1. Serba guna dieja pisah atau 1 perkataan? 2. Bangunan serba guna atau Bangunan serbaguna? | Ejaan yang betul ialah "serba guna" (dieja dua perkataan). | Ejaan | 09.05.2024 |
Kebanyakan yang saya lihat penggunaan bangunan serbaguna atau dewan serbaguna yang digunakan pada pada bangunan serba guna itu dirapatkan dan tidak dijarakkan. Adakah penggunaannya itu diterima.. boleh jelaskan? | Ejaan yang betul ialah Dewan serba guna. | Ejaan | 19.05.2024 |
Apakah ejaan sebenar bagi tebusguna tanah laut atau tebus guna laut? | Dalam Kamus Bahasa Melayu, menebus guna bererti menukar (gurun, paya, dll) menjadi tanah yg sesuai utk tanaman, bangunan, dsb; Oleh itu, istilah yang betul ialah tebus guna laut. | Istilah | 24.04.2011 |
Saya ingin bertanya, syarikat kami ingin memasang papan tanda dihadapan bangunan kamii dengan perkataan "CENTRAL KITCHEN" dimana kami menyediakan perkhidmatan masakan makanan secara berpusat. Yang mana satukah nama yang boleh kami guna? - Dapur Utama - Dapur Sentral - Pusat Penyediaan Makanan - Dapur Berpusat Mohon pencerahan tuan. | Perkataan yang paling sesuai ialah PUSAT DAPUR atau PUSAT PENYEDIAAN MAKANAN (pilih salah satu) | Lain-lain | 08.02.2018 |
terima kasih atas jawapan tuan. ttetapi dalam kamus dewan edisi ketiga, nian untuk menggambarkan maksud kata sebelumnya. kalau kita guna nian seperti contoh di bawah, boleh tak : tinggi nian bangunan moden itu. terima kasih. | Nian merupakan kata penguat belakang iaitu di belakang kata adjektif. Penggunaan nian dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 27.05.2013 |
Salam, Saya ingin mendapatkan pencerahan mengenai perkataan kubarasa yang bermaksud sifat bertindak balas apabila dirangsang (bukan hidupan) dalam ruang sesawang prpm. Apakah maksud bukan hidupan? Adakah bukan hidupan bermaksud air, air, udara? Adakah sesuai untuk saya guna pakai istilah kubarasa semula jadi untuk mengambarkan bangunan direka bentuk untuk bertindak balas secara semula jadi dengan elemen alam. | Yang dimaksudkan bkn hidupan dalam entri kamus itu ialah berkenaan hidupan (bukannya bukan hidupan) seperti manusia dan tumbuh-tumbuhan. Bangunan tidak termasuk dalam hidupan. | Tatabahasa | 05.05.2017 |
apakah terjemahan bagi istilah 'turnkey project' yang merujuk kepada sesebuah negara menandatangani kontrak dengan firma dari negara luar untuk menyiapkan projek seperti pembinaan bangunan atau jejambat. Setelah projek siap, ia akan serahkan kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut. | Istilah bahasa Melayu untuk "turnkey project" ialah projek siap guna. | Istilah | 17.07.2014 |
Apakah terjemahan untuk istilah 'turnkey project' yang merujuk kepada sesebuah negara menandatangani kontrak dengan firma dari negara luar untuk menyiapkan projek seperti pembinaan bangunan atau jejambat. Setelah projek siap, ia akan serahkan kepada syarikat asal yang menawarkan projek tersebut. | Istilah bahasa Melayu untuk "turnkey project" ialah projek siap guna. | Istilah | 17.07.2014 |
1a. Ali membersihkan lantai menggunakan mop sehingga bersih pada waktu rehat. 1b. Ali membersihkan lantai menggunakan mop pada waktu rehat sehingga bersih. 1c. Ali membersihkan lantai sehingga bersih menggunakan mop pada waktu rehat. (atau ketiga-tiga ayat ini pun betul?) 2. Dalam buku teks BM SJKC KSSR Semakan Tahun 2, muka surat 82: Abang memasang kipas angin di dalam bilik.(Gambar menunjukkan abang memekan butang/suis kipas angin yang berdiri.) Apabila kita hendak menyebut "swith on" kipas, perkataan memasang atau membuka lebih sesuai? Atau kedua-dua perkataan ini pun boleh dipakai guna? Bukankah memasang merujuk kepada memasang peralatan di dalam bangunan yang baharu? Kalau tulis membuka kipas angin macam sedang membaiki kipas pula. Atau kita perlu tulis ayat sebegini: Abang menekan butang untuk membuka kipas angin? 3. menekan butang kipas/menekan suis kipas? 4a. Abang pergi ke sekolah.(Ayat yang tidak menyebut abang siapa ini lengkapkah?) Atau kita kena tulis: Abang Ali pergi ke sekolah. 4b. Cikgu mengajar subjek Matematik./ Cikgu Tan mengajar subjek matematik.(Perlu sebut nama cikgu? Nama subjek kata nama khas?) | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Ketiga-tiga ayat tersebut adalah betul. 2. Abang menghidupkan kipas di dalam bilik. 3. Abang menekan suis kipas. 4. (a) Abang pergi ke sekolah. Abang Ali pergi ke sekolah. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. (b) Cikgu mengajar subjek Matematik. Cikgu Tan mengajar subjek Matematik. Kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 30.07.2021 |