Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya memahami dalam prasarana ada kemudahan dan dalam kemudahan ada infrastruktur. Saya berpendapat infrastruktur lebih spesifik. Adakah konsep saya betul? Maafkan saya, bolehkah pihak DBP memberikan contoh-contoh konkrit bagi prasarana, kemudahan dan infrastruktur kerana saya masih tidak dapat memahaminya dengan jelas. Saya juga ingin mendapat kepastian adakah Unit dan jabatan tergolong dalam prasarana? 2. Saya juga ingin bertanya tentang prepaid top up machine dan washing machine dalam bahasa Melayu?Saya melayari internet menyatakan washing machine dalam bahasa Melayu ialah mesin basuh tetapi saya tidak pasti ia betul atau tidak dan prepaid top up machine untuk telefon bimbit saya tidak dapat cari terjemahannya dalam bahasa Melayu. Terima kasih.1. Kemudahan asas merujuk kemudahan utama seperti jalan raya, bekalan elektrin, air dan sebagainya. Dan, Kamus Dewan memberi takrifan yang sama untuk infrastruktur dan prasarana, iaitu  kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, dan organisasi.
2. Padanan bagi washing machine dan prepaid top up machine ialah mesin basuh dan mesin tambah nilai prabayar.
Tatabahasa01.03.2014
Salam sejahtera atau Selamat sejahtera? Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya ingin tanya maksud prasarana. Adakah prasarana termasuk unit dan jabatan? Saya sedang buat tugasan tentang prasarana di Institut Pendidikan Guru dan pensyarah saya beritahu saya prasarana tidak termasuk dalam prasarana. Prasarana maksudnya ialah perkhidmatan asas yang dapat membangun sesuatu dan saya berpendapat jabatan atau unit di IPG ada beri perkhidmatan. Saya juga ingin tanya tentang perbezaan antara prasarana, kemudahan dan infrastruktur. Terima kasih.

·         (1) Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur.

·         (2) kemudahan sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan) perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya.

·         (3)  infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, prasarana.

·         Jelasnya, ketiga-tiga perkataan bersinonim antara satu sama lain, yang penting kata kunci kemudahan dan perkhidmatan asas.

Makna21.02.2014
Adakah ccra penulisan bagi rincian berikut harus bermula dengan huruf besar atau tidak? contohnya susunan berikut bagi. a. dan b. Adakah frasa pertama selepas a. huruf besar atau tidak? 3.1 Tanggungjawab Pengurusan Universiti 3.1.1 Pengurusan Universiti akan memberi komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi: a. menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja. b. memastikan sumber disediakan untuk membangun, melaksana, menyenggara dan menambah baik keselamatan dan kesihatan di USIM. Sumber yang dimaksudkan termasuklah sumber manusia, kewangan, latihan, kemudahan infrastruktur dan teknologi.

Berdasarkan Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023) halaman 50 dan 119, setiap huruf awal hendaklah menggunakan huruf besar. Tanda titik bertindih (:) digunakan sebagai penanda untuk memperkenalkan atau menambah keterangan. Cara penulisan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut:

 

3.1       Tanggungjawab Pengurusan Universiti

3.1.1   Pengurusan Universiti akan memberikan komitmen, seberapa praktik yang boleh bagi:

a.     Menyediakan dan seberapa kerap yang sesuai mengkaji semula pernyataan bertulis dasar berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja.

            b.        Memastikan sumber disediakan untuk membangun .....

Tatabahasa02.04.2024
BERDEKATANMerujuk lampiran notis yang diberi oleh pihak tuan/puan, sila buat pembetulan berdasarkan cadangan daripada pihak kami seperti yang berikut:

TANAH LOT UNTUK DIJUAL (rapatkan ejaan DIJUAL)
1. DI KAWASAN BETING TINGGI.
2. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI.
3. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN.
4. BERDEKATAN DENGAN PUSAT PENGAJIAN TINGGI UITM
5. BERDEKATAN DENGAN JARINGAN LEBUH RAYA BAHARU.
6. BERDEKATAN DENGAN KAWASAN PERKAMPUNGAN.
7. BERDEKATAN DENGAN PEKAN KUALA PILAH.
8. BERDEKATAN DENGAN KEMUDAHAN ASAS SEPERTI KLINIK KESIHATAN, BALAI RAYA, STESEN MINYAK, MASJID DAN LAIN-LAIN.
9. KELUASAN DARIPADA 5150 KPS.
10. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.
11. GERAN INDIVIDU
12. HARGA DARIPADA RM8 PER KPS.

JIKA BERMINAT, SILA HUBUNGI:XXX

Jika pihak tuan/puan ingin mendapatkan pengesahan bahasa berkenaan iklan ini, sila layari laman web www.dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, boleh teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan seperti di atas setelah pembetulan dilakukan.
Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain24.01.2018

Kembali ke atas