Apakah terjemahan terbaik untuk 'lok' keris dalam Bahasa Inggeris sekiranya saya ingin menterjemahkan 'Keris lok lima'? Apakah pandangan pihak DBP dengan 'Kris with five bents'? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "lok" ialah kelok atau liku pada mata keris manakala "bent" ialah lengkung atau bengkok, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "lok keris" ialah kelok keris, jika "Keris lok lima" pula ialah keris lima kelok | Makna | 07.05.2021 |
Saya memerlukan biodata Keris Mas dan T. Alias Taib. | Sila rujuk bahan ini : 1.Sasterawan negara: Keris Mas Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001 2. The Memoirs of Keris Mas Shah Rezad Ibrahim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2004 3. Keris Mas dalam Kenangan Tuk Aji Dewan Siswa 01/04/1992 . 5. Keris Mas Dewan Sastera 01/06/2005 | Lain-lain | 23.09.2007 |
Perkataan ulu dan hulu adakah boleh digunakan untuk kepada keris , pisau, cangkul dan seumpamanya. Contoh: _____ keris itu dibuat daripada perak. a. hulu b ulu Apakah pilihan jawapan yang tepat ? | Jawapan yang betul ialah hulu, rujuk makna keempat hulu, iaitu tangkai atau pemegang bagi pisau, keris, cangkul, dan sebagainya. | Tatabahasa | 27.04.2010 |
Makna Perumpaan Bak Bujang Jolong Keris | Bak bujang jolong keris bermaksud orang yang sombong kerana kekayaan yang baru diperoleh. | Lain-lain | 13.03.2008 |
Selamat sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya bahawa apakah maksud lambai dalam lambai gajah yang merupakan nama bahagian keris? Adakah lambai gajah juga merujuk kepada salah satu bahagian badan gajah? Terima kasih. | Ya. Lambai gajah ialah nama bahagian pada keris. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) memberikan takrif lambai gajah seperti yang berikut: lambai gajah kata nama bahagian pada mata keris yang tajam dan terletak di hujung belalai gajah di sebelah bawah ganja keris. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi tokoh-tokoh pandai besi di negara ini.
| Makna | 01.10.2023 |
Pilih ayat yang betul 1. Hulu keris itu bersadurkan perak. 2. Hakim menjatuhi hukuman gantung kepada pengedar dadah itu. | Ayat yang betul ialah ayat 1: Hulu keris itu bersadurkan perak. Ayat 2 salah dan yang betulnya ialah Hakim menjatuhkan hukuman gantung kepada pengedar dadah itu. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
apakah maksud telap dan tiris? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang; | Lain-lain | 01.07.2010 |
Adakah ayat tentang keris ini betul: 'Gah kersani berbeka ulung, tiada sirna biar berabad' Apakah maksud yang paling ringkas? Jika salah, apakah ayat yang sesuai? (perlu menggunakan perkataan sastera lama). | Perkataan berbeka bermaksud bercakap dgn sso atau kumpulan orang: Contoh ayat - Dgn adinda ia berbeka, menyuruh berkumpul adik dan kakak. Perkataan berbeka - tidak diketahui maksud sebenar dlm ayat ini. Perkataan dirna pula bermaksud:- 1 (bkn sso, bangunan dsb) binasa atau musnah sama sekali: Semua yg ada krn diadakan akan mengalami sirna. 2 (bkn perasaan, kenangan dsb) tidak ada lagi atau hilang: Rasa tercabarnya ttg perbezaan daun mapel dan daun anggur mulai sirna.Dia sempat memegang susuk tubuh salah seorang penghuni hutan itu, sebelum mereka bergerak pantas dan sirna dlm ketebalan hutan. 3 Jw bh (bkn suara, bunyi dsb) tidak kedengaran Perkataan sirna tidak sesuai digunakan dlm ayat ini. Tiada cadangan ayat kerana maksud sebenarnya tidak difahami. Mohon tuan menjelaskan maksud sebenar yg ingin disampaikan menerusi ayat di atas. Terima kasih. | Lain-lain | 05.08.2022 |
Penggunaan perkataan yang manakah yang betul untuk ayat ini: 1.Beg itu tidak "TERGALAS" atau "TERPIKUL" oleh Rahman. 2.Keris itu "BERSALUT" atau "DISALUT" emas. 3.Dia mendapati makanan sudah "DISAJI" atau "TERSAJI" dimeja. | 1. Ayat yang betul ialah "Beg itu tidak tergalas oleh Rahman", dan "Beg itu tidak terpikul oleh Rahman". 2. Ayat yang betul ialah "Keris itu bersalut emas". 3. Perkataan mendapati membawa maksud memberitahukan atau menceritakan yang lazimnya digabungkan dengan kata bahawa dalam ayat pancangan komplemen. Frasa kerja, sama ada mengandungi kata kerja transitif atau tak transitif boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Oleh yang demikian, ayat yang betul ialah “Dia mendapati bahawa makanan sudah tersaji di atas meja”. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 398. | Tatabahasa | 22.08.2023 |
Adakah ayat ini betul penggunaan ber....kan? Hulu keris itu bersadurkan perak. | Betul. | Tatabahasa | 03.03.2009 |