Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bulan pertama dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bulan yg pertama dlm tahun Masihi (terdiri drpd 31 hari). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Januari


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hujan yang tidak turun ----------- bulan Januari ------------ akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. A. daripada..... hingga B. sejak ..... kepadaJawapan yang betul ialah Hujan yang tidak turun dari bulan Januari hingga akhir bulan Mac telah menyebabkan musim kemarau. Lain-lain11.08.2010
salam sajahtera, Adakah penggunaan ayat berikut sesuai atau kurang sesuai pengunaan struktur ayatnya."PENGAMBILAN JANUARI KINI DIBUKA"Ayat yang betul ialah "PENGAMBILAN PELAJAR BULAN JANUARI KINI DIBUKA".Tatabahasa25.01.2011
salam sejahtera tuan. Saya perlukan kepastian tentang struktur bahasa berikut: (PENGAMBILAN JANUARI KINI DI BUKA) Adakah struktur ayat berikut betul/salah. Kalau ada kesilapan, bagaimanakah struktur ayat yang sepatutnnya dengan makna yang sama.Ayat yang betul ialah 'Pengambilan pelajar bulan Januari kini dibuka'.Tatabahasa09.01.2011
saya mencari terjemahan A Grain Of Wheat.saya nak sebelum 31 januari. Harap maklum,,terima kasihMengikut Kamus Collins Cobuild English Dictionary 'a grain of wheat' bermaksud rice, or other cereal crop is a seed from it. Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan bermaksud biji atau butir. Sila rujuk halaman 637. Makna28.01.2008
Gambarajah dan huraian struktur hirarki mahkamah-mahkamah Malaysia dari sebelum kemerdekaan, sebelum Januari 1987, sehingga Jun 1994 dan yang terkini?Sila rujuk buku-buku tentang mahkamah di Malaysia atau Jabatan Peguam Negara.Lain-lain26.10.2007
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009.Tatabahasa10.02.2009
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009. (Sila Komen ayat ini)

Cadangan daripada kami ialah, "Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009."

Tatabahasa09.02.2009
dimana saya boleh mencari mjlh dewan kosmik keluaran tahun 80an?Dewan Kosmik diterbitkan setiap bulan mulai Januari 1993. Jadi, tiada keluaran Dewan Kosmik tahun 80-anLain-lain12.07.2007
Nama saya Arena Che Kasim, pensyarah di UKM dan sekarang sedang bercuti belajar di Wales, UK selama 3 tahun bermula Januari 2008. Saya ingin bertanya tentang cek untuk bayaran royalti buku yang telah dikeluarkan telah tamat tempoh sah lakunya dan bagaimana saya boleh dapatkan balik bayaran tersebut (ini kerana semasa cek tersebut tiba di pejabat saya telah pun berada di UK). Detail maklumat bayaran: Voucher No: 0001171/08 Cheque No: 159691 Tarikh: 24/01/2008 Jumlah: RM107.36 Mohon sekiranya dapat dikeluarkan cek baru dan dihantar ke alamat berikut: Arena Che Kasim No.15, Jalan 3/71 Damai Impian Seksyen 3 43650 Bandar Baru Bangi Selangor. atau Arena Che Kasim Ground Floor Flat Timberdene 13 Station Terrace Lampeter Ceredigion SA48 7HH UK Terima kasih.
Untuk makluman tuan, Bahagian Hak Cipta DBP telah pun  mengambil tindakan dengan menghantar memo ke Bahagian Kewangan  DBP untuk mengeluarkan cek yang baru sepertimana yang tuan kehendaki.
Terima kasih.
Nor Hashimah Ali
Ketua Bahagian Hak Cipta
Dewan Bahasa dan Pustaka
Lain-lain29.05.2008
contoh-contoh sajak yang menggunakan bahasa verbal dan nam-nama buku yang boleh digunakan sebagai rujukanSecara umum, semua puisi menggunakan bahasa verbal. A. Ghafar Ibrahim telah memperkenalkan konsep puisi tri-v, iaitu akronim daripada vokal, verbal dan visualn. Saudari boleh membuat rujukan awal di majalah Dewan Sastera, Januari 2006 atau datang ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, KL.Lain-lain12.08.2007
123

Kembali ke atas