Salam, Dalam istilah perubatan, perkataan "endoscopy" diterjemahkan sebagai "endoskopi". Bagaimana pula perkataan "endoscopic". Adakah "endoskopik" atau "endoskop" sahaja? Perlukah semua perkataan saintifk yang berakhir dengan "...-ic" perlu diterjemahkan sebagai "...-ik" ? Apakah kaedahnya untuk menterjemahkan perkataan saintifik seperti sedemikian? Terima kasih. | Padanan endoscopy dalam bahasa Melayu ialah endoskopi, manakala endoscopic ialah endoskop. Berdasarkan pembentukan kedua-dua istilah tersebut tidak semua perkataan dalam bahasa Inggerisnya berakhir dengan ...-ic diterjemahkan sebagai ...-ik dalam bahasa Melayu. Ada sebab, alasan serta peraturan tertentu dalam penterjemahan istilah ke dalam bahasa Melayu. Hal ini dibincangkan di peringkat pakar bidang yang terbabit dalam kerja tersebut. | Istilah | 05.08.2009 |
Saya sedang menyiapkan disertasi bagi program DBA dalam bahasa Malaysia. Sukacita jika dapat dinasihatkan istilah yang sesuai bagi: 1) investee company; 2) deal origination; 3) business venture; 4) asymmetry(ic) information; 5) venture capital firm. Sekian, terima kasih. | Cadangan kami: 1. syarikat penerima pelaburan 2. pengasalan urus janji 3. usaha niaga 4. maklumat asimetri 5. firma modal urus niaga. | Istilah | 24.03.2009 |
can you please give me the reason why our company name not approval. WAH LONG ENTERPRISE SDN BHD. WAH is the first name of our director LIM SIEW WAH LONG is the first name of our second director of Teoh Swee Long. This is the name from our IC and passport. Please advise me how to do and give me the reason why you all cant approve the name? If i not get the approvel i cant get my signboard license. Thanks ... | Untuk makluman saudara,Khidmat Pengesahan Bahasa memberi pengesahan terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam iklan, papan tanda dan penamaan nama khas. Bagi permohonan nama syarikat saudara seperti yang dilampirkan, kami tidak memberi pengesahan kerana hanya memaparkan nama syarikat dan tidak menggunakan bahasa Melayu. Sekiranya saudara memohon pengesahan untuk iklan di bawah papan tanda syarikat, terdapat beberapa pembetulan yang perlu dibuat iaitu ejaan Tel yang betul ialah Tel. (perlu letak tanda titik) dan ejaan bagi fax ialah faks. Setelah membuat pembetulan, sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk sijil kelulusan. | Lain-lain | 14.08.2013 |
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Saya masih ingin bertanyakan tentang perkhabaran manuskrip saya. Saya ada menghantar manuskrip saya pada 16 JUN 2010 di alamat yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP. Ini adalah Judul manuskrip dan alamatnya : 1. Ketua Editor, Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Judul : 1. Kura-kura Yang Rajin 2. Persahabatan Sang Gajah, Sang Kancil dan Sang Semut 3. Dunia Azim 2. Ketua, Pusat penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja ( PURNAMA ), Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. Judul : Buku cerita kanak-kanak : 1. Mari Dengar Cerita Kakak Nurul ( Siri 1, 2,3,4 ) SETELAH menghantar kesemua manuskrip itu, saya tidak mendapat sebarang maklum balas dari pihak DBP. Saya khuatir pihak DBP tidak menerima manuskrip saya. Saya menghantar manuskrip saya melalui Pos Ekspres. Harap dapat bantu saya. Saya ingin mengetahui status manuskrip saya itu. Jika ada sebarang kesulitan, bolehlah hubungi saya di : NAMA PENUH : NURUL FAREHAH BINTI JAAMAD ALAMAT : 1888-A, KM 8, JALAN HASHIM, KAMPUNG ALAI, 75460 MELAKA. NO.IC : 900521045508 NO. TEL : 0176665803 NO.RUMAH : 06-2680260 | Dimaklumkan bahawa manuskrip puan telah diterima dan sedang dinilai. Kami akan memaklumkan keputusan penilaian tersebut pada minggu hadapan. | Lain-lain | 18.08.2010 |