Adakah perkataan Google Form, Google Classroom perlu di tulis secara condong? | Frasa "Google Classroom dan Google Form" merupakan kata nama khas dan tidak perlu ditulis condong. | Lain-lain | 07.08.2023 |
Tuan/Puan, Mohon pencerahan tentang ayat manakah yang betul untuk penggunaan dari/daripada: 1a) Dokumen tersebut telah dipadamkan daripada Google Drive dan semua peranti anda. 1b) Dokumen tersebut telah dipadamkan dari Google Drive dan semua peranti anda. 2a) Item yang disimpan dalam Google Photos akan dikeluarkan daripada semua peranti anda. 2b) Item yang disimpan dalam Google Photos akan dikeluarkan dari semua peranti anda. 3a) Terima pemberitahuan daripada app Google Cloud. 3b) Terima pemberitahuan dari app Google Cloud. 4a) Muat turun app ini daripada PlayStore. 4b) Muat turun app ini dari PlayStore. Adakah Google Drive, Google Cloud, Google Photos, PlayStore dan peranti pintar merujuk kepada tempat? Terima kasih kerana membantu. | Google Drive, Google Cloud, Google Photos, PlayStore dan peranti pintar ialah perkhidmatan, sistem, aplikasi dan peranti. Ayat yang betul ialah: 1. Dokumen tersebut telah dipadamkan dalam Google Drive dan semua peranti anda. 2. Item yang disimpan dalam Google Photos akan dikeluarkan daripada semua peranti anda. 3. Terima pemberitahuan daripada aplikasi Google Cloud. 4. Muat turun aplikasi ini melalui PlayStore. | Tatabahasa | 17.05.2023 |
Bagaimana menulis aplikasi pada software. Perlukan menggunakan huruf besar atau sebaliknya. Contohnya: 1)Pelbagai aplikasi menarik seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader. (2) Akaun CPanel ada dua bahagian, iaitu Menu Kawalan Utama dan Maklumat Akaun Hosting. | Aplikasi dalam perisian dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar seperti Google Docs, Calendar, dan Google Reader. | Ejaan | 25.10.2011 |
Apakah ejaan yang tepat; 1. Wifi atau wi-fi 2. Webex atau webex 3. Google Meet atau google meet? | Ejaan yang tepat ialah Wi-Fi, Webex dan Google Meet. | Ejaan | 11.12.2022 |
Google Playstore, Appstore dan Huawei AppGallery merupakan antara platform penerbitan aplikasi mudah alih yang digunakan di Malaysia... juga diketahui sebagai official app store mengikut platform Android / iOS / Huawei Device... Apakah perkataan bahasa melayu yang boleh saya gunakan untuk "official app store" tersebut? | Padanan "official app store" dalam bahasa Melayu ialah "Aplikasi Rasmi". | Makna | 14.01.2021 |
Tuan/Puan, Mohon pencerahan tentang ayat manakah yang betul untuk penggunaan ke/kepada: 1a) Salin Foto anda daripada Album Foto kepada Google Photos. 1b) Sailn Foto anda dari Album Foto ke Google Photos. 2a) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB. 2b) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik ke 10 GB. 3a) Muat naik foto dan video kepada Pustaka Google Photos. 3b) Muat naik foto dan video ke Pustaka Google Photos. 4a) Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda. 4b) Tukar ke paparan pustaka peribadi anda. Terima kasih kerana membantu. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa manakala "kepada" merupakan kata untuk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), terhadap, akan atau daripada, pada Ayat yang betul ialah: 1. Salin Foto anda dari Album Foto ke Google Photos. 2. Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB. 3. Muat naik foto dan video melalui Pustaka Google Photos. 4. Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda.
| Tatabahasa | 17.05.2023 |
Salam, Saya inginkan kepastian untuk terjemahan perkataan "google" yang telah digunak pakai sebagai kata kerja dalam mana-mana ayat kini. Apakah istilah terbaik untuk digunakan bagi menggantikan perkataan "google" atau "googled" ini? Contohnya: I find it hard to google the information. The world gets Googled. Mohon khidmat nasihat daripada pihak Tuan/Puan. Terima kasih. | Dalam konteks rasmi, penggunaan kata google boleh digantikan dengan kata carian yang bermaksud carian melalui google. Dalam bentuk kata kerja, bolehlah dikatakan mencari maklumat melalui google. | Penyemakan dan penterjemahan | 14.07.2014 |
Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan tentang terjemahan yang betul untuk ayat berikut: Please transfer your data from Facebook to Google. 1. Sila pindahkan data anda dari Facebook ke Google. 2. Sila pindahkan data anda daripada Facebook kepada Google. Sekian terima kasih. | Padanan terjemahan yang sesuai ialah "Sila pindahkan data anda daripada Facebook kepada Google". | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2019 |
Selamat sejahtera (Helo), baru-baru dikhabarkan perkhidmatan "Google Translate" ingin menambahkan seribu bahasa baharu. Menurut jurutera perisian kanan Google Translate, Isaac Caswell dalam pengumuman itu, ini adalah pengembangan alat terbesar yang pernah dibuat melalui model bahasa besar PaLM 2nya. “Google Translate memecahkan halangan bahasa untuk membantu orang ramai berhubung dan lebih memahami dunia di sekeliling mereka. Saya mahu ajukan satu cadangan kpd pihak DBP supaya memasukkan juga bahasa-bahasa loghat atau bahasa-bahasa suku-suku yg ada di Semenanjung Malaysia dan Sabah serta Sarawak, termasuk Melayu (Kelantan), Melayu (Terengganu), Melayu (Kedah), Melayu (Perak), Melayu (Pulau Pinang), Melayu (Patani/Thai Selatan), Melayu (Kuala Lumpur), Melayu (Negeri Sembilan), Melayu (Melaka), Melayu (Pahang), Melayu (Sabah), Melayu (Sarawak), Melayu (Perlis), Melayu (Johor), Melayu (Singapura), Melayu (Brunei), Melayu (Selangor), dll serta saya juga berharap supaya DBP juga memasukkan bahasa Melayu mengikut tulisan-tulisan warisan kebudayaan Melayu spt Melayu (Rencong), Melayu (Jawi), Melayu (Palawa), dan Melayu (Kawi). Semoga pihak DBP dpt mempertimbangkannya supaya dpt mengangkat kelestarian bahasa-bahasa milik kebudayaan Malaysia kita❤️ | Pihak DBP mengucapkan terima kasih atas cadangan dan sokongan tuan kepada kami. Untuk makluman tuan, dialek-dialek negeri di Malaysia ada dirakamkan dalam portal prpm.dbp.gov.my. Kami juga akan berusaha dari semasa ke semasa untuk mengemas kini dan menambah baik data-data dalam portal ini. | Lain-lain | 30.06.2024 |
Salam. Dari mana datangnya nama 'siput babi'? Kenapa ia diberi nama itu? | Kami tidak menjawab persoalan seperti ini. Tuan boleh merujuk google.com">www.google.com untuk maklumat lebih lanjut tentang soalan ini. Untuk sebarang persoalan seperti makna kata dan huraian dalam bahasa Melayu, tuan boleh melayari www.prpm.dbp.gov.my | Lain-lain | 04.12.2015 |