Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jalan (kata nama)
1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,

2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,

Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
Pohon pencerahan tuan berkenaan 'Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu' atau 'Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu' dalam Bahasa Inggeris. Terima kasih atas jawapan.DBP menyediakan perkhidmatan penyemakan hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sahaja dan bukan sebaliknya.Lain-lain24.02.2014
assalamualaikum, encik, pertanyaan: adakah dpb ada menyediakan atau membuat perkhidmatan edit bahasa melayu samaada secara elektronik atau perkhidmatan.

Tuan/puan, boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mendapatkan maklumat tersebut. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruangan yang disediakan dan klik "cari".

Untuk makluman tuan/puan juga, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Tuan/puan boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel.:03-8319 3388.

Selain itu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada menyediakan perkhidmatan penyemakan penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi dan umum, termasuk tesis.  (2) Kadar bayaran yang dikenakan ialah RM6.00 untuk satu halaman. (3) Tempoh masa yang diambil bergantung atas persetujuan antara pihak anda dengan DBP. (4) Sila kemukakan permohonan anda kepada Encik M. Azahari bin Edin, Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan boleh dikemukakan kepada beliau melalui e-mel azahari@dbp.gov.my. atau telefon 03-21479111 untuk perbincangan lanjut.

Penyemakan dan penterjemahan29.10.2018
RESTORAN AIDA TOMYAM NO,7D JALAN KANGKUNG PUTRI 24/7 40100 SHAH ALAM ,SELANGORNo. (letak tanda titik) 
Perkhidmatan pengesahan iklan, sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/
Lain-lain06.06.2016
Mohon pandangan/ ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna.  Lain-lain07.01.2019
Mohon pandangan/ulasan berkaitan cadangan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menggunakan tiga (3) bahasa pada papan tanda nama jalan di negeri Perak.Paparan di tempat awam termasuklah papan tanda nama jalan termasuk dalam kategori urusan rasmi kerajaan dan mesti menggunakan bahasa kebangsaan sepertimana yang ditegaskan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Langkah-langkah Memperkasakan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam. Adapun tentang penggunaan bahasa kebangsaan bersama bahasa-bahasa lain adalah tertakluk pada garis panduan pihak berkuasa tempatan dengan syarat bahasa kebangsaan diutamakan dari segi kedudukan, saiz dan warna.  Lain-lain07.01.2019
Assalamualaikum.. Saya ingin memohon pandangan untuk menggunakan perkataan dalam Struktur Organisasi di sykt. saya seperti di bawah: Bahagian Perkhidmatan Keusahawanan ALI BIN ABU Sekian, terima kasih. NURUL SHAMSIAH SIDEK JABATAN SUMBER DAYA INSANI & PENTADBIRAN PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN USAHAWAN YaPEIM GRAND SEASONS AVENUE NO. 72, JALAN PAHANG KUALA LUMPUR.Salam,

Dicadangkan susunannya seperti dibawah:

1. ALI BIN ABU
Bahagian Perkhidmatan Keusahawanan

2. NURUL SHAMSIAH SIDEK
JABATAN SUMBER DAYA INSANI & PENTADBIRAN,
PUSAT KHIDMAT PEMBANGUNAN USAHAWAN YaPEIM,
GRAND SEASONS AVENUE.
NO. 72, JALAN PAHANG, _________ KUALA LUMPUR.

Catatan: Poskod tidak disertakan.
Lain-lain29.09.2015
Apa yang di maksudkan Kemudahan awam?

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, kemudahan awam ialah perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dan sebagainya. 

Makna16.01.2009
Salam sejahtera. Saya pelajar UPSI telah diberi tajuk kajian iaitu "pemantauan dan pengauditan bahasa DBP".. Apakah peranan DBP dalam pemantauan dan pengauditan bahasa tersebut? Harap dapat membantu. Terima kasih

         Program Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam dilaksanakan sebagai susulan daripada arahan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memantau pelaksanaan Pekeliling Bil. 9 Tahun 2011, Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam bagi menegaskan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan.  Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk membuat penilaian tentang tahap dan mutu bahasa Melayu yang digunakan bagi maksud urusan rasmi dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dalam akhbar dan isu media massa serta paparan dan peragaan. Program ini dilaksanakan dengan melihat dua aspek utama, iaitu:

 

(i)      Tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam, dan

(ii)     Mutu bahasa kebangsaan  yang digunakan.


DBP melakukan pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, sektor awam, sektor swasta dan aduan pengguna. Pemantauan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang mencakupi papan iklan premis perniagaan, papan iklan luar, gegantung, kain rentang,  penamaan bangunan dan jalan, pusat beli-belah dan lain-lain.

 
Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa supaya kesalahan tersebut dibaiki atau surat penghargaan kepada pihak yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan serta yang baik dan betul.

 

Lain-lain30.10.2016
kenapa susah sangat untuk menggunakan perkhidmatan dalam Talian....Saya hanya ingin membuat semakkan bahasa pada papan Iklan saya...Saya menghabiskan masa berjam jam bagi tujuan tersebut...Sila mudahkan cara yang lebih ke arah mesra pelanggan.terima kasih

Untuk makluman tuan, SOP Khidmat Pengesahan Bahasa DBP secara dalam talian ialah 3 hari bekerja dan bagi Semakan Kedua dan Seterusnya bermula dari tarikh/masa pelanggan mengemas kini permohonan. Selain daripada pengesahan bahasa dalam talian (on-line), saudara juga boleh mendapatkan pengesahan bahasa di Kaunter Khidmat Bahasa di Aras Lobi, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Waktu perkhidmatan kaunter adalah seperti yang berikut:

Hari Isnin - Khamis : 8.30 pagi - 4.30 petang
Hari Jumaat: 9.00 pagi - 12.15 tengah hari dan 2.45 petang - 4.30 petang
(kecuali hari Sabtu, Ahad dan hari Kelepasan Am)

Lain-lain15.07.2019
1234

Kembali ke atas