1. Bagaimanakah mengkategorikan kosa kata kepada kosa kata umum dan kosa kata istilah ? 2. Kosa kata berikut , yang manakah merupakan kosa kata umum atau kosa kata istilah ? promosi, lelong, stok, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Sekian, terima kasih. | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum. | Makna | 20.08.2015 |
Salam sejahtera. Tuan, bolehkah tuan memberitahu saya kosa kata yang berikut yang mana satukah kosa kata istilah dan yang mana satu ialah kosa kata umum? Kosa kata seperti harga promosi, stok, harga lelong, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Bagaimanakah kita hendak membezakannya. Sekian terima kasih. | Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum. | Tatabahasa | 28.04.2013 |
"Apakah perbezaan antara kosa kata istilah dan kosa kata umum." | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
Salam sejaterah tuan. Apakah itu kosa kata umum dan kosa kata istilah? Bolehkah tuan berikan penerangan serta contoh untuk kedua-dua kosa kata tersebut? Terima kasih. | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. | Tatabahasa | 24.04.2013 |
Tolong terangkan maksud kosa kata umum dan kosa kata istillah. Sila berikan contoh bagi kedua-duanya sekali. Buku rujukan bagi murid thn 3. Sekian terimakasih. | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik. | Tatabahasa | 31.05.2013 |
Salam sejahtera. Apakah kosa kata umum dan kosa kata istilah? Apakah perbezaannya? Terima kasih. | Kosa kata umum digunakan dalam ungkapan umum seperti perkataan-perkataan yang hadir dalam ayat saya minum susu. Kosa kata istilah ialah perkataan atau rangkai kata yang menyatakan sesuatu dengan betul, tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, seperti rangkai kata jentera parti yang digunakan dalam bidang Sains Politik.
Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum. | Tatabahasa | 13.07.2013 |
Tuan, saya difahamkan oleh buku Tatabahasa Dewan bahawa awalan pinjaman poli- memberikan pengertian 'banyak', jadi saya ingin menanyai tuan bahawa adakah saya boleh mengatakan perkataan seperti 'polikegunaan' yang bermaksud 'banyak kegunaan‘? Walaupun kosa kata ini tidak dicatat di dalam mana-mana kamus, tetapi bolehkah saya membina perkataan ini dengan maksud awalan poli- ini? Jika tatabahasa membenarkan saya berbuat demikian, maka perkataan seperti polikerja rumah, polimakanan, polibarang niaga, polifikiran negatif, polipilihan juga boleh dikatakan sebagai maksud banyak kerja rumah, banyak barang niaga, banyak fikiran negatif dan banyak pilihan lah? Bolehkah macam itu? | Awalan poli- ini produktif dalam pembentukan kata untuk peristilahan, manakala untuk kata umum kata "banyak" yang digunakan bagi menerangkan maksud jamak. Tidak tercatat dalam mana-mana buku sebagai satu kesalahan apabila kita menggunakan awalan poli- bagi menggantikan kata jamak, cuma bentuk itu tidak produktif dalam bentuk kata umum. Ada baiknya cadangan tuan ini dikemukakan kepada penyusun buku Tatabahasa Dewan bagi mengesahkan taraf penggunaan bentuk kata tersebut sama ada gramatis atau sebaliknya. | Tatabahasa | 13.11.2014 |
Selamat sejahtera tuan puan, saya ingin bertanya mengenai perbezaan jenis kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus. Saya keliru dengan kedua-dua jenis kata majmuk ini kerana beberapa sumber rujukan (bahasa Melayu) yang pernah saya baca menyatakan maklumat yang agak berbeza antara satu sama lain. Sebuah buku menyatakan bahawa kata majmuk rangkai kata bebas ialah percantuman kata dasar daripada mana-mana golongan kata manakala kata majmuk istilah khusus merupakan kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu dan jawatan seperti lut sinar (contoh bidang ilmu) dan Naib Canselor (contoh jawatan). Namun begitu, beberapa hari lalu saya terbaca dalam satu kompilasi nota BM STPM (Sem 1-3) berbentuk PDF yang menyatakan kata majmuk rangkai kata bebas terdiri daripada umum dan gelaran. Contohnya, alat tulis (umum), Naib Canselor, dan Raja Muda (gelaran). Kata majmuk istilah khusus pula hanya terdiri daripada kosa kata khusus bagi sesuatu bidang ilmu. Sumber-sumber rujukan dalam internet yang saya juga baca menyatakan maklumat yang berbeza-beza. Hal ini membuatkan saya keliru. Yang mana satukah maklumat yang betul dan boleh digunakan pada masa kini? Apakah perbezaan di antara kata majmuk rangkai kata bebas dengan kata majmuk istilah khusus? Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk menyelesaikan kekeliruan saya ini. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak DBP amatlah saya hargai. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa Dewan menerangkan kata majmuk ialah kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Tidak ada pembahagian kata majmuk istilah khusus dan kata majmuk rangkai kata bebas kerana dalam bentuk penulisan umum kata tersebut berfungsi sebagai kata majmuk, manakala dalam penulisan ilmiah yang khusus kepada bidang tertentu kata tersebut dianggap sebagai istilah. Kami berpandangan pembezaan ini berdasarkan konteks penggunaannya, kata majmuk rangkai kata bebas digunakan dalam konteks umum, manakala kata majmuk istilah khusus digunakan dalam wacana ilmiah yang berkaitan dengan peristilahan. | Tatabahasa | 24.05.2020 |
Adakah benar tokoh bahasa Melayu hari ini telah banyak menginggeriskan bahasa Melayu dan banyak mengambil perkataan serta istilah saduran dan pinjaman dalam bahasa Inggeris. Benarkah bagi apa-apa perkataan atau istilah saduran dan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang ada akhiran ''tion'' maka perkataan atau istilah yang dimelayukan akan berakhiran dengan ''si''. Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan bahasa Melayu itu sendiri banyak dan kaya dengan perkataan, istilah,perbendaharaan kata serta kosa kata yang boleh dipilih, direka, diperbaharui dan digubal.Saya sebagai dan selaku pencinta bahasa Melayu sungguh kecewa dan mohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak DBP.Perkara sebegini perlu dipandang sungguh-sungguh oleh tokoh-tokoh bahasa yang bijak pandai lagi dihormati. Saya juga mohon supaya mengurangkan perkataan, kosa kata serta istilah saduran dan pinjaman bahasa Inggeris dan Eropah. Pada pandangan saya, bahasa Melayu akan lebih berdiri megah dengan perkataan , kosa kata, perbendaharaan kata dan istilahnya sendiri tanpa banyak pinjaman. Masyarakat juga lebih memahami serta dapat mengerti dalam melontarkan dan mengucapkan kata-kata. | Untuk makluman, salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. 5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. Akiran "-tion" pada istilah bahasa Inggeris boleh dipadankan menjadi "-si" dan "-syen". Contohnya: tradition- tradisi, variation - variasi, convention - konvensyen, convocation - konvokesyen. Untuk maklumat lanjut tentang perkara di atas, sila rujuk buku "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" terbitan DBP. | Istilah | 20.01.2014 |
Apakah tugas kerja pembinaan sastera? | Assalamualaikum, saudara, Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa. Pembinaan korpus sastera melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif, karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera. Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti meningkatkan keterampilan penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan. bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi peniktirafan dari luar negara. . Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi menghidupkan suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni dalam kalangan penulis dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera. sekian, terima kasih. | Sastera | 16.03.2011 |