Ketika nelayan Kampung "Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat." adakah perkataan yang digunakan di atas mengandungi kesalahan? | Ayat ini betul cuma buang tanda pengikat katanya menjadi Ketika nelayan Kampung Tenang pulang dari laut, matahari sudah pun tenggelam ke Barat. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Tuan/Puan,saya mahu bertanyakan soalan tentang definis perkataan-perkataan.Apakah maksud jalan-jalan tikus?Terima kasih. Taktik itu dikesan di mana kapal besar dari negara terbabit akan berada di perairan antarabangsa sebelum kapal kecil atau bot nelayan tempatan ini akan ambil seterusnya masuk melalui [jalan-jalan tikus]. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jalan tikus bermaksud jalan yang kecil (jalan yang terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan). | Makna | 29.06.2021 |
saya hendak pastikan adakah ayat di bawah betul penggunaan perkataan TINGGAL. 1. Ibu tidak boleh TINGGAL lama di kampung kerana cutinya telah habis. 2. Munirah TINGGAL di perkampungan nelayan Kuala Gula sejak kecil. | Penggunaan perkataan "tinggal" dalam ayat betul. | Tatabahasa | 20.08.2013 |