| Saya ingin merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini. Lampiran yang diberikan melalui emel pada 30 Jun 2011 tidak dapat dibuka. Mohon pihak tuan/puan mengirimkan sekali lagi jawapan tersebut. Soalan : Saya inginkan pengesahan tentang penggunaan singkatan YAB, YB, YBhg (selepas Bhg ada titik atau tiada?) dan ada surat arahan ke tidak yang menyatakan tidak memerlikan titik selepas penggunaan kata gelaran tersebut. Jika ada macam mana untuk mendapatkannya kerana saya ingin membuat edaran ke JPBD untuk menulis surat atau artikel dengan betul. Boleh tolong semak contoh surat yang dikemukakan. Bantuan tuan/Puan dihargai dan diucapkan terima kasih. Jawapan : Seperti Lampiran. (Lampiran tidak dapar di buka) Kerjasama pihak tuan/puan diucapkan terima kasih. | Kamus Dewan menyelaraskan ejaan YAB dan YB (tanpa titik) dengan kependekan ejaan darjah kebesaran dalam buku Protokol di Malaysia. Yang menimbulkan sedikit kekeliruan ialah ejaan YBhg. (dengan titik) kerana YBhg. ialah kependekan kepada yang (Y) + bahagia (Bhg. - diwakili tiga huruf), sama seperti kependekan perkataan contohnya kampung (kg.) dan jalan (jln.) yang dibubuh tanda titik. Walau bagaimanapun ada yang menyelaraskan ejaan YBhg sama seperti YAB dan YB (tanpa titik) dalam penulisan mereka. Hal ini kami anggap sebagai gaya penulisan dan gaya ini mestilah tekal (sama) dalam keseluruhan penulisan. Jika YBhg. (dengan titik) dalam penggunaan pertama, maka dalam penggunaan seterusnya juga dengan titik dan begitulah sebaliknya. | Tatabahasa | 11.07.2011 |