jawapan yang diberi oleh dbp masa bulan mac: Antara kesan tanah runtuh (ialah) berlaku tanah runtuh. "berlaku tanah runtuh" ialah frasa kerja kan? mengapakah guna kata pemeri "ialah"? saya difahamkan lepas kata pemeri "ialah" perlu guna frasa nama. | Mohon maaf. Kata "berlaku" dalam ayat tersebut membawa makna adjektif (sedang berlangsung/terjadi). Ayat yang betul: Antara kesan tanah runtuh adalah berlaku banjir lumpur. | Lain-lain | 17.07.2018 |
takrif pembetung,penyusupan dan sistem pembentungan | Pembetungan bermaksud kerja-kerja membuat atau membubuh paip untuk saliran air; penyusupan bermaksud perbuatan menyorok ke bawah, dan seistem pembetungan bermaksud sistem penyaliran najis, air kumbahan dan sebagainya ke loji pemprosesannya melalui rangkaian longkang atau saluran bawah tanah. | Makna | 29.10.2009 |
Yang manakah lebih tepat antara 3 ayat berikut: 1. Tanah itu dibajai oleh Ali 2. Tanah itu dibaja oleh Ali 3. Tanah itu dibajai Ali Adakah perkataan yang menggunakan apitan 'di......i' boleh disertai Kata Sendi nama 'oleh' selepas kata kerja pasif? | Ketiga-tiga ayat tersebut betul penggunaan ayat pasif. Kata sendi nama "oleh" digunakan selepas kata kerja pasif. Namun, "oleh" boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga di halaman 209 dan 491 untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 10.02.2013 |
Kerja sama atau kerjasama? "Kerja" dan "sama" dua morfem bebas, kan? Morfem bebas dieja terpisah daripada satu sama lain kerana dapat berdikari dalam ayat. Hanya morfem terikatlah yang dieja rapat, seperti awalan meN- pada kata "membasuh" dan partikel -lah pada kata "berikanlah". Tiadalah alasan untuk D.B.P. membentuk senarai kata majmuk mantap kerana D.B.P. membentuk kata majmuk mantap atas kelaziman masyarakat yang merupakan sikap yang tidak betul kerana kelaziman masyarakat itu, iaitu pengejaan "keretapi", "kerjasama", "matahari" tidak berasaskan tata bahasa bahawa morfem bebas dapat berdikari. Jika pengejaan "kerjasama" yang kelaziman masyarakat kata majmuk mantap, "keretapi" juga kelaziman masyarakat, mengapakah tidak dikira kata majmuk mantap? | Kata majmuk ialah gabungan dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna, kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan. Perkataan kereta api dieja terpisah.Tetapi apabila sudah didaftarkan sebelum penyelarasan sistem ejaan baharu, Tetapi jika nama khas, apatah lagi nama yang digazetkan, walaupun ejaannya tidak mengikut Sistem Ejaan Rumi, hendaklah ditulis mengikut ejaannya yang telah digazetkan. Contohnya: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Keretapi Tanah Melayu (KTM), Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Percanggahan ejaan berlaku disebabkan oleh faktor sejarah bahasa. Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Kemudian, pada tahun 1975, DBP menerbitkan buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia (1981). Nama Keretapi Tanah Melayu (sejak 1948) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (sejak Feb 1972) wujud sebelum 16 Ogos 1972, oleh itu tidak terikat dengan Sistem Ejaan Rumi Baharu BM. Nama-nama yang wujud terkemudian tetapi mengekalkan ejaan Bandaraya, misalnya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Ipoh dll mungkin bertujuan untuk penyelarasan nama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sama juga dengan situasi nama stesen kereta api di Malaysia. | Lain-lain | 09.09.2017 |
Jika menggunakan cangkul membuat lubang di tanah ? Apakah kata kerja yang betul digunakan? menggali,mengorek atau mencangkul? Terima kasih | Ketiga-tiganya betul. | Tatabahasa | 13.07.2010 |
Adakah ayat-ayat berikut dibina dengan betul: "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." "Datuk saya menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." Terima Kasih. | Jawapan: 1. "Ibunya selalu menolong Hasanah membuat kerja rumah." - betul 2. "Datuk menghantar saya yang hendak ke Tanah Suci." - 'saya' tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 04.11.2015 |
Tuan, Saya ingin bertanya tentang kata 'mengenai' yang berfungi sebagai kata sendi dan kata kerja. Adakah "mengenai" sama dengan kata sendi "tentang". Jadi akan ayat ini betul. Saya membaca buku mengenai sejarah Tanah Melayu. atau Saya membaca buku tentang sejarah Tanah Melayu. | Mengenai - tergolong sebagai kata kerja yang bermaksud kena pada. Contohnya, Tembakan peluru itu mengenai sasarannya. Walau bagaimanapun, penggunaan mengenai yang disamakan dengan tentang berfungsi sebagai kata sendi nama. Contohnya, Mereka berbincang mengenai masalah (tentang) negara. | Tatabahasa | 06.02.2014 |
Apakah kata kerja yang digunakan ke atas pergerakan cacing tanah dan siput? Merayap atau merangkak? | Kata kerja merayap paling sesuai untuk menggambarkan pergerakan cacing dan siput. Merayap merujuk perbuatan berjalan (untuk binatang kecil spt semut dll). | Lain-lain | 29.10.2008 |
Tuan,saya ingin menanyakan kekeliruan saya tentang kata adverba lagi. Dalam ayat "Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua", kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata nama "tupai", atau menerangkan kata kerja "melompat"? Bagaimanakah caranya untuk menentukan kata adverba menerangkan golongan kata apa? Adakah kita perlu memahami maksud ayat dahulu lalu menentukan sasaran penerangan kata adverba dengan kefahaman sendiri? Pada pemahaman saya, kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan cara tupai melompat, jadi kata adverba "sepandai-pandai" menerangkan kata kerja "melompat". Adakah cara saya ini betul? Betulkah saya perlu menentukan sasaran golongan kata yang diterangkan oleh kata adverba melalui pemahaman saya tentang ayat itu? Tuan tolong kemukakan satu cara yang berkesan kepada saya untuk mengetahui kata adverba menerangkan jenis golongan kata yang mana. Sebagai tambahan, saya memahami bahawa "sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua" ialah peribahasa, tetapi saya mengandaikan peribahasa ini digunakan sebagai satu ayat. | Kata adverba sepandai-pandai dalam peribahasa Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah jua menerangkan kata kerja melompat. Perkara ini akan kami kemukakan kepada panel Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 06.12.2014 |
I) Cuaca hari itu redup dan suram kerana hendak hujan. II) Kakak pulang dari tempat kerja dengan wajah yang suram. III) Suasana di tanah perkuburan itu kelihatan suram sekali. IV) Adik berasa suram kerana permainannya yang baru dibeli oleh ayah telah hilang. (Yang manakah ayat yang betul penggunaan perkataan 'suram') | Keempat-empat ayat yang menggunakan perkataan suram boleh diterima. Ayat yang paling gramatis ialah ayat kedua dan ketiga. | Tatabahasa | 23.07.2013 |