebagainya) baru diikuti dengan unit kiraan (jam, kilometre dan sebagainya).
Tatabahasa28.03.2014

Kembali ke atas