| 1.Bagaimanakah cara mengeja Yang dipertuan Agong dengan betul? 2. Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu baring-baring di bawah pokok yang rendang. Betulkah penggunaan baring-baring dalam ayat tersebut? Adakah salah jika kita menggantikannya dengan perkataan berbaring/ berbaring-baring? 3. Segala apa yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya. Bolehkah "apa" digunakan dalam ayat tersebut? | 1.Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.2. Perkataan baring-baring dalam bahasa baku perlu ditambah imbuhan beR- untuk menunjukkan perbuatan. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu berbaring/berbaring-baring di bawah pokok yang rendang. 3.Ayat 'Segala yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya' tidak perlu ditambah dengan perkataan 'apa' kerana 'apa' merupakan kata tanya. | Tatabahasa | 26.08.2007 |
| Pada waktu tangah hari, pekerja-pekerja itu (baring-baring dibawah pokok yang rendang. (Penggunaan perkataan (baring-baring) sesuai dalam soalan di atas atu tidak?) | Perkataan yang betul ialah berbaring-baring, iaitu perbuatan merebahkan badan seperti keadaan ketika tidur (untnk merehat-rehatkan badan), dan kata baring-baring tidak ada konteks penggunaan rasmi. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
| Ada yang kata, ayat tidak boleh bermula dengan nombor, adakah ia benar? Bagaimanakah saya hendak menyampaikan maksud ayat ini dengan betul? - 1 Mei merupakan cuti umum Hari Pekerja. | Ayat perlu dimulakan dengan perkataan sebelum angka seperti Pada 1 Mei atau Tarikh 1 Mei, contohnya Tarikh 1 Mei ialah cuti umum Hari Pekerja. | Tatabahasa | 16.06.2012 |
| "Perkataan hari bila perlu ditulis dengan huruf besar?" | Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama tahun, bulan, hari, hari perayaan dan kebesaran, serta peristiwa bersejarah. Contohnya, Hari Raya Aidilfitri, Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan Hari Wesak. | Tatabahasa | 28.08.2013 |
| As salam tuan dan puan di talian, Terima kasih atas jawapan yang diberikan kepada soalan yang saya utarakan. Selamat bertugas dan Selamat Hari Pekerja. | Atas budi baik tuan, kami juga mengucapkan terima kasih. | Lain-lain | 28.04.2015 |
| Sama ada hari guru, hari kanak-kanak dan hari ibu ditulis dalam huruf besar? Terima kasih. | Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Pekerja dieja dengan huruf besar. Manakala hari kanak-kanak dan hari gotong royong dieja dgn huruf kecil kecuali ada unsur-unsur khusus spt Hari Kanak-Kanak Sedunia 2007 atau Hari Gotong-royong Taman Permai, barulah dieja dengan huruf besar. | Tatabahasa | 22.12.2013 |
| apakah kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam text tersebut? "Di samping itu, penambahbaikan lain yang diterokai terhadap draf RUU ini ialah untuk memasukkan peruntukan am yang menjelaskan fungsi dan peranan pekerja sosial serta praktis kerja sosial," katanya. Dalam pada itu, Nancy turut mengucapkan selamat Hari Pekerja Sosial Sedunia yang disambut hari ini khususnya buat warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat dan semua pekerja sosial diseluruh negara. "Curahan bakti anda semua dalam membantu membentuk kesejahteraan kita rakyat Malaysia amat di hargai," katanya. Hari Pekerja Sosial Sedunia disambut pada setiap Selasa minggu ketiga Mac. | Untuk membantu tuan membuat semakan berkenaan tatabahasa yang betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015) atau menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). | Tatabahasa | 05.05.2024 |
| ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
| ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT PEMBEKAL BUKU TEKS DI SEKOLAH Tuan, ADUAN TERHADAP PEKERJA SYARIKAT BADAN CEMERLANG SDN. BHD BUKU TEKS DI SEKOLAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan pada 20 Ogos 2025 Hari Rabu pada Jam 4:45 petang wakil syarikat (pekerja) pembekal buku telah menghantar buku di sekolah kami dan mendapati pekerja tersebut telah menunjukkan tingkah laku tingkah yang biadap pada masa tersebut. Pekerja tersebut telah meninggikan suara, mengeluarkan kata-kata kurang sopan, dan bersikap tidak profesional terhadap kakitangan pentdbiran di pejabat. 3. Sikap tersebut amat dikesali kerana menjejaskan suasana kerja serta menunjukkan imej syarikat pembekal yang dilantik oleh KPM. 4. Sehubungan itu, kami memohon pihak tuan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pekerja berkenaan serta memastikan syarikat pembekal dapat memberi perkhidmatan dengan penuh profesional. Sekian, terima kasih. | Salam tuan yang budiman, Semakan dan permohonan penjelasan daripada syarikat Badan Cemerlang Sdn. Bhd. telah dilaksanakan terhadap insiden yang berlaku di SK Putrajaya Presint 15 (1. Didapati bahawa syarikat tersebut merupakan syarikat pembekal bagi Kontrak Pembekalan BTSP BCS Pakej 8, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi buku Waspada Budaya Kita Tahun 1 (Buku Aktiviti). Kontrak ini adalah bagi buku penerbit luar antara Badan Cemerlang Sdn. Bhd. dengan KPM yang tiada kaitan dengan urusan buku BTSP BCS terbitan DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.08.2025 |
| Adakah ada pengunaan ayat "dikecualikan" ? Contoh ayat : Semua pekerja mulai hari ini "dikecualikan" bertugas akibat wabak Covid-19. | Perkataan "dikecualikan" berasal daripada perkataan "kecuali" yang membawa maksud melainkan, selain, lain daripada; yang menyimpang daripada kebiasaan, yang tidak dikenakan sesuatu peraturan, kekecualian; berkecuali; ada kecualinya; tidak berpihak kepada(bersekutu dengan) mana-mana pihak, berdiri sama tengah. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, cadangan ayat yang gramatis ialah: Mulai hari ini, semua pekerja dikecualikan daripada bertugas akibat wabak Covid-19. | Tatabahasa | 12.01.2021 |