| Kraftangan Malaysia sedang menyelaras pindaan akta bagi Institut Kraf Negara. Mohon pandangan ke atas penggunaan perkataan yang sesuai untuk diguna pakai di dalam akta nanti. Disertakan petikan pindaan akta seperti berikut: a) mengadakan kemudahan-kemudahan latihan termasuk pusat pengajian berasaskan kemahiran kraf.... atau mengadakan kemudahan-kemudahan latihan termasuk pusat pendidikan berasaskan kemahiran kraf. yang mana lebih sesuai pengajian atau pendidikan. mohon pencerahan | Pendidikan bermaksud perihal mendidik, pengajian bermaksud perihal mengaji. Jika yang dimaksudkan ialah perihal mendidik, maka perkataan yang sesuai ialah pendidikan. Kata kerja pendidikan lebih banyak digunakan, malah akta yang dirujuk ialah Akta Pendidikan dan kementerian yang bertanggungjawab ialah Kementerian Pendidikan Malaysia.
| Tatabahasa | 18.05.2017 |
| Selamat sejahtera. Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya memahami dalam prasarana ada kemudahan dan dalam kemudahan ada infrastruktur. Saya berpendapat infrastruktur lebih spesifik. Adakah konsep saya betul? Maafkan saya, bolehkah pihak DBP memberikan contoh-contoh konkrit bagi prasarana, kemudahan dan infrastruktur kerana saya masih tidak dapat memahaminya dengan jelas. Saya juga ingin mendapat kepastian adakah Unit dan jabatan tergolong dalam prasarana? 2. Saya juga ingin bertanya tentang prepaid top up machine dan washing machine dalam bahasa Melayu?Saya melayari internet menyatakan washing machine dalam bahasa Melayu ialah mesin basuh tetapi saya tidak pasti ia betul atau tidak dan prepaid top up machine untuk telefon bimbit saya tidak dapat cari terjemahannya dalam bahasa Melayu. Terima kasih. | 1. Kemudahan asas merujuk kemudahan utama seperti jalan raya, bekalan elektrin, air dan sebagainya. Dan, Kamus Dewan memberi takrifan yang sama untuk infrastruktur dan prasarana, iaitu kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yang diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, dan organisasi. 2. Padanan bagi washing machine dan prepaid top up machine ialah mesin basuh dan mesin tambah nilai prabayar. | Tatabahasa | 01.03.2014 |
| SALAM, KENAPA KEMUDAHAN MUAT TURUN BAHAN UNTUK KSSR TAHUN 1/2 TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN? | Untuk kemudahan muat turun bahan KSSR tahun 1-3, tuan boleh menghubungi Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk makluman tuan, Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. | Lain-lain | 17.09.2013 |
| Salam sejahtera atau Selamat sejahtera? Terima kasih atas nasihat sebelum ini. Saya ingin tanya maksud prasarana. Adakah prasarana termasuk unit dan jabatan? Saya sedang buat tugasan tentang prasarana di Institut Pendidikan Guru dan pensyarah saya beritahu saya prasarana tidak termasuk dalam prasarana. Prasarana maksudnya ialah perkhidmatan asas yang dapat membangun sesuatu dan saya berpendapat jabatan atau unit di IPG ada beri perkhidmatan. Saya juga ingin tanya tentang perbezaan antara prasarana, kemudahan dan infrastruktur. Terima kasih. | · (1) Prasarana ialah keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik yang perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur. · (2) kemudahan sesuatu yang memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan) perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan untuk keperluan orang ramai, seperti bekalan elektrik, jambatan, jalan raya. · (3) infrastruktur ialah kemudahan dan perkhidmatan asas seperti kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan untuk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, prasarana. · Jelasnya, ketiga-tiga perkataan bersinonim antara satu sama lain, yang penting kata kunci kemudahan dan perkhidmatan asas. | Makna | 21.02.2014 |
| Perkembangan arus globalisasi telah menyebabkan peranan Bahasa Melayu tersisish dalam pendidikan. Ramalkan masa depan pembentukan istilah Bahasa Melayu dalam negara ini. | Soalan sdr ini berkaitan dengan tugasan yang diberikan oleh pensyarah/guru. Oleh hal yang demikian, soalan sdr tidak berkaitan dengan perkhidmatan KNDBP. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan supaya sdr membaca buku-buku seperti yang berikut: 30 tahun perancangan Bahasa Malaysia | Abdullah Hassan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1987 | 499.23 Abd | Terperinci Bahasa Melayu baku dan perancangan bahasa | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka | 1990 Warna dan suasana: perancangan bahasa Melayu di Malaysia | Awang Sariyan | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 2000 Bahasa dan globalisasi: cabaran terhadap perancangan bahasa Melayu | Puteri Roslina Abdul Wahid | Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Perancangan Bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara | Puteri Roslina Abdul Wahid | Dewan Masyarakat | 01/04/2005 Sdr juga turut dipelawa menjadi Rakan Dewan yang menyediakan kemudahan seperti pinjaman dan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. | Lain-lain | 01.05.2008 |
| SALAM TUAN, SAYA PELAJAR UUM INGIN MEMBUAT KAJIAN MENGENAI ISU "PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS". DIHARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBERI MAKLUMAT BERKENAAN YANG BOLEH DI GUNAKAN SEPERTI PEKELILING, ARTIKEL, PENDAPAT DSBNYA. MOHON TUNJUK AJAR | Terima kasih kerana menggunakan KNB. Saudara boleh merujuk bahan seperti dibawah atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP> | 1. | Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris daripada Kaca Mata Pelajar | Izawati Adlin Nawi | Pelita Bahasa | 01/02/2003 |
| 2. Antara yang perlu dengan yang tidak perlu menggunakan bahasa Inggerisdan penggubalan akta | Abdul Ghani Awang | Pelita Bahasa | 01/08/1996 |
| 3. Bahasa Inggeris dalam arus pembangunan negara: satu tinjuan umum | Abdullah Majid | Dewan Bahasa | 01/11/1985 |
| 5. Jika sains diajar dalam bahasa Inggeris | Cikgu Androd | Pelita Bahasa | 01/01/2001 |
| 6. Kemunculan semula bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan | KMH | Dewan Bahasa | 01/11/1985 |
| 7. Pendirian PENA tentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik | - | Dewan Bahasa | 01/07/2002 |
| 8. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik | - | Pelita Bahasa | 01/07/2002 |
| Lain-lain | 26.05.2008 |
| apakah implikasi bahasa melayu terhadap penggunaan bahasa inggeris dalam bidang sains dan teknologi? | Sesungguhnya pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam bidang sains dan teknologi tidak menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan. Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai seminar, persidangan, ceramah, syarahan, wacana ilmu dan bicarawara . Bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat, penyebaran maklumat bahasa turut dilakukan melalui media cetak dan elektronik melalui penerbitan sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian, ruangan Munsyi Dewan dan Forum Pelajar dalam sisipan Pendidikan keluaran Utusan Malaysia. Pedoman bahasa juga dimuatkan dalam ruangan Cintai Bahasa Kita dalam Berita Harian dan siaran Teleinfo Bahasa menerusi RTM TV2. Bagi memantapkan usaha memperkasa bahasa Melayu di seluruh Negara, DBP Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan) turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan maklumat bahasa melalui media. DBP juga melaksanakan projek Khidmat Nasihat Bahasa bagi tujuan meningkatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. DBP juga menerbitkan kamus istilah yang mencecah 1 juta istilah yang merangkumi pelbagai bidang ilmu, pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, misalnya dalam bidang iklan khidmat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan. DBP juga mewujudkan Karyanet, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. Usaha mengetahui dengan lebih terperinci, langkah-langkah DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu 03-2148 1960 | Lain-lain | 08.08.2008 |
| Seperti yang sedia maklum, bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan namun mengapa kebanyakan IPTA di negara kita menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar selepas mendapat pengiktirafan ISO? Walaupun pihak Kementerian Pelajaran ingin melahirkan para pelajar yang mampu bertutur dalam bahasa inggeris adakah perkara ini wajar dilakukan oleh pihak IPTA?Sekian terima kasih.Kerjasama pihak tuan amat saya hargai. | Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti: - Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;
- Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;
- Digunakan dalam semua rekod kerajaan;
- Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan
- Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
Sesungguhnya IPTA tidak sewajarnya menjadi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dalam usaha memperkasakan bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan pelbagai seminar, persidangan, ceramah, syarahan, wacana ilmu dan bicarawara . Bagi menggalakkan penggunaan bahasa yang betul dan meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan masyarakat, penyebaran maklumat bahasa turut dilakukan melalui media cetak dan elektronik melalui penerbitan sisipan Klik DBP dalam akhbar Berita Harian, ruangan Munsyi Dewan dan Forum Pelajar dalam sisipan Pendidikan keluaran Utusan Malaysia. Pedoman bahasa juga dimuatkan dalam ruangan Cintai Bahasa Kita dalam Berita Harian dan siaran Teleinfo Bahasa menerusi RTM TV2. Bagi memantapkan usaha memperkasa bahasa Melayu di seluruh Negara, DBP Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan DBP Wilayah (Utara, Timur dan Selatan) turut memainkan peranan dalam menyebarluaskan maklumat bahasa melalui media. DBP juga melaksanakan projek Khidmat Nasihat Bahasa bagi tujuan meningkatkan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu. DBP juga menerbitkan kamus istilah yang mencecah 1 juta istilah yang merangkumi pelbagai bidang ilmu, pelbagai kamus ekabahasa dan dwibahasa untuk rujukan pengguna, khidmat nasihat bahasa, misalnya dalam bidang iklan khidmat bahasa yang diberikan percuma kepada penulis papan iklan dan Pihak Berkuasa Tempatan. DBP juga mewujudkan Karyanet, iaitu portal penerbitan dalam talian yang menyediakan kemudahan berkarya dan penerbitan serta penjualan terbitan melalui internet. Usaha mengetahui dengan lebih terperinci, langkah-langkah DBP dalam memperkasakan bahasa Melayu, bolehlah menghubungi Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu 03-2148 1960 | Lain-lain | 26.08.2008 |