Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,

Peribahasa

Segan bertanya sesat jalan.

Bermaksud :

Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung [= berkayuh] perahu hanyut, b. Segan bergalah, hanyut serantau, c. Segan [= malu] berkayuh, perahu hanyut).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila pilih ayat yang betul. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. (a) Saya menggantung poster di tepi jalan. (b) Saya menggantungkan poster di tepi jalan. (c) Saya menggantung poster pada dinding. (d) Saya menggantungkan poster pada dinding.Kesemua ayat tersebut betul.Lain-lain06.09.2021
Assalamualaikum/Salam sejahtera, 1. Boleh atau tidak perkataan TEMBUSAN digunakan sebagai ganti kata SALINAN KEPADA atau carbon copy(c.c) kerana ada negara jiran yang menggunakannya. 2. Ada jabatan pelajaran mahupun kementerian menggunakan kata GALUS untuk pelajar yang kelompok gagal dan lulus.Dalam kamus dewan saya cari tapi tidak jumpa.Oleh itu akronim tersebut diterima pakai atau tidak oleh DBP.Jika tak sesuai apa perkataan yang sesuai untuk kumpulan pelajar tersebut. 3. Di tempat kerja saya ada blok bangunan baru 3 tingkat. Paras bawah sekali dikosongkan dan disediakan sebuah pentas untuk acara-acara tertentu.Buat sementara waktu ruang tersebut diberi nama DEWAN TERBUKA. Ada cadangan untuk memberi nama baru yang lebih kreatif.Soalannya saya sesuaikah diberi nama DEWAN... atau DATARAN...atau PENTAS... atau BALAI...atau perkatan lain yang sesuai dengan fizikal tempat tersebut.

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, entri tembusan mempunyai 4 takrifan, iaitu 1.   sesuatu (jalan, sungai, dll) yg tembus ke; 2. sungai buatan (utk dilalui kapal dll), terusan 3. jalan yg menembusi bukit dll, terowong; 4. = ~ surat salinan surat asal. Oleh itu, entri tembusan merujuk makna ke-4 yang bermaksud salinan surat asal. Walau bagaimanapun, saudara digalakkan menggunakan frasa salinan kepada (s.k) yang digunakan dalam konteks surat rasmi di negara kita.

2. Tidak terdapat perkataan galus sebagai akronim gagal dan lulus untuk pelajar sekolah yang terakam dalam mana-mana kamus atau buku terbitan DBP. Pihak kami mencadangkan digunakan istilah lulus bagi pelajar yang lulus dan gagal bagi pelajar yang gagal. 

3. Sesuai digunakan perkataan dewan kerana dewan bermaksud balai (ruang) tempat diadakan sesuatu (spt persidangan, perjumpaan, forum, ceramah, dll). Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui takrifan entri dewan, balai, pentas, dataran. Saudara juga boleh melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat yang diperlukan. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sdr. hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Istilah23.07.2009
Erti Simpulan Bahasa a) Jalan Buntu b) Jalan Tengah c) Lepas Tangan d) Campur TAngan e) Angkat Tangan f) Bangkai Bernyawa g) Simpul Mati h) Atas Angin i) Jalan Belakang

Makna Simpulan Bahasa: a) Kegagalan mencapai per­setujuan dan sebagainya dalam perundingan dan lain-lain. b) Keputusan (pendapat) yang diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yang berbeza. c) Tidak masuk campur dalam sesuatu hal. d) Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dan lain-lain). e) Menyerah kalah. f) Orang yang terlibat dalam penagihan dadah yang teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kepada ke­luarga, masyarakat dan sebagainya. g) Ikatan yang susah diurai. h) Berbuat sesuatu atas perbelanjaan orang lain. i) Cara melakukan sesuatu dengan tidak mengikut peraturan yang telah ditentukan.

Lain-lain10.05.2009
Keadaan Jalan itu menjadi semakin sempit apabila banyak kenderaan diletakkan ___________ Jalan. A. di tepi B. di hujung C. di tengah D. di bahu Jawapan yg sesuai di tepi atau di bahuJawapan yang sesuai ialah di bahu jalan. Namun  begitu, kedua-duanya boleh digunakan kerana ia mempunyai makna yang sama.Lain-lain15.05.2019
Jika saya ingin memulakan TAJUK BERITA dalam karangan saya, misalnya saya menulis karangan tentang kemalangan jalan raya, bagaimanakah saya tulis tajuk berita itu? Saya tidak pasti sama ada perkataan itu mesti guna huruf besar atau huruf kecil. Yang manakah paling sesuai? (cuma contoh) (a) "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh" (b) "Kemalangan jalan raya kian bertambah di Ipoh" ATAU (c) "KEMALANGAN JALAN RAYA KIAN BERTAMBAH DI IPOH"Lazimnya untuk tajuk karangan ditulis dengan huruf kecil (tidak dengan huruf besar pada keseluruhan perkataan) kecuali huruf besar pada perkataan pertama seperti, "Kemalangan Jalan Raya Kian Bertambah di Ipoh". Tatabahasa05.04.2011
Pemandu van itu ( ) sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. Ada 4pilihan A terhantuk B terhempas C terlanggar D tertendang Jawapan ialah apaJawapan yang betul ialah C. terlanggar

Pemandu van itu terlanggar sebuah kereta ketika membuat pusingan di selekoh kanan Jalan Medan. 
Lain-lain16.10.2021
tuan, pelbagai kaedah_____untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya terutamanya pada hari hujan. (A. dilaksanakan B diambil C diperkenalkan D dikenakan) tuan, apakah jawaban yang paling sesuai digunakan. TQJawapan yang paling sesuai ialah A. dilaksanakan. Pelbagai kaedah dilaksanakan untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya terutama pada hari hujan.Tatabahasa13.08.2011
Mohon penjelasan tentang soalan berikut dan pilihan jawapan yang diberikan: Kita haruslah patuh_____peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan diri. A. pada B. kepada C. dengan D. akanKita haruslah patuh kepada peraturan jalan raya demi menjamin keselamatan diri.Tatabahasa13.05.2008
Berdasarkan gambar yang disertakan, apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan 1? 1. Pejabat pos itu terletak di ___ jalan itu. A. seberang B. pinggir C.hujung D. hadapan Apakah jawapan paling tepat bagi soalan yang kedua ? Mengapakah jawapan tersebut dipilih? 2. "Jika begitu, biarlah ___ membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. A. patik B. aku C. saya D. hamba Sekian, terima kasih.1. Pejabat pos itu terletak di pinggir jalan itu. Lihat visual, bangunan itu terletak di pinggir jalan
2. "Jika begitu, biarlah hamba membawa diri ke Bentang," kata Hang Setia. 
Tatabahasa24.04.2015
PERMOHONAN UNTUK MENGALIKSARA MANUSKRIP JAWI KE RUMI. MARDHIAH BINTI GHAZALLI JAWATAN : GURU BAHASA ARAB & AGAMA DI SMK SERI PAGI SEREMBAN. NO HP: 0129171685 NO I/C: 730214055010 ALAMAT: 9361 JALAN KEKWA 4, TAMAN GURU, SENAWANG, 70450, SEREMBAN, N.SEMBILAN. PENGALAMAN : TERLIBAT MENTERJEMAHKAN MANUSKRIP TAMING SARI BERSAMA EN. WAN AHMAD (PUSAKO MOYANG, SEREMBAN) DAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PENYELIDIK MANUSKRIP DARI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN.

Puan Mardhiah,

Terima kasih dan syabas kerana puan berminat untuk melaksanakan kerja-kerja mengalihaksara manuskrip jawi ke rumi. Untuk makluman puan Bhg. Dasar dan penyelidikan Sastera,DBP ada mengusahakan projek Transliterasi dan Analisis Naskhah. Setiap tahun pihak kami akan memilih naskhah-naskhah yang sesuai untuk ditransliterasi. Oleh itu sekiranya ada manuskrip yang telah dikenalpasti, pihak kami akan menghubungi puan.

Sekian. 

Lain-lain11.12.2010
12345

Kembali ke atas