| Saya ada satu soalan untuk diutarakan berkaitan penggunaan perkataan BARU dan BAHARU. Saya dapati terdapat banyak iklan-iklan di televisyen sekarang menggunakan perkataan BAHARU. Adakah penggunaanya betul? Setahu saya BAHARU meruapakan perkataan lama yang sudah digantikan dengan perkataan BARU dan BAHARU digunakan untuk ibu negeri Johor iaitu Johor Baharu. Saya harap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya utarakan ini. Terima Kasih. | Pengguna atau penutur bahasa Melayu kadang-kadang terkeliru tentang penggunaan kata baharu dan baru. Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. 6. Kami sekeluarga sedang menonton drama kesukaan ramai, Dunia Baharu Anita. Setiap penutur boleh sahaja memberikan tafsiran tentang asal usul sesuatu perkataan itu. Mungkin dalam hal ini, saudara boleh mendapatkan Kamus Etimologi dan Kamus yang ditulis oleh Wilkinson untuk melihat tentang pembinaan sesuatu perkataan atau ejaan itu. Ejaan untuk Johor Baharu yang diguna pakai sekarang ini ialah Johor Bahru. Terima kasih. | Makna | 29.10.2008 |
| Pihak kami ingin mengadakan Selangor International Race 2023. Kami telah pun memohon pengesahan bahasa daripada DBP tetapi kami dimaklumkan bahawa logo tersebut perlu ditukar kepada Bahasa Melayu. Boleh saya tahu sama ada, ada cara lain untuk saya kekalkan logo tersebut dalam Bahasa Inggeris? | Pihak tuan masih boleh menggunakan nama International Race 2023 dalam program yang dianjurkan dengan syarat logo tersebut mestilah berdaftar terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu, kami mencadangkan supaya tuan membuat pendaftaran tanda dagang (® atau TM ) dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Walau bagaimanapun, tuan tetap perlu memasukkan teks bahasa Melayu dalam visual iklan kerana kami tidak mengesahkan tanda dagang, jenama, nama syarikat, iklan bahasa Inggeris, tanda pagar dan yang seumpama dengannya. | Lain-lain | 07.04.2023 |