Adakah wujud sebarang peraturan dalam menulis frasa nama yang menyatakan masa? Misalnya: 1. "pada Jumaat petang" atau "pada petang Jumaat"? 2. ataupun "pada waktu petang hari Jumaat"? | Frasa yang betul ialah "pada petang Jumaat" kerana kata sendi nama pada lazimnya digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, sama seperti pada hari Jumaat. | Tatabahasa | 02.04.2012 |
Salam Puan/Tuan, Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai bagi yang berikut daripada BI ke B.Melayu: Weekday - dlm bahasa melayu adakah hari minggu? Weekend - hujung minggu? Friday night - malam jumaat? kalau diterjemahkan begini, malam jumaat ini ada maksud lain bagi org melayu. Daripada B.Melayu ke BI malam minggu? Apakah terjemahannya dalam B.Inggeris? Harap puan / tuan dapat membantu. terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan. Weekday ditakrifkan sebagai hari Isnin hingga hari Jumaat. Manakala weekend pula ialah hujung minggu. Istilah bagi malam minggu ialah saturday night manakala bagi Friday Night ialah malam Sabtu bukannya malam Jumaat.
| Tatabahasa | 07.01.2013 |
Adakah ayat berikut ini betul? Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat. | Ayat Kelas ganti akan diadakan pada 24 April 2010. Gunakan Jadual Waktu Hari Jumaat betul cuma pangkal huruf pada perkataan jadual waktu hari ditulis dengan huruf kecil sahaja kerana. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Apakah kesalahan yang terdapat dlm ayat tersebut ? | Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama.Ayat yang tepat ialah "Dengan ini diisytiharkan bahawa Hari Raya Korban pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Bolehkah istilah "hari minggu' menggantikan 'hari Ahad'? Terima kasih. | Bagi negeri yang cuti mingguannya ialah hari Ahad, maka istilah hari minggu bagi menggantikan hari Ahad boleh digunakan, tetapi bagi negeri yang cuti mingguannya adalah pada hari Jumaat seperti negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, maka hari minggunya ialah hari Jumaat. | Istilah | 26.04.2010 |
Apakah perbezaan antara mula dan mulai? | Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan mulai ialah mula-mula melakukan sesuatu: pada malam Jumaat mulailah dia datang mengintai di situ; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku mulai hari Khamis ini. Mula pula ialah asal, mula asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke mulanya; 2. yang paling awal, yang dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang mula wang yang dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa mulanya dia datang ke mari? | Makna | 18.02.2013 |
Adakah huruf h dan huruf k dalam perkataan hari kantin perlu ditulis dalam huruf besar ketika menulis dalam karangan. Contoh: Sekolah saya mengadakan hari kantin pada hari Jumaat yang lalu. | Ejaan yang betul ialah Hari Kantin. | Ejaan | 16.07.2012 |
bila DBP buka? dari pukul berapa? | DBP dibuka mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang, dari hari Isnin hingga hari Jumaat. | Lain-lain | 08.09.2009 |
Selamat pagi, adakah wujudnya kata sendi pada ......hingga? biasanya kita guna dari......hingga, cthnya:dari dulu hingga sekarang tapi dengan apa syaratnya kita harus guna pada......hingga (sekiranya kata sendi ini wujud)? terima kasih. | Kata sendi berpasangan yang lazim digunakan ialah dari ... hingga, seperti dari Isnin hingga Jumaat. Kata sendi nama pada menunjukkan keterangan waktu atau tempat dan lazimnya tidak digunakan berpasangan. | Tatabahasa | 18.05.2013 |
Saya ingin mendapatkan senarai bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP yang pernah berkhidmat untuk menyiapkan projek saya. Sekian, terima kasih. | Senarai bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP. i. YBhg Dato' Hassan Ibrahim ii. YBhg Dato Hj Jumaat Dato' Hj Mohd Noor iii. YBhg DAto' Baharuddin Zainal iv. YBhg Dato' Dr. Hjh Nik Safiah Abd Karim v. YBhg Dr FArid Onn vi. YBhg Tuan Haji Anuar Ayob vii. YBhg Tuan Haji Shaari Abdullah viii. YBhg Tuan Haji Abu Bakar Mohamad. | Lain-lain | 13.12.2007 |