As salam.. Saya nak tanya tajuk mana yang lebih sesuai dan tiada unsur kesalahan BM. 1. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik melalui Makanan Masyarakat India 2. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Makanan Masyarakat India 3. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Kepelbagaian Makanan Etnik India 4. Makanan Masyarakat India Menjadi Pencetus Keeratan Hubungan Etnik. Jika tuan/puan mempunyai idea yang lain, saya amat berbesar hati untuk menerimanya. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai. Terima Kasih. | Cadangan kami, "Makanan India mengeratkan hubungan etnik" atau "Makanan India menyatukan etnik". | Tatabahasa | 12.04.2013 |
Salam, perlukah contoh perkataan di bawah menggunakan huruf besar? 1) Tamadun China atau tamadun China 2) Orang India atau orang India 3) Negara Timur Tengah atau negara Timur Tengah dan seumpamanya Sekian, terima kasih | Ejaan yang betul ialah tamadun China, orang India dan negara Timur Tengah. | Ejaan | 13.12.2011 |
1. Orang India menyambut hari Deepavali. 2. Orang India menyambut Hari Deepavali. Saya ingin tahu ayat 1 atau ayat 2 yang betul? hari Deepavali atau Hari Deepavali dalam ayat tersebut mana yang betul? Sekian, terima kasih. Foo Sian | Ejaan yang betul ialah Orang India menyambut Hari Deepavali. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
a) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" Salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. b) "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?" salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes. | "Thaipusam lama lagi pak cik. Mengapa umumkan sekarang?", salah seorang warga kampung berbangsa India memprotes ... (apa yang diprotes?) | Ejaan | 19.09.2011 |
INGIN MENCARI MAKLUMAT BERKENAAN TAMADUN INDIA | Terima kasih atas soalan anda. Di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP mempunyai beberapa buah buku berkisar tentang Tamadun India. Saudara boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dan seterusnya boleh membuat rujukan, penyelidikan dan pinjaman bahan. | Lain-lain | 16.05.2010 |
di manakah saya boleh mendapatkan senarai lengkap maklumat penulis-penulis india di malaysia dan hasil karya mereka? | Senarai lengkap maklumat penulis-penulis India di Malaysia dan hasil karya mereka, boleh di rujuk melalui Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), di alamat No. 27, Jalan 25/82-B, Taman Sri Muda, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Sdr. boleh layari e-mel dan blog Kavyan: uthayasb@yahoo.com.my dan www.uthayasb.blogspot.com serta no telefon bimbit: 016 - 3288142 dan 012 - 3368142. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya. | Lain-lain | 25.05.2010 |
apakah yang dikatakan bahasa serapan nusantara ke dalam bahasa melayu? adakah bahasa nusantara sama dengan bahasa sanskrit? | Bahasa Nusantara merujuk bahasa yang dituturkan di Kepulauan Melayu atau wilayah Nusantara termasuklah keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya. Bahasa-bahasa tersebut diambil dan diserap kedalam bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit adalah salah satu bahasa Indo-Eropah yang paling tua yang masih dikenal, dan masih menjadi salah satu bahasa rasmi di India" title="India">India.Oleh itu bahasa nusantara dan bahasa sanskrit adalah dua bahasa yang berbeza. | Lain-lain | 23.06.2008 |
Selamat petang tuan. Saya Leveniya Mahalingam. Seorang pelajar di india-jaharharlal nehru medical college, belgaum. Saya seorang pelajar dalam bidang perubatan. Kita pelajar-pelajar malaysia ingin mengadakan "malam Malaysia". kita perlukan satu theme yang menunjukkan pelbagai bilangan kaum- melayu, india dan cina. tuan ang tolong kita carikan saya: leveniya@hotmail.com terima kasih. | Kami cadangkan saudara memberi nama majlis tersebut seperti Malam Mesra Malaysia - merujuk majlis yang diadakan khusus untuk rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum beramah mesra. | Lain-lain | 27.11.2008 |
isitilah chetti | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata "ceti" ;1. peminjam (pelepas) wang (biasanya berketurunan India) yg mengenakan bunga yg tinggi; ~ haram along; 2. orang India dr Coromandel atau Malabar (selalunya berniaga). | Istilah | 12.03.2009 |
SALAM SEJATERA.SAYA SUB INSPEKTER KARUNAKARAN PEGAWAI PENYIASAT KOMERSIAL DARIPADA IPD SEPANG.SAYA SEDANG MENYIASAT SATU KES PENIPUAN.SEBAGAI BAHAN BUKTI SAYA ADA 1 RAKAMAN VIDEO DUA LELAKI INDIA SEDANG BERSEMBANG DALAM BAHASA INDIA.SAYA NAK BUAT TRANSKRIP APA YANG MEREKA SEMBANG KE DALAM BENTUK TULISAN DALAM BAHASA MELAYU/BAHASA INGGERIS UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN BUKTI DI MAHKAMAH.ADAKAH PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA?DENGAN SIAPAKAH SAYA PERLU MERUJUK PERKARA INI?HARAP PIHAK TUAN DAPAT BANTU SAYA.SEKIAN TERIMA KASIH. | Untuk makluman tuan, khidmat membuat transkrip tidak termasuk dalam skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat Bahasa disediakan khusus bagi membantu pengguna menangani masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. | Lain-lain | 22.05.2013 |