Manakah yang berikut ialah betul? a.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya b.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,masakan dapat sagunya Adakah ini jenis kesalahan ejaan? | Berdasarkan sumber kami, peribahasa yang terakam ialah "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu". Tidak ada kesalahan ejaan dalam kedua-dua bentuk peribahasa yang saudara nyatakan, masakan dan manakan kedua-dua kata tersebut betul. | Lain-lain | 11.11.2010 |
Peribahasa 'jika tidak dipecah ruyung di mana boleh mendapat sagunya' dan 'usaha tangga kejayaan', adakah perbezaan antara kedua-dua peribahasa tersebut? Jika ada, boleh tuan terang dengan lebih lanjut? Terima kasih. | Usaha tangga kejayaan ialah slogan atau kata-kata hikmah yang membawa makna paling hampir dengan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. | Makna | 06.09.2017 |
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'? | Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
ada guru berpendapat, tambahan pula bukan penanda wacana tetapi kata hubung. Oleh itu, penggunaannya adalah begini. Ali merupakan harapan keluarganya, tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Bukannya begini. Ali merupakan harapan keluarganya. Tambahan pula ayahnya sudah meninggalkan dunia. Begitu juga dengan kata bak....tidak boleh selepas noktah atau untuk memulakan ayat baharu. Contoh: Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bukannya Kita mesti berusaha dengan bersungguh-sunguh. Bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapaykan sagunya? Bagaimana pendapat tuan? | Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 526 frasa tambahan pula disenaraikan sebagai penanda wacana penghubung tambahan. Penghubung tambahan merupakan penghubung yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya seperti ayat contoh yang kedua. | Tatabahasa | 08.04.2012 |
Pada pandangan saya ada sesetengah peribahasa yang bersifat ayat tanya dan patut dibubuh tanda soal. Misalnya 1 Di mana bumi dipijak? Di situlah langit dijunjung. 2 Di mana ada kemahuan? Di situ ada jalan 3 Bumi yang mana yang tidak ditimpa hujan? 4 Kalau tidak dipecahkan ruyung, bagaimana mendapatkan sagunya? Bagaimana pendapat tuan tentang peribahasa yang berikut. | Pendapat tuan adalah benar jika kita merujuk rumus tatabahasa, setiap ayat tanya mesti dilengkapi dengan tanda soal. Walau bagaimanpun perlu dingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Tidak ada usaha penambahbaikan atau pembetulan dibuat setiap kaliĀ edisi baharu diterbitkan. | Lain-lain | 08.04.2012 |