Apakah maksud kerelavanan mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kerelevanan berasal daripada kata dasar relevan yang bermaksud ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib;oleh itu, kerelevanan bermaksud perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan. | Istilah | 02.10.2009 |
pengertian merdeka menurut kamus dewan bahasa dan pustaka | Merdéka bermaksud bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: | Makna | 30.08.2007 |
berapakah had umur belia mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru | Pengertian "belia" dalam Kamus Dewan tidak menentukan had umur olongan tersebut, makna yang diberi ialah golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita). | Makna | 23.06.2009 |
salam, sya ingin bertanya maksud analogy yang diberikan dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. | Padanan bahasa Melayu bagi kata analogy ialah analogi bermaksud kias, perbandingan (yg memperlihatkan ciri-ciri persamaan (sebahagiannya); menurut ~ menurut kias (perbandingan), berdasarkan perbandingan (persamaan); | Lain-lain | 11.10.2010 |
Bagaimanakah jika kita hendak menggunakan kamus dewan bahasa dan pustaka melalui sistem online? | Sila rujuk laman sesawang kami di www.prpm.dbp.gov.my, tulis perkataan atau istilah yang dikehendaki dan prpm akan memaparkan padanan yang ada dalam Kamus dan buku istilah kami. | Lain-lain | 09.04.2009 |
definisi perbankan,definisi konvensional dan definisi perbankan konvensional menurut kamus dewan bahasa dan pustaka | Perbankan bermaksud aktiviti atau hal yg berkaitan dgn bank atau urus niaga bank, konvensional bermaksud berdasarkan yang biasa dilakukan atau diamalkan, manakala perbankan konvensional merujuk kepada urus niaga bank berdasarkan amalan biasa. Di Malaysia lazimnya merujuk kepada bukan sistem perbankan Islam. | Makna | 22.11.2010 |
assalamualaikum.. tolong berikan pengertian aqidah islamiyah dari sudut bahasa dan istillah menurut kamus dewan bahasa dan pustaka yang terbaru.... | Akidah: Ar rukun agama yg menjadi asas kpd keimanan yg diyakini. Islamiah: Ar yg berkaitan dgn atau berasaskan agama Islam. KD4 tidak memberi makna kata majmuk Akidah Islamiah. | Makna | 30.09.2009 |
Boleh saya dapatkan istilah-istilah berbentuk kemelayuan yang terdapat di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. | Untuk makluman saudara belum ada senarai khusus yang membicarakan tentang istilah-istilah kemelayuan dalam kamus, sila rujuk kamus dengan terperinci (menyemak entri satu per satu) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Lain-lain | 05.04.2010 |
maksud keluarga dalam kamus dewan bahasa dan pustaka | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 26.10.2010 |
Apakah definisi sebutan bahasa baku mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka ? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sebutan bahasa baku bermaksud bahasa yg teratur dan mantap pelbagai aspeknya (spt ejaan, bentuk kata, tatabahasa, dll) dan diterima oleh masyarakat sbg norma penggunaan yg betul atau sahih, bahasa standard. | Makna | 22.05.2010 |