Ejaan bagi ko-kurikulum dieja bergabung atau berpisah? 1. Ko-kurikulum 2. Kokurikulum Yang mana betul? | Ejaan yang betul ialah kokurikulum | Ejaan | 06.08.2007 |
Assalamualaikum 1.Apakah yang dimaksudkan dengan koakademik? 2. yang mana betul? koakademik atau ko-akademik | Tidak ada makna koakademik dalam sumber rujukan kami. Jika kokurikulum bermaksud kurikulum yang merupakan sebahagian daripa kurikulum asas, maka koakademik boleh membawa maksud sebahagian daripada ilmu pengetahuan asas. | Makna | 21.06.2012 |
Assalamualaikum, Tuan bersama ini saya sertakan beberapa pertanyaan untuk mendapat jawapan. 1. Manakah cara mengeja yang tepat? Penolong Kanan Kokurikulum atau Penolong Kanan Ko-Kurikulum atau Penolong Kanan KoKurikulum. 2. Mohon tuan berikan makna kata dialek Minang di bawah dalam bahasa Melayu Baku. di ma ati ka rusuah di ma ati indak ka maupek awak ta kicuah capang capeh tiok sabanta Untuk pengetahuan tuan melalui carian internet saya mendapat jawapan, tetapi masih ragu kewibawaan pihak berkenaan, kebanyakan daripada blogger. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. Penolong Kanan Kokurikulum 2. Maklumat yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, sila rujuk persatuan atau individu yang berkaitan seperti Persatuan Penulis Negeri Sembilan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
soalan: 1. Bagaimana membezakan ejaan bagi perkataan yang menggunakan kata sempang? contoh: Adakah ejaan proUMNO, ke-2 betul? 2. Pada pihak yang benar atau kepada pihak yang benar? 3. Yang pertama, bahawa... Yang pentingnya, ialah... Bolehkah menggunakan yang diawal ayat? 4. ..., yang rambutnya teristimewa sekarang ini. Betulkah penggunaan ayat di atas? | Jawapan: 1. Ejaan menggunakan tanda sempang(-) adalah bagi perkataan awalan asing (anti, bio, eka, dwi, eko, ko, maha, multi, pasca, pra, pro, sosio, sub) yang bertemu dengan kata nama khas, contohnya pro-UMNO, pro-Malaysia dan anti-Israel. Awalan asing yang bertemu dengan kata nama umum tidak perlu ada tanda sempang. Contohnya proaktif, probarat dan antikomunis. ke-2 adalah betul. Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah "kepada pihak yang benar". Jawapan 3: Penggunaan kata "Yang" di awal ayat tidak sesuai digunakan. Jawapan 4: Soalan yang saudara kemukakan adalah tidak jelas. Perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu bergantung kepada ayat dan maksudnya. Sila kemukakan ayat yang penuh bagi menjawab soalan tersebut. Terima kasih. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
Sila beri jawapan bagi buku aktiviti sjk c tahun 3 BM Jilid 1 KSSR. muka surat 74 bagi frasa yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung....sekian terima kasih. adakah "akhir sekali" ialah konsonan bergabung atau digraf? aiskrim vanila dan hari khamis??? saya sangat keliru dengan sebutan tersebut.... | Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au dan oi. Contoh perkataan yang mempunyai diftong ialah lalai, kalau dan amboi. Vokal berangkap pula ialah huruf vokal yang hadir secara berurutan dalam satu berkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh vokal rangkap ialah baik, cium dan puisi. Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala digraf dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu. Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
| Tatabahasa | 19.02.2014 |