1 )saya mencari apa sahaja yang berkaitan dengan Jan Laurens Brandies iaitu seorang ahli ilmu perbandinagan bahasa. 2)Adakah terdapat jurnal berkaitan beliau atau buku dalam istilah bahasa melayu | Pertanyaan saudara memerlukan kajian dan penyelidikan yang terperinci. Sila buat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau kunjungi Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut. | Lain-lain | 17.07.2009 |
Tuan/Puan, Tidak lama dulu saya ada melihat panduan menulis surat rasmi di website DBP. Sekarang saya tidak dapat mencari m/s itu. Harap dapat bantuan secepat mungkin. Sekian, terima kasih Muthu 05 Jan, 2010 | Format surat rasmi jabatan kerajaan adalah bergantung kepada ketetapan yang telah diterima pakai. Asas format surat rasmi boleh dirujuk dalam laman web INTAN atau Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai panduan. | Lain-lain | 05.01.2010 |
Selamat Pagi.. Saya ingin bertanyakan pemenggalan suku kata bagi perkataan-perkataan berikut: 1. MENYEDIAKAN. me/nye/di/a/kan ATAU men/ye/dia/kan? 2. PAKAIAN. pa/ka/i/an ATAU pa/ka/i/an? 3. JANGAN. jan/gan ATAU ja/ngan? 4. MENDENGAR. men/den/gar ATAU men/de/ngar? 5. TENGAH. te/ngah ATAU ten/gah? 6. MENYEPAK. me/nye/pak ATAU men/ye/pak? 7. DENGAR. den/gar ATAU de/ngar? 8. MENGAMBIL. men/gam/bil ATAU me/ngam/bil? 9. MENYIMPAN. men/yim/pan ATAU me/nyim/pan? 10. PERMAINAN. per/ma/i/nan ATAU per/ma/in/an? 11. DENGAN. den/gan ATAU de/ngan? 12. MEMPUNYAI. mem/pun/ya/i ATAU mem/pun/yai? 13. MENYENTUH. men/yen/tuh ATAU me/nyen/tuh? 14.MENANGIS. me/nan/gis ATAU me/na/ngis? Sekian, terima kasih. | Suku kata yang betul bagi perkataan-perkataan berikut ialah: 1. me/nye/dia/kan 2.pa/kaian 3.ja/ngan 4. men/de/ngar 5. te/ngah 6. me/nye/pak 7. de/ngar 8. me/ngam/bil 9. me/nyim/pan 10. per/mai/nan 11.de/ngan 12. mem/pu/nya/i 13. me/nyen/tuh 14. me/na/ngis
Sila rujuk buku Daftar kata Bahasa Melayu Rum-Sebutan-Jawi Edisi Kedua untuk mendapat keterangan lanjut. | Tatabahasa | 28.04.2010 |
Saya adalah pelajar ijazah sarjana, ingin mendapatkan maklumat berkenaan pandangan ahli sarjana bahasa atau ahli sejarah atau sasterawan terhadap buku atau teks HIKAYAT ABDULLAH MUNSYI dari sudut berikut: a). Sumbangan teks klasik ini kepada pengamal bahasa Melayu masa ini (genarasi sekarang). b). Penggunaan teks ini sebagai sampel kajian terhadap pengkaji bahasa khusus kepada kajian tatabahasa Melayu. c). Keperluan teks ini kepada kajian pada masa hadapan. Sekian terima kasih Ghans | Andah boleh merujuk kertas kerja ini : 1. Abdullah Munsyi dan Sastera Cetak oleh Hashim Awang 2. Menyingkap Tempurung Orang Melayu : Sejarah MElayu,Buku TEks dan Abdullah Munsyi oleh Putten,Jan Van Der ' Seminar Sastera Cetak Abad ke 19'. Saudara juga boleh merujuk dalam artikel majalah Dewan yang terdapat di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP | Lain-lain | 29.10.2008 |
saya ingin bertanya, bolehkah saya mendapatkan katalog buku2 dalam keluaran dbp, yang berkaitan dengan hotikultur dan lanskap. saya mengajar matapelajaran lanskap dan nurseri tingkatan 4 dan 5. sangat susah untuk mendapatkan buku rujukan untuk pelajar dan guru. terima kasih | Salam, Salah satu cara untuk saudara mendapatkan senarai rujukan dalam bidang tersebut adalah dengan melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my dan klik pada e-Perkhidmatan. Kemudian klik Katalog Awam dalam Talian. Taipkan subjek yang dicari dalam petak Kata Carian. Saudara boleh mendapatkan buku terbitan DBP Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 4 dan 5 hasil tulisan Fakhrul Izhar Ramlee, Mohd. Taslim Kostor dan Nawawi Mohd. Jan. Buku tersebut berharga RM23.50 (ISBN 9836286268). | Lain-lain | 26.01.2011 |