Yang mana satu betul? Haji Dr. Hashim bin Haji Ishak atau Dr. Haji Hashim bin Haji Ishak | Tuan Aizan, Bentuk yang digunakan ialah Dr. Haji Hashim bin Haji Ishak. | Lain-lain | 21.12.2010 |
Sekiranya penandatangan Surat Rasmi mempunyai Gelaran Haji. Perlukah diletakkan salutation 'TUAN HAJI' atau HAJI sahaja? Yang Benar, (TUAN HAJI.....) atau (HAJI...)????? | Sapaan yang betul ialah "Tuan Haji" bagi nama penuh, manakala dalam surat "tuan" sahaja. | Tatabahasa | 11.07.2014 |
YM RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ SOALANNYA: ADAKAH BETUL DILETAKKAN PERKATAAN HAJI DI AWAL cth: HAJI YM ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ atau PERKATAAN YM DULU BARU PERKATAAN HAJI cth: YM RAJA HAJI ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ. | Yang betul ialah gelaran seperti YM/YB/Haji (Maklumat lanjut tentang gelaran, sapaan dan sebagainya boleh rujuk buku Protokol di Malaysia: Amalan dan Tradisi) dan diikuti dengan nama, contohnya: YM HAJI RAJA ZAINAL ABIDIN BIN RAJA ABDUL AZIZ. | Lain-lain | 29.04.2009 |
Salam. Saya ingin bertanya, nama pengirim dalam surat rasmi perlu dimasukkan HAJI atau tidak kalau pengirim itu ada gelaran Haji. Terima kasih | Gelaran haji digunakan selepas sapaan tuan seperti Tuan Haji Ahmad bin Haji Sanusi. Untuk merujuk protokol di Malaysia termasuklah gelaran pangkat dan sebagainya kami mencadangkan saudara merujuk buku Protokol di Malaysia: Tradisi dan Amalan (Mokhtar Haji Mohd. Tohar dan Ahmad Fawzi M. Basri). Untuk makluman saudara juga, format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam . Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP merujuk pekeliling ini. Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 06.09.2018 |
Assalammualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya, jika seorang pegawai mempunyai gelaran Sr (surveyor) dan beliau juga telah mengerjakan ibadah haji, adakah gelaran yang sesuai i) Sr Tuan Haji atau ii) Sr Haji Sekian, terima kasih. | Penggunaan gelaran yang betul ialah Sr Haji Ahmad bin Ali sama seperti Dr. Haji Zainuddin bin Karim. | Tatabahasa | 01.11.2012 |
Yang manakah lebih tepat sebagai gelaran , Encik Haji atau Tuan Haji ? Apakah kah ada garis panduan dalam permasalahan ini ? sekiranya untuk kegunaan rasmi ? Terima kasih. | Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya. Pada ghalibnya, majlis rasmi atau bukan rasmi masyarakat kita akan memanggil "Tuan Haji" bagi orang yang telah mengerjakan ibadah Haji. | Istilah | 06.03.2009 |
Siapakah Raja Ali Haji dan Sumbangannya dalam bidang bahasa Melayu? | Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ialah seorang ulama, sejarawan, pujangga. Untuk keterangan lanjut, sila lawati Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka atau pun mana-mana perpustakaan yang berdekatan. Terima kasih. | Lain-lain | 06.12.2007 |
Haji Daud ___________ semak menuju ke kebun getah pada setiap pagi. A mengharungi B meranduk C melintas D meredah | Mengikut Kamus Dewan, keempat-empat jawapan yang disediakan betul dan boleh menjadi jawapan untuk soalan yang dikemukakan. | Makna | 03.09.2014 |
Jika seseorang itu memiliki ijazah kedoktoran dan telah menunaikan ibadat haji, apakah gelaran yang sesuai untuknya dalam sesuatu majlis. Contohnya: 1.Tuan Haji Dr. Muhammad Ramli 2. Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli Yang manakah betul penggunaannya? Nombor 1 atau nombor 2? Gelaran yang betul ialah "Dr. Haji Muhammad Ramli". Assalamualaikum... Saya telah bertanya soalan di atas danpihak tuan telah memberikan jawapannya. Terima kasih dengan penjelasan jawapan. Soalan tambahan saya....jika ada pihak ingin juga memasukkan kata panggilan 'tuan', adakah panggilan itu seperti dalam pilihan 1 atau 2? Terima kasih | Pengejaan yang betul adalah seperti yang berikut "Tuan Dr. Haji Muhammad Ramli". | Ejaan | 06.05.2015 |
rujukan bagi yang berikut, yang manakah TEPAT penggunaannya? bergelar datuk, mempunyai kelulusan doktor falsafah, mempunyai gelaran warisan tengku, telah menunaikan ibadah haji. datuk dr. haji tengku ali @ datuk dr. tengku hj. ali? | Yang betul ialah Datuk Dr. Haji Tengku Ali. | Lain-lain | 29.10.2009 |