Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk Outlet Mall? Gedung, gedung beli-belah atau gedung cawangan? | Konsep outlet mall atau disebut juga outlet village biasanya dibina di luar bandar. Dalam konteks negara kita, pusat atau gedung beli-belah lazimnya tidak diletakkan cawangan seperti pejabat, sebaliknya dirangkaikan terus dengan lokasi berkenaan, seperti PUSAT BELI-BELAH (keterangan utama) AEON KARAK (nama premis - sebuah pekan di bandar Bentong). | Lain-lain | 06.06.2018 |
Salam sejahtera, Setahu saya, clearing house adalah gedung penjelasan, bolehkah clearing member diterjemahkan kepada ahli gedung penjelasan? Terima kasih. | Rumah penjelasan digunakan dalam bidang ekonomi, jika "clearing member" merujuk orang yang terlibat dalam konteks yang tersebut, padanan ahli gedung penjelasan boleh digunakan. | Istilah | 13.12.2018 |
Salam, saya ingin mendapatkan kepastian dari anda. Setahu saya clearing house bermaksud gedung penjelasan, bolehkan saya mentafsirkan clearing member sebagai ahli gedung penjelasan? Terima kasih | Rumah penjelasan digunakan dalam bidang ekonomi, jika "clearing member" merujuk orang yang terlibat dalam konteks yang tersebut, padanan ahli gedung penjelasan boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.12.2018 |
Minta bantuan perkataan jawi berikut : 1) GEDUNG KOMPUTER 2) KEDAI KOMPUTER 3) RUMAH TAMU 4) RUMAH PENJAGAAN IBU BERPANTANG 5) KEDAI GUNTING RAMBUT Terima Kasih . | Minta bantuan perkataan jawi berikut : 1) GEDUNG KOMPUTER - ݢدوڠ کومڤوتر 2) KEDAI KOMPUTER - کداي کومڤوتر 3) RUMAH TAMU - رومه تامو 4) RUMAH PENJAGAAN IBU BERPANTANG - رومه ڤنجاݢاءن ايبو برڤانتڠ 5) KEDAI GUNTING RAMBUT - کداي ݢونتيڠ رامبوت | Ejaan | 23.11.2019 |
Ayat majmuk yang hendak dipisahkan ialah 'Bangunan Gedung Raja Abdullah yang dibina berdekatan Sungai Klang terdiri daripada satu blok dua tingkat'. Ayat majmuk ini hendak dipisahakan kepada dua ayat tunggal. Saya tak pasti sama ada ayat majmuk itu sendiri betul atau salah. Terima kasih. | Saudara, Dua ayat tunggal tersebut adalah seperti yang berikut: i. Bangunan Gedung raja Abdullah dibina berdekatan Sungai Klang. ii. Bangunan Gedung Raja Abdullah terdiri daripada satu blok dua tingkat. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
Salam sejahtera. Apakah cadangan terjemahan bagi jawatan "customer duty manager" dan "store duty manager"? Kedua-duanya adalah jawatan di dalam sebuah gedung kelengkapan rumah yang besar seperti pusat membeli-belah. "Store" merujuk kepada gedung ini. Terima kasih | Tidak ada terjemahan Customer Duty Manager dan Store Duty Manager dalam pangkalan data kami. Cadangan kami frasa tersebut diterjemahkan kepada Pengurus Khidmat Pelanggan dan Pengurus Stor. | Tatabahasa | 09.07.2012 |
Minta Bantuan Perkataan jawi seperti berikut : 1) KEDAI AKSESORI KERETA 2) PAKAR AKSESORI KERETA 3) KEDAI KOMPUTER 4)GEDUNG KOMPUTER 4) PENGIKLANAN 5) KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI TERIMA KASIH | 1) KEDAI AKSESORI KERETA = کداي اکسيسوري کريتا 2) PAKAR AKSESORI KERETA = ڤاکر اکسيسوري کريتا 3) KEDAI KOMPUTER = کداي کومڤوتر 4)GEDUNG KOMPUTER = ݢدوڠ کومڤوتر 5) PENGIKLANAN = ڤڠيعلانن 6) KEDAI ALAT TELEKOMUKASI = کداي الت تيليکومونيکاسي | Lain-lain | 12.11.2019 |
Saya ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan dan DBP adalah gedung sastera yang terbaik bagi saya. Sekiranya saya mempunyai manuskrip puisi dan novel untuk diterbitkan oleh DBP, bagaimanakah caranya untuk saya laksanakan? Siapakah personel yang mungkin boleh saya berhubung terus dengan beliau tentang perkara ini? Jutaan terima kasih. | Bagi penulis baru, eloklah mengasah bakat melalui majalah Dewan Sastera. Hantarkan karya anda kepada Editor Dewan Sastera, Encik Muhammad Fadhli Al-Akiti, melalui e-mel fadhli@dbp.gov.my. | Lain-lain | 26.05.2015 |
TERJEMAHAN KEPADA "CHERISHED NUMBER" DAN "CLEARINGHOUSE" DALAM BAHASA MALAYSIA | clearing house - gedung penjelasan Huraian: Tempat atau organisasi yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan atau menjelaskan sesuatu urus niaga sekuriti, komoditi, kontrak hadapan atau opsyen. | Tatabahasa | 17.08.2007 |
Semakin dunia teknologi berkembang pesat dan ciptaan alat berteknologi tinggi bertambah, ramai orang kian menggunakan pelbagai alat komunikasi bergerak (mobile devices) seperti iPod Touch, iPhone, dan MacBook Air. Syarikat Apple telah menyediakan gedung muat turun yang menjual pelbagai perisian untuk alat-alat yang disebutkan di atas. Malangnya dan dukacitanya, tidak ada satu pun pihak yang menghasilkan Kamus bahasa Melayu untuk iPhone dan iPod Touch. Malah versi kamus untuk sistem komputer Macintosh juga tidak ada di pasaran. Saya mohon pertimbangan DBP untuk menghasilkan kamus Melayu untuk alat iPod/iPhone dengan segera kerana jumlah kamus untuk bahasa-bahasa lain semakin banyak ditawarkan untuk iPod dan iPhone tetapi tidak kamus Melayu. Saya yakin tawaran kamus Melayu untuk iPhone bukan sahaja memartabatkan bahasa Melayu secara hebat tetapi satu kaedah DBP juga boleh meraih keuntungan yang besar dengan jumlah muat turunnya sehari mencecah 1 juta setiap hari. | Salam Sejahtera Hairudin Bin Djorimi, Soalan : Semakin dunia teknologi berkembang pesat dan ciptaan alat berteknologi tinggi bertambah, ramai orang kian menggunakan pelbagai alat komunikasi bergerak (mobile devices) seperti iPod Touch, iPhone, dan MacBook Air. Syarikat Apple telah menyediakan gedung muat turun yang menjual pelbagai perisian untuk alat-alat yang disebutkan di atas. Malangnya dan dukacitanya, tidak ada satu pun pihak yang menghasilkan Kamus bahasa Melayu untuk iPhone dan iPod Touch. Malah versi kamus untuk sistem komputer Macintosh juga tidak ada di pasaran. Saya mohon pertimbangan DBP untuk menghasilkan kamus Melayu untuk alat iPod/iPhone dengan segera kerana jumlah kamus untuk bahasa-bahasa lain semakin banyak ditawarkan untuk iPod dan iPhone tetapi tidak kamus Melayu. Saya yakin tawaran kamus Melayu untuk iPhone bukan sahaja memartabatkan bahasa Melayu secara hebat tetapi satu kaedah DBP juga boleh meraih keuntungan yang besar dengan jumlah muat turunnya sehari mencecah 1 juta setiap hari Jawapan : Terima kasih atas cadangan yang diberi, kami akan membawa cadangan ini kepada pihak pengurusan DBP. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Yang menjalankan tugas, Abdul Razak Mohammad | Lain-lain | 09.07.2009 |