1. Salam sejahtera. Apakah persamaan dan perbezaan antara perkataan 'bersama' dengan perkataan 'bersama-sama'? 2. Antara ayat berikut, yang manakah yang betul? i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. ii) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama-sama. | Salam Sejahtera, Jawapan 1: Perbezaan dan persamaan perkataan "bersama" dengan perkataan "bersama-sama" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'bersesama'. Perkataan 'bersesama' ini saya temui di dalam buku perundangan. Apakah beza antara bersama-sama dengan bersesama? | Perkataan bersama-sama bermaksud berserta, bergandingan dengan, serentak dengan. Manakala perkataan bersesama dalam bidang perundangan bermaksud memiliki bersama yang merujuk berkaitan dengan harta pusaka.
| Makna | 22.12.2021 |
1) Adakah penggunaan perkataan jarang di bawah betul? -Ali risau kerana rambutnya sudah jarang. -Abu jarang pulang ke kampungnya semenjak dia muflis.(Mana satu penggunaan yang betul?jarang atau jarang-jarang?) 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan tatabahasa? Jika ada mengapa? - Ali makan nasi itu bersama ulam. - Josep memakai kasut itu ketat-ketat. - Kita mestilah sentiasa hormat akan orang tua-tua. - Kejadian banjir itu menyebabkan banyak harta bendanya musnah dan mengalami kerugian ribuan ringgit. | Penggunaan perkataan "jarang" dalam ayat tersebut betul kerana jarang juga boleh membawa maksud jarang-jarang. Ayat tersebut diperbetulkan menjadi Ali makan nasi itu dengan ulam dan Kita mestilah sentiasa menghormati orang-orang tua. | Tatabahasa | 25.07.2012 |
Soalan 1 : Masalah Mengenai Satu Kenyataan Ayat dalam Penggunaan Kata Hubung “Dan” dan “Atau” Saya mengalami kekeliruan dan mendapati bahawa terdapat masalah tatabahasa atau penggunaan kata hubung dalam beberrapa kenyataan ayat yang menggunakan penggunaan kata hubung “dan” dan “atau” digunakan secara serentak. Antara contoh yang telah saya temui dalam beberapa notis umum sebelum ini ialah: 1. Simpan harta benda anda yang berharga dan atau mudah alih di tempat yang berkunci dan atau bawa bersama 2. Elakkan berada/menggunakan laluan yang sunyi dan atau gelap Sekiranya pernyataan di atas salah, boleh saya mengetahui penjelasan kesalahan penggunaan kata hubung di atas dan apakah pembetulan yang sesuai yang wajar digunakan dalam ayat tersebut. Dan boleh terangkan lebih terperinci penggunaan kata hubung “dan” dan “atau” yang sesuai mengikut ayat tertentu. Diharapkan pihak tuan/puan dapat menjawab soalan yang diajukan Soalan 2: Apakah faktor yang menyebabkan kesalahan penggunaan tatabahasa penggunaan kata hubung di atas dan boleh jelaskan secara terperinci. Saya berminat untuk mengetahui masalah tersebut. Sekian terima kasih. | Untuk makluman, kata hubung "atau" ialah kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan. Contohnya "askar atau tentera", "binatang atau haiwan", dan sebagainya. Maksud kedua "atau" ialah "salah satu antara hal". Manakala kata hubung "dan" ialah kata hubung yang menghubungkan dua perkataan (frasa atau ayat). Ini bermakna, kedua-dua kata hubung tersebut tidak boleh digandingkan serentak kerana fungsinya yang berbeza. | Tatabahasa | 02.10.2016 |
Assalamualaikum. Saya berhasrat untuk menerbitkan semula karya sajak allayarham Usman Awang bertajuk GURU OH GURU untuk diterbitkan dalam bentuk poster besar untuk diedarkan di sekolah-sekolah. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar sekolah akan kepentingan jasa guru dalam mendidik mereka. Selain itu saya juga berhasrat untuk memohon kepada pihak DBP gambar Usman Awang dalam bentuk high resolution untuk diterbitkan bersama sajak beliau pada poster terbitan saya nanti. Oleh itu, saya inginkan kepastian pihak DBP apakah penerbitan sajak GURU OH GURU berserta gambar Usman Awang tersebut tertakluk kepada tuntutan bayaran ROYALTI atau TIADA CAJ ROYALTI? Sekiranya harus dibayar royalti apakah saya harus bayar kepada DBP atau pihak lain? Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam WBT. Untuk maklumat lanjut tuan boleh menghubungi Bahagian Harta Intelek DBP melalui talian telefon 03-21479522 atau 03-21479000. Terima kasih. | Lain-lain | 26.03.2019 |