1." Saya ternampak seekor ular sedang (melingkar/membelit/menyusur) di bawah pokok itu." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 2. " Banyak pengunjung sedang ( berlambak-lambak/ berdedai-dedai) ke pesta sukan air tersebut." Yang mana satu pilihan adalah paling sesuai dalam ayat ini? 3. "Jabatan ini menghubungkan Kampung A (dan/dengan) Kampung B" Apakah jawapannya? Saya akan menanti jawapan anda..Terima kasih atas bantuan anda. | 1. Saya ternampak seekor ular sedang melingkar di bawah pokok itu. 2. Banyak pengunjung sedang berdedai-dedai ke pesta sukan air tersebut. 3. Jambatan ini menghubungkan Kampung A dan Kampung B. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) (Hidup) petani di kampung itu sangat susah sejak dilanda kemarau. (b) Nenek sedang (hidup) api dapurnya untuk memasak nasi. (c) Pandangannya menjadi (lemah) apabila menjelang malam. (d) Renungan matanya yang (halus) itu menakutkan kami. (e) Bunyi air yang menitik di atas bumbung zink itu membelah (sunyi) malam. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |