| apakah maksud hutan kita khazanah kita? | Menurut Kamus Dewan, hutan bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar) atau rimba. Khazanah pula beerti barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan atau himpunan. (Erti khazanah - Melihat kepada konteks penggunaan ayat). Hutan kita khazanah kita bermaksud kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar yang merupakan simpanan atau menjadi kepunyaan atau perlindungan kita (kerajaan, negara dan lain-lain). Contohnya hutan simpan atau hutan dara. Bagi memahami penggunaan kata hutan kita khazanah kita dengan lebih jelas, saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi keempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. | Lain-lain | 09.02.2007 |
| Apakah maksud lestari? Apakah maksud mampan? Apakah perbezaan kedua-dua perkataan ini? Adakah wujudnya perkataan kemampanan? | Lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal, tetap; asli atau terpelihara seperti asal. Contohnya, melestarikan hutan; kelestarian keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain). Pelestarian; perlindungan daripada kemusnahan. Mampan bermaksud mampu mengekalkan atau pencapaian tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Padanan dalam bahasa Inggeris ialah sustainable. Perkataan mampan menerima imbuhan apitan ke-an membentuk kata kemampanan yang bermaksud perihal mampan. | Makna | 12.05.2020 |