Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata KK


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wbt Tn, Saya ingin bertanya, adakah betul kata kerja (KK) & kata nama (KN) di bawah: 1) KK:Mendengar - KN:Dengar 2) KK:Melihat - KN:Lihat 3) KK:Memegang - KN: Pegang 4) KK: Bergerak - KN: Gerak Atau Tn, ada cadangan lain untuk kata KN yang bersesuaian dengan KK di atas. Terima kasih.Dengar, lihat, pegang, dan gerak ialah kata kerja, sama seperti mendengar, melihat, memegang dan bergerak.Tatabahasa15.08.2016
PENELASAN BERKAITAN PENGGUNAAN "kk" DAN "k" CTH : MEMASUKKAN DAN KEMASUKAN.Penggunaan KK merujuk kepada kata kerja. Contoh: Merosakkan, memasukkan. Ini kerana kata dasar menerima imbuhan meN...kan. Manakala penggunaan K merujuk kepada kata nama. Contoh: kebanyakan, peruntukan. untuk keterangan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Koleksi Pedoman Bahasa 1.Lain-lain17.10.2010
Salam, Laras bahasa: Komputer abort (vi, n) > henti paksa (kk) Hrp sahkan padanan-padanan imbuhan yg sesuai: 1) menghenti paksa (kk, aktif) 2) dihenti paksa (kk, pasif) 3) hentipaksaan (kn) 4) perhentianpaksaan (kn) TKDalam bentuk kata nama (istilah) frasa yang betul ialah henti paksa, manakala dalam bentuk kata kerja frasa yang betul ialah menghenti paksa/dihenti paksa.Istilah20.12.2011
Saya keliru dengan penggunaan kk transiftif yang bermaksud kausatif iaitu antara meN.... dengan meN...kan. Ada tak cara/formula untuk memastikan penggunaannya. Adakah kk transitif( kata dasar kata kerja) yang menggunakan apitan meN....?manakala kk transitif( kata dasar daripada kata adjektif dan kata nama) mesti menggunakan meN....kan?sila jelaskan.Formula yang mudah ialah merujuk buku Tatabahasa Dewan. Di bawah tajuk awalan meN- diterangkan golongan kata yang boleh menerima awalan meN- termasuklah kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Lihat juga aspek makna awalan meN- antaranya, bagi makna melakukan perbuatan, menuju sasaran dan berlaku seperti atau menyerupai sesuatu. Aspek makna awalan meN- berbeza dengan apitan men-...-kan. Aspek makna meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud kausatif atau menyebabkan, contohnya: Ali membesarkan rumahnya; dan maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek, contohnya: Ayah membelikan adik buku. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 dan 191.Tatabahasa07.04.2012
Salam sejahtera, Saya masih keliru dengan pengunaan RAMAI dan BANYAK dalam ayat yang merujuk kepada manusia. Masalah ke-2 saya, penggunaan "kk" dan "k". Walaupun saya tahu ttg. penjelasanmya:"kk" digunakan merujuk kepada kata kerja. Namun saya tidak jelas ttg yg bukan kata kerja. Sebab, saya "nampak" hampir semua yg berkaitan dgn kk dan k adalah kata kerja. Sekian, terima kasih.

Ramai dan banyak boleh digunakan untuk merujuk manusia. Kesilapan penggunaan k atau kk kerana kita tidak dapat membezakan antara imbuhan -kan dan meN -kan dengan imbuhan -an, peN - an dan ke-....an akibat pengaruh sebutan. Imbuhan-kan dan -an tidak akan berubah apabila diimbuhkan pada kata dasar yang berakhir dengan konsonan k. Oleh itu, lazimnya penggunaan kk ialah pada kata kerja berimbuhan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa06.08.2009
boleh singkatan kata ganti nama diri ‘ku‘ bagi ‘aku’ bergabung dgn KK pasif menjadi kudilamar / kudiundang / kudiberi etc? Adakah masih gramatis dan boleh diterima seperti bila singkatan ‘ku’ bergabung dengan KK aktif, contohnya kumakan, kuteroka?

Untuk makluman, Kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri ku ialah (kependekan aku)  boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.   

Tatabahasa19.10.2019
Betulkah wujudnya perkataan kebanyakkan, menggalakan yang disebut oleh nota daripada persediaan PMR oleh Andrew Choo? Dia memberi penjelasan seperti KATA NAMA - [K], KATA KERJA - [KK] yang tidak pernah saya pelajari sepanjang pembelajaran BM saya. Contoh: Kedatangan pelancong ke Malaysia menggalakan. (BETUL), mengalakkan (SALAH). Ayah MENGALAKKAN kami belajar bersungguh-sungguh. (SALAH) Saya tidak dapat menerima hukum ini. Adakah ini KONSEP BAHARU?Ejaan yang betul ialah kebanyakan dan menggalakkan. Penggunaan KK merujuk kepada kata kerja. Contoh: Merosakkan, memasukkan. Ini kerana kata dasar menerima imbuhan meN...kan. Manakala penggunaan K merujuk kepada kata nama. Contoh: kebanyakan, peruntukan.Tatabahasa31.05.2011
Assalamualaikum, ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 1)...'mencetuskan' kontroversi. 2) mitos 'melampaui' fakta sejarah. 3) filem ini 'mengelirukan' kerana merujuk kerajaan... 4) sikap 'berfikiran' kuno 5) Siam 'mengambil' masa 6) 'mempersiapkan' pertahanan 7) tidak mahu 'menerima' kebenaran sy agak keliru antara kk transitif aktif & kk tak transitif berpelengkap1. Mencetuskan kontroversi - Kata kerja aktif transitif.
2. Melampui fakta sejarah - Kata kerja aktif transitif.
3. Mengelirukan ... - Kata kerja aktif transitif.
4. Berfikiran kuno - Kata kerja tak transitif berpelengkap.
5. Mengambil masa - Kata kerja aktif transitif.
6. Mempersiapkan pertahanan - Kata kerja aktif transitif.
7. Menerima kebenaran - Kata kerja aktif transitif.
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. Untuk menguasai jenis kata kerja, sila rujuk tajuk pembentukan kata kerja kerana setiap subtajuk di bawahnya diterangkan jenis kata kerja yang terbentuk daripada proses tersebut.
 
Tatabahasa24.03.2012
contoh perkataan kv+kk

Berdasarkan buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, contoh perkataan berbentuk kvkk ialah bank.

Tatabahasa09.08.2011
Tolong selesaikan kekeliruan ini:KK transitif dalam frasa 'membelikan Ahmad' dan 'membeli kasut' adalah tepat.pada fahaman saya kktr membelikan disertai objek yag bernyawa manakala kktr membeli untuk objek tidak bernyawa. Bagaimana pula antara 'memberi' dengan 'memberikan'.Kenapa memberikan Ahmad(objek bernyawa) dan memberi kasut(objek tidak bernyawa) salah pula? Tolong jelaskan kerana saya semakin pening kerana menentukan sama ada mahu menggunakan meN.... atau meN....kan.Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu. Kata kerja berawalan meN- boleh terdiri daripada kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif. Bagi perkataan memberi dan memberikan pula, perkataan 'memberi' digunakan untuk objek yang bernyawa, manakala perkataan 'memberikan' digunakan untuk objek yang tidak bernyawa. Hal ini sedemikian kerana aspek makna yang dibawa oleh kedua-dua perkataan tersebut. Memberi membawa maksud menyampaikan (sesuatu) kepada seseorang, manakala memberikan membawa maksud memberikan sesuatu. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa07.04.2012
1234

Kembali ke atas