Bagaimanakah ejaan yang betul? 1a. Ia bermazhab Syafii 1b. Ia ber-Mazhab Syafii 2a. Ia mengikuti mazhab Hanafi. 2b. Ia mengikuti Mazhab Hanafi. 3a. Ia bertarekat Naqsyabandiyah 3b. Ia ber-Tarekat Naqsyabandiyah 4a. Ia mengikuti tarekat Syaziliyah. 4b. Ia mengikuti Tarekat Syaziliyah. Adakah nama mazhab dan tarekat termasuk nama diri (proper name) dan adakah perkataan "mazhab"/"tarekat" perlu ditulis dengan huruf kapital? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1a. Ia bermazhab Syafii. 2b. Ia mengikuti Mazhab Hanafi. 3a. Ia bertarekat Naqsyabandiyah 4b. Ia mengikuti Tarekat Syaziliyah. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti "Mazhab Hanafi" "Tarekat Syaziliyah" dan lain-lain.
| Lain-lain | 27.11.2021 |
Apakah elemen-elemen yang terdapat dalam kesusasteraan Melayu? | Sila rujuk En. Mohd. Hanafi bin Ibrahim, Pegawai Perancang Bahasa, Bahagian Kesusasteraan Bandingan, DBP. | Lain-lain | 03.03.2010 |
Apa perbezaan antara pewarisan dan perwarisan? Apakah penggunaan yang betul: Pada wali bukan mujbir pula, mereka bersetuju (tidak termasuk mazhab Hanafi) bahawa kerabat yang menerima ‘asabah dalam perwarisan merupakan wali bukan mujbir. | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud "perwarisan" ialah hal atau urusan berkaitan dengan harta benda, pusaka, ilmu dan lain-lain yang berwaris. Maksud "pewarisan" pula ialah hal atau urusan berkaitan dengan proses mewarisi atau mewariskan harta benda, pusaka, ilmu dan lain-lain. Oleh itu, penggunaan "perwarisan" dalam ayat di atas adalah betul. | Makna | 15.06.2022 |
Assalamualaikum / Salam Sejahtera, Berkenaan dengan penggunaan perkataan "dalam/dalaman" untuk audit. Yang manakah yang lebih tepat dan betul? Audit dalam atau audit dalaman? | Assalamualaikum Encik Hanafi, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, audit dalam bermaksud pemeriksaan rekod kewangan dan bukan kewangan sesebuah organisasi oleh organisasi itu sendiri untuk memastikan bahawa organisasi dikendalikan dengan betul. Menurut istilah bahasa Melayu pula, audit dalaman pula digunakan dalam bidang pentadbiran dan istilah sumbernya ialah "internal audit'. Audit dalaman membawa maksud pemeriksaan terhadap keperluan dan kesahihan segala perbelanjaan yang dilakukan dalam sesuatu organisasi bertujuan untuk menilai kecekapan dan kebolehpercayaan bahagian perakaunan organisasi tersebut. Bahagian yang sering menerima audit dalaman ialah bahagian pentadbiran yang melibatkan penyemakan segala perbelanjaan dan penggunaan barangan pejabat. Dalam pengauditan dalaman, semua baucer, invois dan dokumen lain diperiksa ketepatan dan kesahihannya sebelum dibayar atau direkod secara rasmi. Kesimpulannya, kedua-dua perkataan diterima namun pemilihan kata yang sesuai mestilah berdasarkan konteks ayat. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 30.01.2018 |
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan data dan statistik bagi pembacaan novel khususnya Novel Remaja pada masa kini? Ini adalah kerana saya sedang membuat kajian mengenai bacaan Novel Remaja dikalangan masyarakat Malaysia. Moga pihak tuan dapat membantu dalam penyelidikan saya. Terima kasih. | Tiada kajian khusus berkaitan pembacaan novel, namun puan boleh menulis surat rasmi kepada Dr. Mohd Hanafi bin Ibrahim, Ketua Bahagian Penyelidikan Sastera, Aras 21, Menra DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui telefon 03-2147 9293/e-mel hanafi@dbp.gov.my. | Penyelidikan | 31.10.2014 |
Assalaamu'alaikum, Tuan Dewan Bahasa, saya nak tanya, boleh tak saya minta tolong translate dari pada bahasa inggris ke bahasa Melayu, Mohon petunjuk Tuan, saya nak translate abtrak Thesis about 500 kata saja, Terimakasih, hanafi | Khidmat Nasihat Bahasa hanya menawarkan khidmat menyemak penggunaan bahasa misalnya dalam penulisan iklan, dokumen rasmi seperti surat, memo dan minit mesyuarat. Khidmat menyemak bahasa dalam tesis tidak termasuk dalam perkhidmatan ini. Pihak kami mencadangkan tuan melayari laman web PRPM untuk apa-apa rujukan bahasa termasuklah makna perkataan dan ejaan yang setepatnya. | Lain-lain | 22.04.2020 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. 1. Pemandangan di pantai Port Dickson.....indah ketika matahari terbenam. a. sangat nian b. benar sekali c. sungguh amat d. terlalu paling Terima kasih. | Hanafi Kesemua jawapan yang diberikan agak mengelirukan. Saya berpendapat perkataan yang paling sesuai ialah sungguh. | Tatabahasa | 03.08.2010 |
Contoh bagaimana untuk menulis tentang watak protagonis dalam novel Lamunan Puitis? | Watak protagonis ialah watak utama dalam sesuatu cerita, drama; penyokong terkemuka sesuatu perjuangan, pergerakan dan sebagainya. Novel Lamunan Puitis mempunyai trilogi yakni mengandungi tiga novel dalam satu buku. Kisah pertama bertajuk "Sebuah Mimpi Hari Tua" mengisahkan sebuah keluarga yang teringat akan orang tua di kampung. Mengenang kembali akan sawah yang sudah tidak diusahakan lagi. Novel kedua bertajuk "Titipan" mengisahkan tentang kenangan watak utama dengan ibunya. Novel yang terakhir bertajuk "Embun". Mengisahkan tentang watak dan sifat embun dan kaitannya dengan sifat hujan. Kisah embun yang mencari jati diri dan cuba memisahkan diri dari 'jemaah hujan'. Saudara boleh menceritakan watak utama dalam ketiga-tiga novel tersebut berdasarkan perwatakan yang dibawa oleh watak utama. Watak atau sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): yang ditunjukkan oleh watak protagonis. Saudara juga boleh menghubungi Bahagian Penyelidikan Sastera DBP untuk lebih lanjut melalui e-mel iaitu hanafi@dbp.gov.my selain membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, buku rujukan dan lain-lain. | Sastera | 26.02.2013 |
Assalamualaikum, saya syamimi pelajar dari upm, saya telah diberikan tugasan yang bertajuk "unsur perubatan dalam karya sastera". oleh itu saya ingin memohon penjelasan daripada pihak tuan bagaimana untuk cara saya mencari maklmumat dan bahan tentang unsur peubatan ini. setakat ini sya telah memilih "mantera" sebagai bahan kajian saya... adakah betul bahab kajian saya itu? | Alaikumussalam, Saudara dicadangakan untuk menghubungi pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera untuk maklumat lanjut. Sila hubungi Encik Saifullizan Yahaya (21479237) atau Dr. Mohd Hanafi Ibrahim (21479230) Terima kasih. | Sastera | 22.04.2014 |