Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata J 16


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, angka perlu ditulis terpisah dengan unit, seperti 2 m, 5 km, 2000 km/j, dan 100 oC, atau dieja bercantum dengan unit, iaitu 2m, 5km, 2000km/j, dan 100oC?Dieja terpisah.Lain-lain16.06.2015
Soalan : Han Khalief Jun 9th, 3:34pm Assalamualaikum DBP.. Ini betul atau tidak? Berikan penjelasan. Terima kasih. WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN Jawapan : Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas melalui domain "Khidmat Nasihat DBP" di laman web kami prpm.dbp.gov.my. Terima kasih SOALANNYA IALAH EJAAN WOKSYOP DAERAH J.K.R PONTIAN BETUL KE TAK? Apa yang tidak jelasnya. Baca la betul-betul ya. Gunakan ilmu kefahaman.Penggunaan kata dan ejaan yang betul ialah "Bengkel JKR Daerah Pontian".Tatabahasa16.06.2015
Assalamualaikum, 1. Saya berminat untuk menyertai sebarang penyuntingan. Di manakah saya boleh menyemak aktiviti bengkel yang diadakan oleh pihak DBP. 2. Saya juga mempunyai beberapa kemusykilan semasa menyunting manuskrip novel. -Selepas dialog yang menggunakan ayat seruan (!) atau ayat tanya (?), huruf pertama pada ayat berikutnya perlu huruf besar atau kecil. Cthnya: "Wah, besarnya kereta abang!" jerit Ali teruja. huruf 'J' untuk perkataan jerit itu perlu ditulis huruf kecil atau besar?Alaikumussalam. Tuan/puan boleh menghubungi Akademi DBP, 0321479223/0321479226 untuk bertanyakan kursus
penyuntingan yang dianjurkan oleh DBP.

Ayat contoh yang diberi adalah betul. Huruf "j" ditulis kecil kerana masih dalam ayat yang sama.
Lain-lain16.12.2014
Soalan tentang tanda baca, italic, title case: 1) Apakah beza penggunaan tanda petik " " dan . 2) Apakah cadangan DBP untuk penggunaan italik untuk perkataan asing atau frasa khas. Perlu italik atau cukup sekadar tanda petik? 3) Apakah peraturan penggunaan Title Case. Bolehkah semua perkataan mempunyai huruf besar di awal? 4) Adakah pagi/petang boleh ditulis dengan singkatan seperti "AM" "PM" contohnya bahasa inggeris, "9am-5pm" BM ditulis bagaimana?

16" style="margin-bottom: 0pt; margin-left: 0pt; line-height: 150%; text-align: justify;">Penulisan tanda petik bergantung pada konteks penggunaannya. Terdapat dua tanda petik yang  biasa digunakan dalam penulisan, iaitu tanda petik (“ ”) dan tanda petik tunggal (‘ ’). Perbezaan kedua-dua tanda petik ini ialah tanda petik (“ ”) lazimnya digunakan penanda yang mengapit cakap ajuk atau petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis; penanda yang mengapit judul rencana, karangan, puisi, bab, buku dan sebagainya yang digunakan dalam ayat; dan penanda yang mengapit huruf, angka, simbol, istilah atau kata untuk tujuan khusus. Tanda petik tunggal (‘ ’) pula, ialah biasanya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik. Untuk memahami dengan lebih mendalam, sila rujuk buku Gaya  Dewan,  Edisi Ke-4, halaman 125.

Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 153,  huruf italik atau huruf condong boleh digunakan bagi perkataan bahasa asing yang terdapat dalam teks bahasa Melayu. Contohnya lingua franca, mala fide dan prima facie. Jika perkataan dalam bahasa asing tersebut berada dalam tanda kurung, sama ada dalam bentuk ayat lengkap atau rangkai kata yang menjadi padanan maksud sebelumnya, perkataan tersebut tidak perlu diitalikkan. Contohnya, suai pada (copy fitting), kebebasan seni (poetic license) dan kos sut (marginal cost).

Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ke-4, halaman 147.

Penggunaan singkatan bahasa Inggeris “am” dan “pm”  dalam bahasa Melayu ialah “pg.” dan “ptg.” atau “pg.” dan “mlm.”.  Oleh itu, jawapan yang betul ialah 9 pg.- 5 ptg.


16" style="margin-bottom: 0pt; margin-left: 0pt; text-indent: 0pt; line-height: 150%; text-align: justify;">

Lain-lain05.09.2023

Kembali ke atas