| Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Point of Interest" serta singkatannya? "Point of Interest" disingkatkan (abbrev) sebagai "POI". "Point of Interest" ialah jargon GPS yang terkenal. Menurut Wikipedia, "Point of Interest" ialah titik lokasi tertentu yang seseorang dapati berguna atau menarik. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Point_of_interest Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "point of interest" ialah tempat menarik. Untuk makluman puan juga, tidak terdapat singkatan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah tersebut. | Istilah | 20.11.2013 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang betul untuk istilah "board rate" yang digunakan oleh bank (contoh di https://www.cimb.com.my/en/business/help-and-support/rates-charges/interest-rates-charges/interest-rates/fixed-deposit.html)? Jawapan Google Translate ialah "kadar papan"; adakah ianya betul? Terima kasih. | Cadangan padanan yang sesuai bagi board rate ialah kadar niaga | Lain-lain | 02.07.2020 |
| Apakah "offensive interest" dlm BM mengikut konteks hubungan antarabangsa? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah offensive interest ialah kepentingan ofensif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 06.05.2025 |
| Assalamualaikum/SalamSejahtera, Pihak kami ingin meminta bantuan bagi terjemahan yang tepat bagi ayat ini di dalam versi Bahasa Melayu: ' CONFLICT OF INTEREST' Mohon respon dengan kadar yang segera. Terima Kasih | Padanan conflict of interest dalam bahasa Melayu ialah konflik kepentingan. | Istilah | 06.03.2009 |
| Salam sejahtera, boleh saya bertanya apakah padanan paling sesuai untuk "availability period" dan "best interest"? adalah "tempoh kebolehsediaan" dan "kepentingan terbaik"? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah availability period ialah tempoh kebolehsediaan dan istilah best interest ialah kepentingan terbaik. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.02.2024 |
| Salam Sejahtera, Saya nak tanya penggunaan "competing interest" dalam aspek penerbitan jurnal dalam bahasa melayu apa ya? Boleh berikan penjelasan dan cadangan dalam bahasa melayu? Contoh ayat: Reviewers will be asked to comply with the competing interests disclosure policy you specify below. | Dalam data rujukan kami, belum terdapat padanan bahasa Melayu bagi istilah competing interest. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bagi perkataan competing yang boleh digunakan, iaitu persaingan, bersaing. Pihak kami mengemukakan istilah ini kepada JK Istilah untuk mendapatkan padanan yang sesuai. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.04.2019 |
| Tuan, untuk '30% discount' atau '0% interest', yang manakah terjemahan yang betul? 'Diskaun 30%' dan 'faedah 0%' atau 30% diskaun dan 0% faedah. Numbor dulu atau subjek? Atau kedua-duanya pun betul? Terima kasih. | Dalam bentuk frasa yang lengkap ialah 'diskaun sebanyak 30%' dan 'kadar faedah sebanyak 0%'. Walau bagaimanpun dalam laras iklan 'diskaun 30%' dan 'faedah 0%' boleh diterima. | Tatabahasa | 18.11.2011 |
| Apakah terjemahan yang tepat untuk istilah "person of interest" dalam undang-undang? | Terjemahannay ialah Individu yang Berkepentingan. | Istilah | 20.12.2018 |
| Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Bagi teks Bahasa Inggeris "20 Days Interest Free Offer", yang mana satukah merupakan terjemahan yang betul: a) "Tawaran Bebas Caj Faedah 20 Hari"; atau b) "Tawaran 20 Hari Bebas Caj Faedah"? Sekiranya terdapat lebih dari satu adjektif yang menyifatkan sesuatu perkara (cth: big bad savage-looking wolf), apakah aturan yang betul apabila menterjemahkan adjektif-adjektif tersebut? Terima kasih. | Padanan terjemahan yang betul ialah: Tawaran Tanpa Caj Faedah 20 Hari. Teknik terjemahan boleh saudara ketahui dengan merujuk buku Teori dan Teknik Penterjemahan oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan terbitan Persatuan Penterjemah Malaysia atau buku Panduan Menterjemah oleh Ainon Mohd. terbitan DBP.
| Penyemakan dan penterjemahan | 04.06.2018 |
| Saya mendapati banyak percanggahan dlm beberapa istilah, bergantung kpd sumber rujukan. Yang manakah disyorkan oleh DBP untuk piawaian? 1) interest (kewangan) = faedah atau bunga? 2) guarantee = jaminan atau gerenti? 3) guarantor = penjamin atau penggerenti? Saya membuat perbandingan antara buku DBP "Istilah Undang-undang (2006)", "Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan (2001)" dan PRPM on-line. Yang manakah sepatutnya diutamakan? Terima kasih. | Encik Mohd Halimi, Antara perkataan bunga dengan faedah, biasanya kita gunakan faedah bagi tujuan rasmi manakala untuk percakapan biasa kita gunakan bunga. guarantee kita gunakan jaminan, manakala guarantor pula ialah penjamin. Jika kita mencari istilah dalam bidang kewangan saya rasa baik kita rujuk Daftar istilah | Istilah | 07.12.2010 |