| Salam Pihak DBP. Saya ingin tahu akan sejarah DBP. Bagaimana ia ditubuhkan dan apakah sumbangan-sumbangan yang terbesar ataupun yang telah memberi impak yang kuat kepada masyarakat yang berbahasa Melayu? Sekian, terima kasih. | Sila layari laman web www.dbp.gov.my, pelbagai maklumat tentang DBP ada dimuatkan dalam laman tersebut. Untuk makluman puan, sumbangan DBP dalam bidang termasuklah bahasa, sastera, penerbitan dan budaya bermula semenjak awal penubuhan. Dalam ruang yang terhad ini sedikit maklumat dapat diberikan, contohnya, sumbangan DBP telah membina kosa kata untuk kamus dan istilah dalam pelbagai bidang, membuat penyelidikan bahasa Melayu, membuat perancangan bahasa seperti sistem ejaan dan tatabahasa, sebutan baku, dan menerbitkan buku dalam pelbagai bidang ilmu bagi menyebarluaskan bahasa Melayu. DBP sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan menyumbang bagi menggerakkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan, pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. Pelbagai kegiatan dilaksanakan oleh DBP melalui program pembinaan dan pengembangan bahasa . Antaranya Pertandingan Forum, Peraduan Esei, Anugerah dan Hadiah Galakan untuk sektor swasta, Pertandingan pidato, Baca Puisi, Pertandingan Pantun dsb. Dalam bidang penerbitan pula buku dalam pelbagai bidang,kamus, kamus istilah, daftar dan glosari istilah diterbitkan. Selain itu, DBP menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat kebangsaan,negeri, kementerian dan agensi awam dan swasta untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. | Lain-lain | 04.10.2015 |