surat kepada KP (u.p.Ketua Unit) sapaan | Tuan merujuk kepada (Ketua Unit) | Tatabahasa | 11.10.2011 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata penguat. Adakah betul kata penguat boleh hadir bersama di hadapan dan dibelakang kata adjektif. Terdapat kekeliruan di dalam beberapa buah buku. KB KP KA KA KP 1 sudah - kurus - - 2 - amat dalam - - 3 masih agak kecil - - 4 - - panjang - 5 sangat 6 sudah - tua - 7 betul 8 - amat besar - 9 sekali 10 - - kaya raya - 11 masih - tinggi lampai - Antara contoh di atas, yang manakah yang salah. Terima kasih. | Kata pebguat merupakan bentuk kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif untuk menguatkan makna adjektif itu. Contohnya : "sungguh" dalam Pahlawan itu sungguh berani, "amat" dalam Suaranya amat merdu, benar dalam Malam ini gelap benar. Bagi membantu saudara menyelesaikan permasalahan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. Penerangan terperinci mengenai bahan yang diperlukan terdapat dalam buku ini. | Tatabahasa | 26.07.2007 |
"Adakah kata penguat bebas ( sangat, amat dan sungguh ) boleh digunakan bersama2 kata penguat belakang ( benar, betul, nian, sekali )? Dulu, ada guru yang beritahu saya bahawa KP bebas boleh digunakan2 bersama2 'sekali' sahaja. Sekarang, ada guru yang kata KP bebas boleh digunakan bersama2 semua KP belakang itu. Bantulah saya untuk memahaminya." | Menurut Tatabahasa Dewan, Kata penguat bebas iaitu amat, sungguh dan sangat boleh hanya diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Sila rujuk muka surat 244 dalam tajuk Darjah Penghabisan. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Azahari Abdullah Nov 10th, 9:30pm Terima kasih kerana memaklumkan kpd saya e-mel KP DBP. Info begitulah yg saya harapkan dan akan dimanfaatkan. Selain KP tentu ada pegawai2 lain seperti Ketua Jabatan atau seumpamanya yg boleh saya buat kawan utk menyampaikan hasrat saya ini. Ahli-ahli bahasa ni jangan cepat mengalah.. Saya tidak langsung nenyebut agar ilmuan dan agamawan diketepikan. Pakar-pakar agama dan Bahasa Arab memang diperlukan dalam komiti. Apa yg saya inginkan ialah DBP menerbitkan versi terjemahannya. DBP yg membentuk Jawatankuasa, DBP yg mempengerusikan jawatankuasa, tetapi mengundang mereka itu sebagai panel. Biar nisbah mereka lebih ramai pun tak mengapa.. Setahu saya hanya Terjemahan versi Yayasan Restu sahaja yg pernah melibatkan pegawai DBP dalam komitinya. Malangnya hanya seorang.. (Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh). Kenapa hanya seorang? Kenapa tak 3 orang, atau 5 orang? Namun, dengan seorang itulah saya dapat merasai kelainan dalam terjemahan versi Yayasan Restu kerana nampak lebih menghormati Bahasa Melayu.. Bolehkah tuan beri sedikit info tentang Ustaz Wan Abdul Hamid? Saya ingin menghubunginya.. Terima kasih. | Terima kasih atas makluman dan cadangan tuan. Maklumat tentang Ustaz Wan Abdul Hamid Wan Teh juga tidak ada dalam pangkalan data kami, kami difahamkan selepas bersara daripada DBP, Ustaz pernah berkhidmat di beberapa buah pertubuhan dan agensi, dan yang terakhir di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). | Lain-lain | 10.11.2014 |
Penggunaan singkatan bagi perkataan ‘No Kad Pengenalan’ pada surat rasmi | Penggunaan singkatan bagi perkataan “No. Kad Pengenalan” pada surat rasmi ialah “No. KP” atau “NO. KP”. | Ejaan | 08.08.2023 |
Rahman Haji Yusof Aug 21st, 12:32pm Assalamualaikum. Saya Rahman Haji Yusof pemenang ketiga sayembara novel Citra Malaysia 2013 merayu kepada KP DBP agar diterbitkan segera novel-novel yg menang. Saya sudah tua ingin melihat karya saya diterbitkan sebelum saya meninggal. Terima kasih dan salam | Waalaikummusalam, Tuan, berkenaan perkara ini, kami akan panjangkan kepada KP DBP. Walau bagaimanapun, terbitan ini novel bergantung pada manuskrip dan diluluskan oleh pihak jawatankuasa penerbitan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh berhubung dengan Ketua Buku Sastera, Datin Hajijah Jais di talian 03-21479697 atau e-mel hajijah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 21.08.2014 |
Salam. Semakan di DBP kamus online, penggunaan ayat penguat kuasa mempunyai jarak antara penguat dan kuasa. Tetapi dalam penjawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Gred KP iaitu Penolong Pegawai Penguatkuasa dimana Penguatkuasa tiada jarak. Boleh saya dapatkan perncerahan berkaitan perkara ini? | Untuk makluman, kata dasar bagi perkataan penguat kuasa ialah kuat kuasa. Perkataan tersebut telah menerima imbuhan awalan. Sehubungan dengan itu, ejaan yang betul ialah penguat kuasa. Walau bagaimanapun, perkataan kuat kuasa perlu dieja dengan satu perkataan sekiranya menerima imbuhan apitan, iaitu penguatkuasaan dan menguatkuasakan. | Tatabahasa | 08.02.2021 |
Assalamuálaikum. Saya ingin mendapatkan pengesahan singkatan bagi Kad Pengenalan yang betul. Adakah K/P atau K.P.? Sekian, terima kasih. | Singkatan yang betul bagi kad pengenalan ialah KP. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1164. | Lain-lain | 28.11.2024 |
Salam.. Saya ingin membuat pertanyaan mengenai singkatan perkataan. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) terdiri daripada dua kampus iaitu Kampus Sungai Long dan Kampus Kampar. Boleh saya tahu singkatan untuk perkataan SUNGAI LONG dan KAMPAR? Adakah SL dan KP? atau bolehkan pihak universiti menetapkan sendiri ringkasan yang ingin digunakan? Terima kasih dan salam ramadhan.. | pada pandangan kami nama khas seperti nama tempat perlu dieja penuh. Sekalipun hendak dibuat singkatan, hanya perkataan yang telah diketahui umum seperti sungai yang disingkatkan mengjadi sg. Tidak ada panduan khusus untuk ejaan singkatan kecuali singkatan bagi perkataan yang lazim ditemukan seperti kampung - kg. dan jalan - jln. Kami mencadangkan nama tempat-tempat tersebut dieja penuh kerana penulisan alamat juga ada implikasinya kepada sistem telekomunikasi yang boleh diakses melalui pelbagai medium. | Ejaan | 10.07.2015 |
Boleh terangkan penggunaan singkatan perkataan yang betul? mana yang perlu diletak titik, mana yang tidak perlu contoh: cth nombor: no. telefon: tel. dan sebagainya: dsb dan lain-lain: dll Bolehkah semua singkatan ini digunakan dalam laporan rasmi kerajaan? Terima kasih | Perkataan yang disingkatkan perlu diletak titik, seperti no. (nombor), tel. (telefon), dan kg. (kampung). Walau bagaimanapun ejaan dua patah kata ayau lebih lazimnya tidak diletak titik, seperti KP (kad pengenalan, TB (telefon bimbit) dll (dan lain-lain). | Ejaan | 07.04.2022 |