| Tuan / Puan Saya sedang menyiapkan abstrak untuk tesis peringkat PhD di dalam bidang kejuruteraan. 1.Bolehkah saya menggunakan istilah nirsentuh sebagai terjemahan kepada istilah BI : contactless? 2. Bolehkah saya menggunakan istilah Sistem Pintar Terkamil sebagai terjemahan kepada istilah BI : Integrated Intelligent System? Saya mengambil istilah terkamil = integrated dengan merujuk kepada istilah Integrated Circuit = Litar Terkamil yang biasa digunakan di dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik. panduan dan pedoman dari pihak tuan/puan amat saya hargai dan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. -hanif- | 1. Padanan contact less dalam bahasa Melayu ialah tanpa sentuh. 2. Integrated boleh diterjemahkan kepada kamir dan sepadu. Istilah kamir bagi padanan integrated digunakan dalam bidang kejuruteraan, manakala frasa integrated intelligent system lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran. Kami cadangkan frasa tersebut diterjemahkan kepada sistem cerdas sepadu. Pintar lazimnya digunakan sebagai terjemahan kata smart. | Istilah | 05.07.2012 |
| apakah (integrated social feeds) di dalam Bahasa Malaysia? | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus untuk integrated social feeds dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah perolehan sumber sosial bersepadu. | Istilah | 04.07.2011 |
| Mohon bantuan untuk terjemahkan Jabatan "Integrated Waste management" dan "Infrastructure Cleansing Services". | Cadangan terjemahan yang sesuai bagi Integrated Waste management ialah Jabatan Pengurusan Sisa Bersepadu manakala Infrastructure Cleansing Services ialah Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur | Makna | 26.10.2017 |
| Saya ingin mengetahui istilah "Autoregressive Integrated Moving Average", "Generalized Autoregressive Conditional Heteroskedasticity" , "Artificial Neural Network", "Long Short Term Memory Model" dan "Deep Learning" di dalam Bahasa Melayu. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah autoregressive integrated moving average ialah purata bergerak bersepadu autoregresif, istilah generalized autoregressive conditional heteroskedasticity ialah heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am, istilah artificial neural network ialah rangkaian neural buatan, istilah long short term memory model ialah model memori jangka panjang pendek dan istilah deep learning ialah pembelajaran mendalam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 25.06.2025 |
| Salam, Mohon bantu untuk alih bahasa inggeris bagi jabatan di bawah. Adakah tepat seperti di dalam () Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Berintegrasi) Recycling & Waste Treatment Technology - (Jabatan Kitar Semula dan Teknologi Rawatan Sisa) Sales & Business Development - (Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Jualan) Insfrastructure Cleansing Services - (Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur) | Terjemahan yang sesuai bagi: 1. Integrated Waste Management - (Pengurusan Sisa Pepejal Bersepadu) 2. Recycling & Waste Treatment Technology - (Teknologi Rawatan Sisa Pepejal dan Kitar Semula) 3. Sales & Business Development - (Pembangunan Perniagaan dan Jualan) 4. Insfrastructure Cleansing Services - (Perkhidmatan Pembersihan Infrastruktur) | Makna | 27.04.2018 |
| Assalamualaikum. Soalan saya berkenaan penterjemahan. 'Integrated Annual Report 2016' telah diterjemahkan sebagai 'Laporan Integrasi Tahunan 2016', sedangkan bagi saya ia harus diterjemahkan sebagai 'Laporan Tahunan Bersepadu 2016'. Pada pendapat Munsyi adakah terjemahan 'Laporan Integrasi Tahunan 2016' menepati maknanya dalam bahasa Inggeris? Ia adalah buku laporan berkenaan prestasi sebuah badan korporat sepanjang tahun berkaitan. Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah Laporan Tahunan Bersepadu 2016. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.03.2018 |
| Assalamualaikum, mohon bantuan untuk menterjemahkan perkataan-perkataan ini mengikut istilah psikologi pendidikan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu..towards accomplishment, to experience stimulation, identified regulation, introjected regulation, integrated regulation, amotivation. Sekian, terima kasih. | Terjemahn bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: towards accomplishment - ke arah mencapai/untuk mencapai to experience stimulation - mengalami rangsangan identified regulation - peraturan yang dikenal pasti introjected regulation - peraturan yang diserapkan integrated regulation - peraturan yang disepadukan/peraturan bersepadu amotivation - tidak bermotivasi/kurang motivasi | Penyemakan dan penterjemahan | 12.01.2016 |
| Istilah sesuai bagi system-on-chip. Penjelasan dalam bahasa Inggeris, A system on a chip or system-on-chip is an integrated circuit that integrates most or all components of a computer or other electronic system. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah system-on-chip (SoC) ialah sistem dalam cip. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 17.01.2024 |
| Salam sejahtera. Mohon khidmat nasihat pihak tuan/puan tentang terjemahan frasa-frasa berikut: (1) a moderately prosperous society in all respects (masyarakat yang sederhana makmur secara menyeluruh), (2) The Five-Sphere Integrated Plan (Rancangan Bersepadu Lima Aspek), (3)The Four-Pronged Comprehensive Strategy (Strategi Komprehensif/menyeluruh Empat Serampang), (4)Take Targeted Measures Against Poverty (mengambil langkah bersasar bagi membasmi kemiskinan. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, DBP menyediakan khidmat penyemakan dokumen berbayar bagi teks/dokumen yang panjang. Tuan/Puan boleh meng-e-melkan teks ini kepada nawal@dbp.gov.my dalam format langkau dua baris (double spacings), fon tulisan 12 dan jenis tulisan Arial, serta fail dihantar dalam bentuk MS-Word dan PDF, dengan kelarasan (justified). Berikan juga nama penuh, jawatan, alamat dan nombor telefon. Pihak kami akan menyediakan sebut harga berserta tempoh penyemakan. Sila hantar semula soalan satu per satu atau hanya soalan yang benar-benar mengelirukan untuk kami bantu dari aspek tatabahasa, contohnya penggunaan kata sendi nama, kata hubung atau tanda baca. Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 432 - 575 atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my dengan merujuk soal jawab pada pautan Juga Ditemukan dalam: dan pilih Khidmat Nasihat, pada lajur sebelah kanan. | Penyemakan dan penterjemahan | 02.10.2025 |
| Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanya, Soalan perihal sektor Semikondutor, Untuk nama-nama terma, Custom Layout, Physical Design, Design & Verification, Post-Silicon Validation, Field Programmable Gate Array (FPGA) Emulation & Prototyping, Computer-Aided Design, Design Automation, Packaging & Testing, Embedded System, Integrated Circuit (IC), Circuit Design apakah terjemahan rasmi dalam Bahasa Melayu kepada nama-nama terma yang saya senaraikan tadi? Saya dahulukan dengan jutaan terima kasih atas kesudian menerima & menjawab soalan saya Tuan/Puan :) | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.08.2024 |