Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya Canigia Uden. Guru dari SMK Kapit, Sarawak. Saya ingin bertanya tentang perkataan Graduasi. Saya sedia maklum bahawa perkataan ini tiada dalam kamus dewan, juga dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Malah, pernah ada isu dulu bahawa penggunaan perkataan ini tidak dibolehkan di sekolah, terutamanya untuk Tingkatan 6 ataupun MRSM. Oleh kerana sekarang merupakan hujung tahun, banyak sekolah mengadakan majlis kepada pelajar-pelajar yang akan tamat pembelajaran mereka seperti pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan juga di MRSM. Saya melihat banyak sekolah menggunapakai perkataan ini, "Majlis Graduasi MRSM ABCD", ataupun "Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 6". Jadi, saya keliru. Adakah perkataan ini sudah dibolehkan untuk dipakai dan diterima ? Mohon pencerahan dan penjelasan daripada yang lebih afdal

Padanan bagi kata graduation dalam bahasa Melayu ialah pengijazahan yang bermaksud memperoleh ijazah atau diploma. Bagi pelajar yang akan tamat sekolah tingkatan 5 atau 6, majlis tersebut boleh dinamakan sebagai Majlis Penyampaian Sijil. Walau bagaimanapun, Majlis Graduasi juga sudah boleh diterima pakai.

Istilah24.10.2019
salam...tahun lepas ada peraduan penulisan ilmiah, dan saya ada menghantar manuskrip kepada pihak tuan...saya ingin tahu sahaja, adakah pemenang peraduan itu telah diumumkan? tarikh diumumkan itu bila dan adakah keputusan telah dibuat? terima kasih.

Assalamualaikum,

                           Pertandingan Hadiah Karya Ilmiah Tahun 2009 yang ditawarkan kepada penulis pada hujung tahun 2008 telah ditutup tarikhnya pada 30 November 2009. Semua bahan penulisan yang diterima oleh Urus Setia sedang dalam proses penilaian awal dan kemudian Panel Penilai Pakar akan dilantik untuk menilai bahan ini. Oleh yang demikian, pemenang pertandingan belum lagi diumumkan. Mohon tuan bersabar kerana Urus Setia akan memaklumkan keputusannya dalam tahun ini.  

 

Diharap saya menjawab pertanyaan tuan. Terima kasih.

 

Lain-lain06.02.2010
apakah perbezaan antara hujung dan penjuru

Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, Hujung ialah 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pangkal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. bahagian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Semenanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) perkataan dll: barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; Pejuru pula ialah pojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) pen­juru yg luasnya 90º. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat.

Lain-lain11.10.2010
Saya ingin mendapatkan buku bertajuk FAJAR DI HUJUNG MALAM, Karya Hasan Ali, terbitan DBP tahun 1992. Boleh bantu saya ?Salam tuan budiman,

Buku Terbitan DBP

Berdasarkan semakan buku tersebut dengan Bahagian Pengedaran dan Pemasaran, DBP. Dimaklumkan bahawa, buku bertajuk FAJAR DI HUJUNG MALAM, Karya Hasan Ali, terbitan DBP tahun 1992, sudah tiada dalam stok di kedai buku DBP. Buat masa ini juga, tiada cetak ulang bagi buku tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk tujuan rujukan dan pinjaman, buku tersebut boleh diperoleh dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP di Aras 3, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Encik Salman bin Zainol melalui talian telefon 03-2147 9637.

Bersama-sama ini disertakan maklumat kedudukan simpanan buku tersebut dalam sistem http://pustaxa.dbp.gov.my/

Sekian, terima kasih.


Lain-lain26.10.2019
bagaimana menulis nota kaki atau nota hujung

Gaya penerbitan Dewan menggunakan Sistem Penulis-Tarikh untuk menulis nota kaki. Susunan maklumatnya adalah seperti yang berikut:

Nama penulis (diikuti dengan tanda koma)

Tahun terbit (diikuti dengan tanda noktah)

Judul sumber (dicetak dalam huruf condong, diikuti dengan tanda noktah)

Jilid (diikuti dengan tanda noktah)

Edisi dan cetakan (diikuti dengan tanda noktah)

Tempat terbit (diikuti dengan tanda noktah bertindih)

Nama penerbit (diikuti dengan tanda koma)

Halaman rujukan (diikuti dengan tanda noktah) 

Nota: Cara penulisan nota kaki ini adalah sama seperti cara penulisan bibliografi. Maklumat lanjut dan contoh penulisannya terdapat dalam buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, halaman 170.

 

 

Lain-lain27.02.2008
Kata Hubung 1. __________umurnya 70 tahun,_________dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengadakan-ngadakan _____hari ___ menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan __________ buku Latihan __________buku kerja. 4. “___________ saya tidak dihiraukan, ___________ awak ,” kata Amin kepada Dali. 5. __________ Siew Lan kurus, ___________ dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 7. “ Anak gadis Datuk Ramzi ____________bijak________ juga peramah,” kata Dato’ Azlan. 8. Bersenam _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 9. “ ________ lelaki _________ perempuan, sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,”kata ketua kampung. 10. ___________ terus berdiam, ___________ saya berterus terang sahaja.
Penggunaan kata hubung yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Walaupun umurnya 70 tahun, tetapi dia masih bertenaga.

2. Sikap Faridah yang mengada-ngada semakin hari  semakin menjadi.

3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan beberapa buku latihan dan buku kerja.

4. “Walaupun saya tidak dihiraukan, janganlah awak kecewa,” kata Amin kepada Dali.

5. Walaupun Siew Lan kurus, tetapi dia kuat makan.

6. Rumah di hujung pekan itu sangat  baik untuk fizikal dan mental kita.

7. “Anak gadis Datuk Ramzi terlalu bijak dan juga peramah,” kata Dato’ Azlan.

8. Bersenam sangat baik untuk fizikal dan mental kita.

9. “Baik  lelaki  mahupun perempuan, bersama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,” kata ketua kampung.

10. Daripada terus berdiam, sebaiknya saya berterus terang sahaja.

Tatabahasa06.10.2021
Saya ada satu kemusykilan. Adakah perkataan 'kaleidoskop' juga membawa maksud 'pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada sesuatu tahun'? Terima kasih.Tuan,

Mengikut Kamus Dewan, kaleidoskop bermaksud:

1. sejenis alat mainan (berbentuk tiub, dengan lubang kecil pada satu peng­hujung) yang membolehkan seseorang melihat corak tertentu yang berwarna-warni (melalui lubang tersebut) apabila tiub itu diputarkan;
2. pola warna, imej, dan sebagainya yang sering berubah dengan cepat.
Istilah08.06.2019
Salam Sejahtera, saya ingin bertanyakan soalan berkaitan penerbitan.Adakah pihak DBP menerbitkan kompilasi Cerpen dan Puisi yang di terbitkan oleh Utusan Malaysia? Cerpen dan Puisi tersebut di siarkan pada setiap hujung minggu di dalam Minguan Malaysia.Sekiaranya ada, berapa tahun sekali penerbitannya? Sekian,terima kasih SUHANA ISHAKAssalamualaikum. Untuk makluman, DBP ada menerbitkan kumpulan cerpen dan kumpulan puisi. Walau bagaimanapun, sekiranya karya tersebut pernah diterbitkan oleh penerbit lain sebelum ini, penulis hendaklah mendapatkan keizinan daripada penerbit yang berkenaan sebelum penulis menghantar manuskrip tersebut kepada DBP untuk diterbitkan.Lain-lain18.04.2013
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Depa ialah salah satu unit ukuran panjang. 2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja. 3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa. 4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun. 5. Encik Abu menjadi imam semasa bersembahyang. 6. Permukaan dinding itu mula kopak. 7. Adakah "juru" dan "kilo" tergolong dalam imbuhan pinjaman? Jika tidak, apakah golongan kata bagi perkataan yang terdiri daripada juru dan kilo? Terima kasih.1. Depa ialah ukuran panjang antara kedua-dua hujung tangan yang didepangkan.
2. Plat nombor keretanya hanya satu digit sahaja.
3. Penganut agama itu memuja tuhan yang esa.
4. Had umur minimum bagi pemandu kereta ialah tujuh belas tahun.
5. Encik Abu menjadi imam sembahyang zuhur.
6. Permukaan dinding itu mula terkopak.
7. Juru ialah awalan asing, manakala kilo ialah ringkasan kilogram dan kilometer dan bukan awalan asing.
Tatabahasa29.01.2013
Assalamualaikum...... saya Maizura Binti Abd Aris ingin mengemukakan soalan mengenai peluang pekerjaan yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pada waktu ini DBP ada membuka peluang pekerjaan? Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM dana akan bergraduat pada tahun ini. saya mengharapkan kepada pihak DBP untuk memberi maklumat kepada saya sekiranya ada peluang pekerjaan di sana. sekian terima kasih.TErima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami. Sebagai makluman sdr, kami akan mengiklankan pelawaan untuk mengisi jawatan kosong melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. Sila pastikan sdr tidak terlepas daripada membaca iklan tersebut.Lain-lain09.06.2008
12

Kembali ke atas