Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Hamid


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Penggunaan huruf kecil atau besar untuk 'cikgu'. Contoh: '...di bawah bimbingan cikgu Hamid' atau '...di bawah bimbingan Cikgu Hamid'?Alaikumussalam.

Cara penulisan yang betul untuk soalan puan ialah: '.... bawah bimbingan Cikgu Hamid'.

Jika perkataan "cikgu" itu umum, tidak diikuti dengan nama khas, ejaan "cikgu" kecil.  Contoh: '...bawah bimbingan cikgu'.
Lain-lain13.12.2014
Salam sejahtera, kata sendi mana yg betul? "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba di sekolah" atau "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah?" Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Berdasarkan ketetapan ini, kata sendi nama yang sesuai ialah "ke". Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah.Lain-lain16.12.2019
Wan Hanif Wan Hamid Aug 7th, 5:08pm Assalamualaikum wbt encik/puan admin. Saya Wan Hanif Wan Hamid dari Kuantan, merupakan salah seorang pemenang Hadiah Sastera Penulis Muda 2014 pada 4 Ogos 2015 tempoh hari. Saya ingin bertanya, bolehkah sekiranya saya ingin mendapatkan senarai penuh nama pemenang beserta judul karyanya? Sebab kami tidak diberikan sebarang buku atur cara melainkan kertas kehadiran untuk ditandatangani. Terima kasih.Sila hubungi urus setia pertandingan di Bahagian Promosi dan Pengiktirafan, DBP, Puan Nor Atikah Buang, di talian 03-21479000 atau e-mel noratikah@dbp.gov.my.Lain-lain07.08.2015
Apakah maksud pentadbiran? saya memerlukan riwayat hidup sultan kedah... sultan abdul halim, sultan badlishah dan sultan abdul hamid...

Sdr.

Pentadbiran mengikut definisi Kamus Dewan adalah ...' perbuatan mentadbir, pengelolaan, pengurusan, pemerintahan". Sultan Abdul Hamid Halim Syah adalah Sultan Kedah ke 25 (1882-1943), Sultan Badlishah adalah Sultan Kedah ke 27 (1943-1958) dan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Syah adalah Sultan Kedah ke 28 (1958-). Biodata duli tuanku boleh dirujuk dalam Ensiklopedia Sejarah, Kebudayaan Melayu terbitan DBP.

 

Lain-lain22.08.2008
Apakah format yang betul semasa menulis gelaran dan anugerah terhormat dalam surat rasmi? Contoh: YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar FAScYBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, cara penulisan yang sedemikian adalah betul.Lain-lain30.01.2014
selamat sejahtera soalan-soalan : 1. Wanita yang {duduk,bersimpuh}di barisan hadapan itu ialah ibu saya. 2. Rumah Pak Hamid telah { terbakar,dibakar}pada malam tadi. ribuan terima kasih .1. Wanita yang duduk di barisan hadapan itu ialah ibu saya.
2. Rumah Pak Hamid telah terbakar pada malam tadi.
Tatabahasa12.11.2012
Salam sejahtera. Adakah ayat- ayat yang berikut betul ? 1 Merawat doktor kaki adik. 2. Mengayuh Hamid basikal ke sekolah. 3. Pelajar terpandai Ahmad di sekolah. 4. Berkereta Encik Wong ke pejabat. Terima kasih.Susunan ayat yang betul dan gramatis adalah seperti yang berikut:

1. Doktor merawat kaki adik.
2. Hamid mengayuh basikal ke sekolah.
3. Ahmad pelajar terpandai di sekolah.
4. Encik Wong berkereta ke sekolah.
Tatabahasa07.09.2018
Assalamualaikum, saya ingin mendapatkan maklumat tentang penulis Tatabahasa dewan iaitu Farid M Onn dan Abdul Hamid Mahmood khususnya latar belakang pendidikan mereka.Majalah Pelita Bahasa Mac 1997 dan majalah Dewan Bahasa Mei 1998 menerbitkan artikel tentang Dr.Farid M. Onn. Saudara boleh melihat artikel tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. Namun tidak ada artikel tentang Prof. Hamid Mahmud dalam pangkalan data kami.Lain-lain01.06.2013
apakah sistem bahasa dan fungsi bhasa

Sila rujuk bahan ini :

1.Bahasa sebagai satu sistem oleh Abd Hamid Mahmood. Pelita bahasa : 1 Ogos 1992

2.Sistem ejaan rumi bahasa MElayu oleh Wan Abu Bakar Wan abbas . Pelia Bahasa : Jun 1996

3. Fungsi Dinamik Bahasa Melayu oleh Asiah Idris. Jurnal Dewan bahasa : MKei 1995

 

 

 

 

 

Sistem Ejaan Rumi Bahasa MelayuWan Abu Bakar Wan Abas; Hashimah HarunPelita Bahasa01/06/1996

Bahasa sebagai satu sistemHamid Mahmood">Abdul Hamid MahmoodPelita Bahasa01/08/1992

Lain-lain25.01.2008
Assalamualaikum, Saya ingin mencari buku karya 'Abdul Hamid Jaudah Al-Sahhar kategori Agama Sejarah. Penterjemah Safiah Abd. Razak terbitan DBP. buku Ibrahim Bapa Para Nabi sehingga...??? Mohon pihak tuan memberikan senarai buku bilangan serta adakah boleh dibeli? terima kasihWaalaikumussalam. Tuan/puan boleh menghubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my; atau Unit Pesanan, Bahagian Pengedaran dan Pemasaran melalui talian 03-41012476. Terima kasih.Karya21.03.2017
12345

Kembali ke atas