Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar hari kedua dlm seminggu, selepas hari Ahad. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Isnin

Puisi
 

Malam ini malam Isnin,
     Malam besok malam Selasa;
Tuntutlah ilmu sampai berkenan,
     Lepaslah kamu dari seksa.


Lihat selanjutnya...(7)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza antara istilah Isnin malam dan Isnin malam . kerap kali keliru.sila bantu.terima kasih.

Kalau mengikut soalan saudari, tiada beza antara kedua-duanya. Tetapi kalau saudari bermaksud beza antara Malam Isnin dan Isnin Malam, Malam Isnin bermaksud: Siangnya Ahad, malamnya Isnin.  Seperti ungkapan  'malam Jumaat', maksudnya pada malam hari Khamis. Manakala ungkapan Isnin malam pula, penutur ingin menegaskan 'malam' pada hari tersebut.

Makna30.03.2009
Yang mana struktur ayat yang betul: 1)...selewat-lewatnya hari Isnin atau 2)....selewat-lewatnya pada hari Isnin

Puan Robiaton,

Ayat yang betul ialah '... selewat-lewatnya pada hari Isnin atau ...

Tatabahasa06.05.2010
Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Ayat di atas ialah ayat majmuk pancangan keterangan.'Sejak' ialah kata hubung keterangan waktu (Rujuk Tatabahasa Dewan). Klausa utama ialah 'Dia tidak hadir ke sekolah. Apakah klausa kecilnya? Kalau klausa kecilnya 'sejak Isnin lalu', apakah subjek bagi klausa ini?Dia tidak hadir ke sekolah sejak Isnin lalu. Dia = subjek, tidak hadir ke sekolah = predikat, sejak Isnin lalu = frasa keterangan. Ayat ini bukan ayat majmuk, oleh itu tidak ada klausa kecilnya.Tatabahasa01.08.2008
soalan: bagaimana untuk kita menentukan tarikh sebenar mengikut masa contoh 1: siaran langsung 'Cinta bersemi' 1 Oktober 2012 , 9.00 malam dan ulang siar 2.00 pagi soalannya: untuk ulangsiar 2.00 pagi adakah telah masuk 2 oktober? contoh 2: ( Drama 'kekasih akan disiarkan bermula Isnin 1 Oktober ): saksikan drama bersiri 'Kekasih' Mulai 1 Oktober , setiap Isnin 12.30 tgh mlm soalannya: adakah 12.30 tgh mlm di anggap sebagai 1 Oktober? Soalan 3: bagaimana untuk kita mengenalpasti penggunaan masa yang betul mengikut tarikh contoh : 1 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) dan 2 oktober ( bermula pukul berapa hingga berapa?) adakah ( tarikh adlh sbg contoh) 1 oktober= 12.00 tgh mlm - 11.59 malam (24 jam ) 2 oktober = 12.00 tgh mlm - 11.59 malam ( 24 jam ) sekian terima kasih1. Ulang siar "Cinta Bersemi" pada pukul 2.00 pagi adalah pada 2 Oktober 2012.
2. Drama bersiri "Kekasih' pada pukul 12.30 tengah malam adalah pada 2 Oktober 2012.
3. 1 Oktober 2012 (Isnin) bermula pada 12.00 tengah malam (hari Ahad - 30 September 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (1 Oktober 2012),  2 Oktober bermula pada 12.00 tengah malam (hari Isnin - 1 Oktober 2012) dan berakhir pada 11.59 malam (2 Oktober 2012).
Lain-lain03.10.2012
adakah "banyak" telah menggantikan fungsi "ramai" dalam struktur ayat - ayat tertentu, seperti:- "Setiap isnin banyak orang berpusu - pusu ke pejabat".

Saudara,

Kata "banyak" digunakan untuk menunjukkan bilangan tak tentu dan boleh tukar ganti penggunaannya dengan kata "ramai" bagi maksud yang sama.

 

Tatabahasa09.11.2010
Bagaimana boleh dapat bantuan untuk menyemak bahasa projek saya yang mempunyai 90 muka surat... Tambahan pula, mesti dapat balik pada isnin atau selesa~_~ Harap dapat balas secepat mungkin... Sekian, terima kasih.Bahagian Penguatkuasaan menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen. Walau bagaimanapun proses tersebut hanya akan bermula jika tuan bersetuju dengan sebut harga yang kami beri dan kerja tersebut juga dilaksanakan dalam tempoh yang sesuai. Jika tuan bersetuju hubungi kami di: Bahagian Penguatkuasaan, Aras 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. atau e-mel aliah@dbp.gov.my.Lain-lain04.05.2012
bila DBP buka? dari pukul berapa?DBP dibuka mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang, dari hari Isnin hingga hari Jumaat.Lain-lain08.09.2009
kata nama khas dibahagikan kepada berapa golongan. Hari, dan bulan ditulis dengan huruf besar. Jika begitu, bulan dan hari di bawah golongan apa. terima kasihHari dan bulan seperti Isnin, Selasa, Mac dan April tergolong dalam kata nama khas tak hidup.Tatabahasa05.04.2011
Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasihBagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat.Lain-lain28.10.2009
Selamat pagi, adakah wujudnya kata sendi pada ......hingga? biasanya kita guna dari......hingga, cthnya:dari dulu hingga sekarang tapi dengan apa syaratnya kita harus guna pada......hingga (sekiranya kata sendi ini wujud)? terima kasih.Kata sendi berpasangan yang lazim digunakan ialah dari ... hingga, seperti dari Isnin hingga Jumaat. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat dan lazimnya tidak digunakan berpasangan.Tatabahasa18.05.2013
12

Kembali ke atas