Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Hardware


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
**kedai hardware** adakah dalam papan tanda tulis sebagai "kedai barangan perkakasan"?Penggunaan yang betul ialah KEDAI BARANGAN LOGAM. Tatabahasa19.05.2021
personalised services online navigation browser hardwarekhidmat pelanggan dalam talian pelayaran perkakasanLain-lain04.07.2007
Selamat pagi tuan. Saya wakil dari Syarikat Zakaria Sulaiman Hardware Sdn Bhd ingin tuan menyemak perkataan Jawi yang telah saya tulis pada banner samaada betul atau tidak. Saya memerlukan jawapan dengan segera. Terima Kasih tuan.

Permohonan pengesahan bahasa Melayu dalam iklan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my.

Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Pilih”. Pastikan Jumlah bayaran menjadi RM10.00 atau RM30.00 bergantung pada jenis iklan yang dipilih. Muat naik visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Makluman Tahniah Pendaftaran Iklan XXX Berjaya akan dipaparkan. Sila buat bayaran setelah menerima makluman tersebut supaya iklan dapat diproses.

Lain-lain23.03.2022
Tolong menterjemahkan perkataan di bawah ke bahasa melayu untuk kegunaan papan iklan: Pembekal alat-alat "Hardware and machinery" Sekian, terima kasih.Terjemahan yang betul ialah: Pembekal Barang Logam dan Peralatan JenteraLain-lain31.10.2011
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah "shader" dalam konteks grafik komputer? Takrifan bahasa Inggerisnya adalah seperti berikut: "A set of software instructions used to calculate rendering effects on graphics hardware." Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini: https://en.wikipedia.org/wiki/Shader . Terima kasih.Kami mencadangkan "shader" diterjemahkan sebagai "penggelap grafik". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah22.07.2022
Salam sejahtera, Terima kasih atas bantuan yang telah pihak DBP berikan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Customize"? a) Sesuaikan b) Suaikan c) Lain-lain (mohon bantuan DBP dalam mencadangkan terjemahan yang lebih sesuai). Maksud: To modify or assemble hardware or software to suit the needs or preferences of the user. Terima kasih sekali lagi.Kami mencadangkan perkatan customize diterjemahkan kepada menyesuaikan atau disesuaikan, bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Lain-lain27.05.2015
Assalamualaikum, Terjemahan sesuai bagi 1. Case/Casing telefon pintar 2. True Wireless Stereo(TWS), penerangan True wireless earbuds have no cord to keep each bud connected to each other. They rely on wireless technology such as Bluetooth to transmit audio from a hardware device. Terima kasihPadanan bahasa Melayu bagi istilah phone case/casing ialah selongsong telefon dan padanan istilah True Wireless Stereo (TWS) ialah stereo nirwayar sepenuhnya. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah13.12.2022
Selamat petang. Saya mempunyai beberapa soalan yang hendak ditanya. 1) Bagaimanakah cara untuk menterjemah frasa 'a falling stone' ke dalam Bahasa Melayu? 'Batu yang berjatuh'? 2) Apakah perkataan yang seerti dengan perkataan bahasa Inggeris 'update' dan 'update' dalam konteks-konteks seperti: * I need to update the firmware. * I need to upgrade my hardware. 3) Apakah perbezaan 'penukaran' dengan 'pertukaran'? 4) "Meja ini diperbuat daripada kayu" atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? 5) Apakah nama rasmi bahasa kebangsaan kita untuk kegunaan formal? 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia'? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan saya ini. Saya benar-benar menghargainya."1. Batu yang jatuh 2. update - kemas kini 3. Berdasrkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertukaran bermaksud perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb). Penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan 4. Kedua-dua ayat adalah betul. 5. Nama rasmi bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu.Makna16.07.2013
Tuan/Puan, mohon pandangan mengenai penggunaan "PENYELENGGARAAN" dan PENYENGGARAAN" serta "PERALATAN" dan "PERKAKASAN" dari segi terma ICT. * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Peralatan@Perkakasan Komputer * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan aplikasi Sistem Aduan * Penyelenggaraan@Penyenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)Kata penyenggaraan menerima sisipan "el" menjadi penyelenggaraan. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama. Manakala perkataan perisian ialah terjemahan software dalam bahasa Melayu dan perkakasan terjemahan bagi hardware dalam bahasa Melayu.Istilah22.05.2012

Kembali ke atas